InfoEdu: Penyediaan set drum yang betul dan bersesuaian merupakan antara perkara asas yang perlu diketahui pada peringkat 'beginner'. Set drum anda perlu dipasang dan dilaraskan dengan betul bagi mengelakkan sebarang gangguan konsentrasi semasa latihan ataupun persembahan pentas. Sila patuhi panduan berikut:
1. Drum Kit lengkap:
- Sebuah drum kit lengkap perlu mempunyai komponen asas seperti snare drum, bass drum, small tom (tom 1), tom 2, floor tom, hi-hat, ride cymbal dan 1 crash cymbal.
2. Komponen dalam keadaan baik:
- Pastikan semua komponen berfungsi dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan kecil perlu diperbaiki segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih serius. Spring pedal, skin dan skru pelaras adalah antara komponen yang selalunya bermasalah.
3. Fleksibel:
- Laraskan setiap komponen mengikut fleksibiliti anda (rujuk Lesson 2).
P/S : Drum Kit yang lengkap dan sempurna memberi kesan kepada penghasilan ton yang baik selain memberi keyakinan dalam persembahan anda. 'Happy Drumming !'
- Jika anda perlukan penerangan lanjut mengenai teknik ini, boleh maklumkan saya melalui Chit Chats Box atau emailkan saya terus permasalahan tersebut.
- Sila layari laman berikut untuk download dengan percuma 'drumming technique' saya:
'WISH U ALL THE BEST'

No comments:
Post a Comment