InfoMusic: Muzik merupakan gabungan ritma dan melodi yang mampu menyentuh inspirasi seseorang. Entri kali ini ialah kesinambungan dari bahagian pertama dan bahagian kedua mengenai ekspresi dalam muzik.
Perasaan sedih wujud secara natural dalam diri setiap individu dan sering dikait dengan unsur-unsur negatif sebagai penyebab utama. Berdasarkan realiti kehidupan, individu yang normal akan berasa sedih kerana faktor kekecewaan seperti kematian, kekalahan, kemudaratan, kegagalan, keinsafan dan sebagainya. Perasaan ini jika tidak ditangani dengan betul akan memberi impak negatif kepada pemikiran dan tindakan individu. Dari sudut muzik, perasaan sedih dapat diekspresi secara natural berasaskan faktor-faktor berikut:
1. 'Key' lagu menggunakan kod minor. Gabungan triad harmoni asas bagi kod minor ialah not 1, flat 3 (dikurangkan setengah tone) dan 5 (DO, MEY, SO) daripada 'major scale' (DO, RE, ME .....).
2. Gubahan melodi lagu menggunakan 'minor scale' bersesuaian dengan frasa muzik lagu tersebut.
3. Gubahan muzik menggunakan instrumentasi atau kesan bunyi yang bersesuaian dengan 'mood' sedih serta maksud lirik yang disampaikan. Ukuran tempo (meter) yang sesuai ialah perlahan (slow tempo) untuk mengiringi melodi lagu yang lembut, mendayu dan menenangkan.
4. Gubahan lirik terdiri dari aspirasi ketuhanan, peristiwa sedih dan keinsafan.
5. Klimaks lagu yang baik harus menenangkan jiwa pendengar serta mampu membina semangat positif dalam diri individu.
Suhaimie Jamli
- MUZIK adalah Ekspresi (Part 1)
- MUZIK adalah Ekspresi (Part 2)
- Apa HUKUM Muzik?
- Apa Hukum Menyanyi?
- Panduan MUZIK, TARI dan NYANYI

No comments:
Post a Comment