Dapatkan video panduan teknik asas menyanyi percuma DI SINI. Pelajari teknik 'vocal warm-up, pernafasan, 'vibrato' dan tips mencapai not tinggi dalam siri video PERCUMA INI!
Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts
Wednesday, January 25, 2012
Panduan Teknik Menyanyi PERCUMA!
Dapatkan video panduan teknik asas menyanyi percuma DI SINI. Pelajari teknik 'vocal warm-up, pernafasan, 'vibrato' dan tips mencapai not tinggi dalam siri video PERCUMA INI!Sunday, January 22, 2012
Contoh Borang Penilaian Juri
Tips seterusnya untuk format penilaian pertandingan nyanyian ialah contoh borang pemarkahan juri. Borang pemarkahan juri perlu disediakan oleh pihak penganjur pertandingan bagi memudahkan proses penilaian juri profesional. Contoh berikut ialah bagi penilaian 10 orang peserta dan ianya perlu diedarkan kepada setiap orang juri yang bertanggungjawab mengadili pertandingan tersebut. Pihak penganjur perlu membuat salinan tambahan kepada semua juri yang terlibat berdasarkan jumlah peserta yang bertanding.
Labels:
Education,
InfoMusic,
Music Industry
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Saturday, January 21, 2012
Tips Penilaian Vokal, Tempo dan Persembahan
Tips percuma mengenai format penilaian juri pertandingan nyanyian yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini telah mendapat respon positif dari pengunjung blog InfoView Music. Bagi menjawab persoalan yang diaju oleh pembaca dalam entri lalu, berikut saya kongsikan panduan serta justifikasi penilaian yang wajar dalam sesebuah pertandingan nyanyian.
KRITERIA PENILAIAN :
1. Vokal (50%)
- Ketepatan 'pitching'
- 'Diction' (sebutan lirik jelas/tidak)
- Kualiti ton suara
- 'Vocal range' (kemampuan mencapai note tertinggi/terendah)
- Penguasaan teknik / Improvisasi vokal
2. Tempo (30%)
- Keserasian vokal dengan muzik iringan.
- 'Vocal style' dan 'Groove' persembahan.
- Ketepatan 'intro' dan 'outtro'.
3. Ekspresi & Kreativiti Persembahan (20%)
- Presentasi pentas (pakaian/ props persembahan)
- Ekspresi, Penghayatan dan dinamik persembahan
*Berdasarkan format pemarkahan PPF
Disediakan oleh:
Suhaimie Jamli
Kombo RTM Sabah @
Labels:
Education,
InfoMusic,
Music Industry
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
2
comments
Sunday, January 1, 2012
'How To Monetize Your Talent?' (Part 5)
Music Edu : Selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pengunjung setia blog InfoView Music. Entri pertama tahun 2012 saya teruskan dengan sambungan review isu di atas, seterusnya melengkapkan bahagian akhir topik ini. Oleh itu, entri kali ini juga bakal menjawab soalan akhir sebagai respon saya berasaskan penglibatan langsung dalam karier muzik. Isunya ialah samada karier muzik mampu menjamin hidup yang sempurna jika dipilih sebagai profesion sepenuh masa? Saya memberi respon berdasarkan beberapa situasi berikut:Tuesday, December 27, 2011
'How To Monetize Your Talent?' (Part 4)
Music Edu : Review isu ini diteruskan dengan menjawab soalan lanjut yang telah diajukan kepada saya selaku pengendali blog InfoView Music, serta penglibatan secara langsung dalam industri muzik tempatan. Dalam review Part 3, saya tidak menjawab secara langsung mengenai kadar bayaran pemuzik solo atau berkumpulan di Sabah kerana ianya terlalu subjektif dikalangan penganjur swasta. Walaubagaimanapun, bayaran pemuzik oleh RTM Kota Kinabalu berdasarkan kadar terkini tidak kurang dari RM 500 satu rancangan untuk pemuzik solo dan RM 300 seorang untuk setiap rancangan bagi pemuzik berkumpulan. Pemuzik profesional yang dijemput dalam persembahan Orkestra untuk rancangan TV mencapai bayaran sehingga RM 1000 seorang bagi setiap rancangan. Pemuzik kontrak yang berkhidmat sepenuh masa dalam agensi kerajaan pula dibayar mengikut kadar gred jawatan masing-masing yang ditetapkan SPA. Bagaimana membina jaringan kerja?Saturday, December 24, 2011
'How To Monetize Your Talent?' (Part 3)
Music Edu: Review kali ini adalah lanjutan dari siri pertama (part1) dan siri kedua (part 2) berkaitan dengan isu kadar bayaran persembahan. Isu ini antara yang kerap dibangkit oleh persatuan-persatuan artis di Malaysia yang mahu penilaian semula dibuat ke atas kadar bayaran agensi kerajaan kepada golongan artis. Bagi pemuzik dan artis rakaman yang bernaung di bawah label syarikat rakaman, pengurusan bayaran persembahan mereka lebih mudah kerana dipantau sepenuhnya oleh label masing-masing. Sebaliknya bagi pemuzik dan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman, mereka mudah terdedah dengan masalah eksploitasi, penipuan dan kadar bayaran yang tidak selaras. Walaubagaimanapun asas penilaian kadar bayaran artis dan pemuzik oleh penganjur dari agensi kerajaan atau swasta di Malaysia mengambil kira 'star value' sebagai aspek utama. Pencapaian memenangi anugerah tertinggi yang diiktiraf oleh penggiat industri muzik Malaysia mampu mengangkat populariti dan 'star value' seseorang artis. Seterusnya, anda juga wajar menilai situasi berikut:- Sebagai pemuzik, anda perlu berusaha mencapai pengikhtirafan oleh badan profesional dalam industri muzik. Usaha ini termasuk penglibatan dalam persembahan berprofail tinggi, menyertai pertandingan berprestij serta mampu menonjolkan keunikan diri berasaskan kehendak pasaran.
- Pengikhtirafan profesional (di atas) sangat penting memandangkan sijil atau ijazah muzik semata-mata tidak mampu menjamin status yang selesa dalam sektor kerajaan atau swasta.
- Aspek pembayaran perlu diberi perhatian serius dan disertakan dengan dokumen sokongan. Ini bagi mengelak dari sebarang eksploitasi dan penipuan oleh golongan parasit yang mencemari industri hiburan tempatan.
Friday, December 23, 2011
'How To Monetize Your Talent?' (Part 2)
Music Edu: Dalam entri siri pertama saya telah menerangkan 3 prinsip asas yang perlu diaplikasi jika anda mahu bergerak efektif dalam industri muzik tempatan. Berdasarkan pengalaman ketika menjawat jawatan pertama sebagai Koodinator Unit Muzik di Sabah Institute of Art (SIA-kini dikenali sebagai DETECKE), tanggungjawab saya melibatkan aspek pengurusan muzik (sebagai Ketua Unit), pendidikan muzik (sebagai pensyarah muzik) dan persembahan profesional (sebagai pemuzik jemputan). Ketiga-tiga tugas ini telah saya lakukan dalam satu masa, menepati prinsip-prinsip asas yang terangkan sebelum ini. Merujuk kepada satu kajian rambang oleh pelajar jurusan muzik dari sebuah IPTA tempatan, saya telah diminta mengulas isu berkaitan industri muzik tempatan dalam skop 'music business'. Soalan pertama melibatkan venue atau lokasi persembahan yang dipilih untuk membuat persembahan profesional. Saya memberi respon berikut:- Profesion dalam persembahan muzik di Malaysia memerlukan fleksibiliti anda untuk membuat persembahan di pelbagai lokasi, menurut permintaan penganjur. Sebelum berkhidmat sepenuh masa dengan RTM, saya sering dijemput sebagai pemuzik undangan untuk rakaman rancangan hiburan dan persembahan pentas RTM Kota Kinabalu. Pengalaman bersama Kombo RTM sejak tahun 2004 melibatkan persembahan di pelbagai lokasi dan kecenderungan penonton yang berbeza termasuk kawasan pedalaman yang jarang dikunjungi.
- Pusat-pusat hiburan dan hotel adalah antara pilihan saya untuk membuat persembahan 'live band' dengan kekerapan 2 kali seminggu. Saya memilih konsep 'Jazz Music' untuk persembahan ini.
- Penglibatan dalam kumpulan Orkestra UMS dan persembahan resital bersama pelajar di pusat-pusat pengajian muzik swasta sekitar Kota Kinabalu saya jadikan pentas terbaik promosi khidmat muzik saya kepada komuniti.
- Ikuti review lanjut dalam entri part 3!
Thursday, December 22, 2011
'How To Monetize Your Talent?' (Part 1)
Music Edu: 'Muzik sekadar hobi ataupun penjana ekonomi?' Persoalan ini sering menjadi isu utama dalam menentukan kestabilan profesion dalam industri hiburan tempatan. Kerjaya profesional sebagai artis dan selebriti terdiri dari golongan pemuzik, penyanyi dan penari adalah antara kumpulan komuniti yang giat mewarnai industri hiburan di Malaysia. Persaingan dalam industri hiburan menjadikan nilai populariti artis sebagai faktor utama untuk mengukur tahap pencapaian masing-masing. Namun populariti juga telah mengakibatkan ramai artis terpesong dari landasan sebenar sehingga tidak mampu konsisten dalam kerjaya mereka. Sehubungan dengan itu, entri kali ini bakal menjawab beberapa persoalan serta perkongsian tips berhubung perniagaan dalam bidang muzik seterusnya menilai kewajaran industri ini sebagai sumber pendapatan individu. Tips berikut berasaskan penglibatan saya dalam profesion muzik secara profesional seterusnya menjana pendapatan menggunakan profisiensi bakat yang telah digilap menerusi kaedah pembelajaran formal:
PRINSIP ASAS:
Aplikasi prinsip asas berikut adalah antara faktor mencapai tahap pemasaran bakat muzik secara efektif, seterusnya membuka lebih banyak jaringan kerja dalam bidang muzik berdasarkan nilai profiensi masing-masing:
- Fleksibel : Tahap pembangunan industri muzik tempatan memerlukan pemuzik yang fleksibel serta mampu menguasai pelbagai repertoire lagu, 'style' muzik dan venue persembahan.
- Disiplin : Ramai pemuzik mempunyai 'skill' yang baik tetapi menghadapi masalah disiplin masa serta komitmen yang lemah. Masalah ini akan menyukarkan jaringan kerja anda dalam masa yang singkat.
- Multi-Skill: Elemen ini akan memudahkan anda mendapat tempat dalam industri terutamanya pada peringkat awal penglibatan anda secara profesional. Jika anda seorang pemuzik yang baik, anda juga perlu belajar menjadi seorang pengajar muzik yang baik seterusnya mampu melakukan tugas-tugas pengurusan muzik dengan baik.
INFO LANJUT:
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 1)
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 2)
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 3)
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 4)
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 5)
Saturday, November 19, 2011
Silibus Pendidikan Muzik Acuan Malaysia
Labels:
Education,
Music Industry,
UMS
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
1 comments
Tuesday, November 15, 2011
Teknologi Canggih Paksi Kejayaan 'A&R'
InfoView: Globalisasi telah membawa kepada kemajuan teknologi Digital yang kini semakin sinonim dengan perkembangan industri muzik tempatan. Bermula dengan aplikasi sistem rakaman studio secara digital, kini impak globalisasi kepada industri muzik tempatan turut mengubah cara kerja seorang 'Artist and Repertoire' (A&R) dalam sebuah produksi Syarikat Rakaman (Label Company). Pada dasarnya, cabaran yang dihadapi dalam skop kerjaya ini hampir sama dengan bidang kerjaya profesional yang lain seperti Pegawai Pemasaran atau Pegawai R & D (Research and Development) dalam sesebuah syarikat perniagaan.
Secara ringkas, tugas seorang A&R melibatkan pencarian artis baru yang sesuai dengan potensi pasaran semasa dan mempunyai nilai komersil yang mampu memberi keuntungan kepada syarikat rakaman. Seorang A&R syarikat rakaman biasanya terdiri daripada golongan pemuzik, wartawan dalam bidang muzik ataupun penerbit rakaman (merujuk kepada sumber Wikipedia).
Labels:
Education,
InfoView,
Music Industry
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Monday, October 31, 2011
Tips Vokal: Bagaimana Tingkatkan 'Stamina?'
InfoEdu: Tanggungjawab selaku panel juri rancangan 'Mencari Bintang ' Sabah FM adalah antara tugas rutin yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Profesionalisme mengajar saya melakukan tugas ini dengan efektif, khususnya bagi membantu perkembangan industri hiburan tempatan. Melalui rancangan ini, saya telah menerapkan pendekatan khidmat masyarakat iaitu dengan memberi tips-tips persembahan nyanyian kepada peserta dan pendengar rancangan Mencari Bintang. Kali ini saya ingin berkongsi tips sebagai respon kepada permasalahan berikut:
1. Bagaimana meningkatkan 'stamina' untuk menyanyikan lagu rancak?
- Buat latihan vokal yang konsisten. Contohnya memperuntukkan masa latihan 1 jam sehari.
- Buat latihan fizikal untuk meningkatkan keupayaan pernafasan anda.
- Buat 'warm-up' secukupnya sebelum menyanyi.
- Pelajari teknik pernafasan yang betul dengan mengikuti kelas vokal secara formal.
- Suara terkucil berlaku diluar kawalan, berpunca dari masalah saluran pernafasan yang menganggu kualiti produksi vokal penyanyi.
- Elakkan menyanyi ketika demam, batuk atau selesma.
- Elakkan minuman berais kerana ia menyempitkan saluran pernafasan yang turut menjadi punca kepada masalah ini.
- Elakkan 'practice hard' sebelum persembahan kerana suara terkucil juga adalah petanda kotak suara anda terlalu penat.
http://infoviewmusic.blogspot.com
Sunday, October 23, 2011
Muzik adalah Ekspresi (Part 3)
InfoMusic: Muzik merupakan gabungan ritma dan melodi yang mampu menyentuh inspirasi seseorang. Entri kali ini ialah kesinambungan dari bahagian pertama dan bahagian kedua mengenai ekspresi dalam muzik.
Perasaan sedih wujud secara natural dalam diri setiap individu dan sering dikait dengan unsur-unsur negatif sebagai penyebab utama. Berdasarkan realiti kehidupan, individu yang normal akan berasa sedih kerana faktor kekecewaan seperti kematian, kekalahan, kemudaratan, kegagalan, keinsafan dan sebagainya. Perasaan ini jika tidak ditangani dengan betul akan memberi impak negatif kepada pemikiran dan tindakan individu. Dari sudut muzik, perasaan sedih dapat diekspresi secara natural berasaskan faktor-faktor berikut:
Wednesday, October 19, 2011
Muzik adalah Ekspresi (Part 2)
InfoMusic: Dalam 'post' bahagian pertama, saya telah menjelaskan aspek ekspresi dalam muzik yang terbina daripada 4 elemen asas yang utama. Kesemua elemen tersebut berkait rapat dengan sifat, karektor dan perasaan semulajadi manusia dalam menjalani rutin harian. Faktor ini juga telah menjadikan kita tertarik kepada muzik secara alamiah ataupun ilmiah.
Seterusnya saya akan menjelaskan tentang pembentukan ekspresi muzik daripada elemen asas pertama iaitu Ekspresi Gembira. Perasaan gembira dalam muzik terhasil oleh faktor-faktor berikut:
Sunday, October 16, 2011
Muzik adalah Ekspresi
Tuesday, September 6, 2011
Apa Hukum MUZIK?
InfoView : Perspektif muzik dari sudut pandang Syari'ah kerap dibincang bagi memperhalusi batas-batas fungsi muzik sebagai karier dan hiburan dalam masyarakat. Beberapa faktor seperti berikut telah saya ringkaskan bagi membina pemahaman asas mengenai Hukum Muzik dalam Islam:
1. Muzik asalnya 'harus', namun beberapa faktor berikut menjadikan ianya 'Haram':
- Aktiviti muzik bercampur dengan sebutan alkohol (sebagai penaja etc)
- Gadis sebagai penyanyi
- Membangkitkan unsur perzinaan dan keberhalaan
- Muzik dan lirik berunsur negatif, ganas dan tidak menenangkan
- ZAMAN : Merujuk kepada masa, jika muzik itu berubah kepada unsur yang melalaikan daripada Jihad dan Ibadah.
- MAKAN : Merujuk kepada suasana dan upacara dimana muzik itu dipersembahkan.
- IKHWAN : Merujuk kepada aktiviti muzik itu sendiri, jika ianya menyebabkan masyarakat terdedah kepada unsur kejahatan dan kejatuhan moral.
Labels:
Education,
InfoMusic,
InfoMuslim,
InfoView
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Saturday, June 4, 2011
You have talent...what's next?
InfoTips: You have good voice with good singing capability? If you found yourself hardly move forward with your singing (eventhough people said you are good...good and good), keep track with these solution:
- Natural Talent is not enough..go for formal vocal lesson
- Good Vocal teacher advisable...
- Why should you go for singing lesson?? Many of them will stuck at this point...Why , in sports a runner needs a good coach to train them 'running' . It's an original human capability right (Running)???
-Suhaimie Jamli-
Thursday, May 19, 2011
Contoh Format Pemarkahan Juri Pertandingan Lagu
KAEDAH PERLAKSANAAN:
1. Format pemarkahan ini memerlukan khidmat 4 orang juri profesional berdasarkan kriteria tugas berikut:
a) Juri 1 : Ketua Juri/ Penilai lirik / Penilai Muzik / Penilai Persembahan
b) Juri 2 : Penilai lirik / Penilai Muzik / Penilai Persembahan
c) Juri 3 : Penilai lirik / Penilai Muzik / Penilai Persembahan
d) Juri 4 : Penyelaras Panel Juri (Jika Perlu)
2. Kriteria asas pemilihan juri profesional adalah seperti berikut:
a) Mempunyai kepakaran, pengalaman, pengetahuan atau kelayakan dalam bidang seni muzik yang diiktiraf berdasarkan status profesional, anugerah, ijazah atau penghasilan karya dalam industri muzik.
b) Mempunyai kepakaran, pengalaman, pengetahuan atau kelayakan yang diiktiraf dalam bidang bahasa dan penulisan lirik berdasarkan status profesional, anugerah, ijazah ATAU penghasilan karya dalam industri muzik.
c) Pemilihan juri perlu telus tanpa sebarang kepentingan ataupun pengaruh dalam pertandingan yang diadili, tidak tertumpu pada sebuah Daerah, komuniti, badan kerajaan atau institusi swasta yang tertentu sahaja.
d) Individu yang bersikap profesional, rasional dan natural dalam prinsip pengadilan.
FORMAT PEMARKAHAN JURI: PPA + PPF
No
|
KRITERIA PENGADILAN
|
GERAK KERJA /
CATATAN
|
1
|
Proses Penilaian Awal (PPA):
i- Penilaian Muzik (50%)
(Penilaian melodi dan susunan muzik)
ii- Penilaian Lirik (50%)
(Penilaian lirik terbaik)
Jumlah PPA = 100%
|
-Objektif PPA ialah untuk memberi ruang masa yang cukup selesa kepada juri bagi menilai kualiti muzik dan lirik lagu yang dipertandingkan.
-Penilaian PPA dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pertandingan akhir berlangsung.
-Metod penilaian PPA boleh dilakukan secara perbincangan sesama juri ATAU secara individu selepas sesi taklimat oleh Penyelaras Juri.
-Setiap juri akan diberikan salinan CD audio dan lirik lagu yang dipertandingkan 3 hari sebelum pertandingan akhir.
-Sesi taklimat oleh Penyelaras Juri akan diadakan semasa penyerahan audio dan lirik lagu-lagu yang bertanding bagi meningkatkan pemahaman dan keseragaman sistem pengadilan.
|
2
|
Proses Penilaian Final (PPF):
i- Penilaian Vokal (50%)
ii- Penilaian Muzik / Tempo (30%)
iii- Ekspresi / Kreativiti Persembahan (20%)
Jumlah PPF = 100%
|
-Penilaian PPF dibuat semasa pertandingan akhir berlangsung untuk menilai kualiti presentasi pentas para peserta.
-Setiap juri dikehendaki menilai persembahan secara ‘live’ sama ada diiringi pemuzik Kombo RTM Sabah atau ‘Minus one’.
|
PANDUAN TUGAS JURI
NO
|
PERKARA
|
SPESIFIKASI TUGAS /
KRITERIA
|
01
|
Penyelaras Panel Juri
|
MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANDINGAN
-Dipilih daripada senarai kakitangan atau ahli jawatankuasa urusetia penganjur dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa pertandingan.
-Mencadangkan penggunaan FORMAT PPA + PPF seterusnya memberi penerangan terperinci mengenai kaedah pemarkahan ini bagi mendapat pengesahan pihak penganjur dalam mesyuarat jawatankuasa pertandigan.
-Mencatat serta mengambil tindakan terhadap sebarang respon pihak penganjur jika terdapat cadangan yang wajar, bersesuaian dengan konsep pertandingan.
-Mengenalpasti 3 orang juri profesional yang layak dicadang dalam mesyuarat jawatankuasa pertandingan.
PROSES PENILAIAN AWAL (PPA)
- Mengadakan sesi taklimat khas juri pertandingan dan penyerahan CD Audio serta lirik untuk Proses Penilaian Awal (PPA). Sesi ini dijalankan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh pertandingan akhir bagi memberi ruang yang selesa kepada para juri menilai kualiti lagu, muzik dan lirik lagu yang bertanding.
(4 set CD, lirik lagu dan borang penilaian khas peserta final perlu disediakan oleh pihak urusetia penganjur sebelum taklimat PPA diadakan).
PROSES PENILAIAN FINAL (PPF)
-Menyelaras dokumentasi serta keperluan gerak kerja pengadilan peringkat final.
-Membantu pengiraan markah PPA dan PPF.
-Menyemak dan mengesahkan dokumentasi keputusan akhir pertandingan peringkat final.
|
02
|
Ketua Juri (Juri 1)
|
-Dipilih daripada senarai Juri 1, Juri 2 atau Juri 3 dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa pertandingan.
-Menghadiri sesi taklimat PPA mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Penyelaras Panel Juri.
-Menyelaras pembahagian tugas juri (Jika perlu) serta memantau kualiti pengadilan yang terbaik berdasarkan format yang diberi.
-Bertanggungjawab membuat penilaian PPA dan PPF.
-Ketua Juri diberi kuasa penuh membuat keputusan muktamad jika berlaku sebarang pertindihan markah peserta di peringkat final.
|
03
|
Juri 2 & Juri 3
|
-Pemilihan berasaskan kriteria seperti dalam butiran no.2, dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa pertandingan.
-Menghadiri sesi taklimat PPA mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Penyelaras Panel Juri.
-Bertanggungjawab membuat penilaian PPA dan PPF.
|
CATATAN : Panel juri yang dilantik wajar diberi honorarium atau saguhati oleh pihak penganjur.
Disediakan oleh:
Mohamad Suhaimie Hj. Jamli
-Kombo RTM Sabah-
http://infoviewmusic.blogspot.com
DAPATKAN INFO LANJUT DI SINI:
Labels:
Education,
InfoMusic,
Music Industry
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
7
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)





