Centre Athrium 1Borneo : Ndak habis-habis tau pengacara 'Super Hot' ni saturang. Azwan Ali puas buat kecoh di K.L ni kali buat hal pula di K.K. Adakah patut hujung minggu hari tu (11 Dis - 12 Dis) habis orang yang pigi 'shopping' di One Borneo terpaksa batalkan niat 'shopping Christmas' mereka semata-mata mau tengok aksi pengacara mulut 'laser' Malaysia ni mengendalikan sesi ujibakat rancangan T.V 'Satu-Satunya' anjuran Unit T.V RTM Angkasapuri dan RTM KK. Apa gia tu rancangan 'Satu-Satunya?' Huhh..oleh kerana aku pun baru tau info ni semasa dipanggil 'briefing' untuk mengadili sesi ini bersama Azwan Ali itu hari, aku pun ceritalah kunuk sama kamu ni.....'
Rancangan Satu-Satunya ialah sebuah rancangan baru realiti T.V terbitan RTM yang akan mula dipertontonkan pada 14 Januari 2011 di TV 1 RTM. Azwan Ali selaku hos rancangan tersebut bersama krew penerbitan RTM dalam rangka promosi dan ujibakat rancangan ini telah menghangatkan One Borneo untuk menjalankan tugas mereka mencari bakat-bakat baru di Sabah.
![]() |
| Sesi penderaan peserta oleh Azwan Ali |
'I need to expose this new programme and it's not easy to highlight something new....thats why i choosed One Borneo as one of the famous shopping mall in KK to have it done...' kata Azwan kepada saya semasa sesi 'briefing'. Dari Kombo RTM Sabah, saya telah diberi tanggungjawab besar untuk menentukan nasib para peserta nyanyian yang menyertai ujibakat zon Sabah pada hari pertama. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu kategori nyanyian dan kategori rupa iras artis yang diadili oleh Azwan sendiri. 'Konsep dan identiti program ini sudah pastinya berbeza berbanding program realiti T.V yang lain' kata penerbit rancangan ini dengan penuh ekspresi. Setelah faham dengan mendalam tentang kehendak program ini saya dan Azwan pun menjalankan misi pencarian kami dengan penuh dedikasi diselubungi kontroversi.![]() |
| Aksi Mus dari 'Mirip artis' |

Ketika sesi perbincangan dengan Azwan, saya sempat inspirasikan beberapa idea untuk mengekalkan populariti dan kemantapan para peserta yang bakal terpilih setanding dengan kemantapan aspirasi ikon-ikon RTM yang diidolakan dalam program ini. Antara ikon RTM tersebut ialah Jamal Abdillah, Mas Idayu, A.Rahman Hassan, Aisyah, Ramlah Ram dan ramai lagi. Selamat berjaya kepada peserta yang dipilih mewakili Sabah. Warga industri muzik di Sabah pula diharap menyokong penuh usaha pihak RTM ini.
'Somtimes we never knew luck on which side, but sometimes we forgot to appreciate the talent given by God..so? make everyone proud please'.....from Suhaimie Jamli to all the contestant...Good Luck !!




No comments:
Post a Comment