Pages

Showing posts with label drums. Show all posts
Showing posts with label drums. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

DRUM LeSSoN 4: 'Tuning Your Drums'

InfoEdu: 'Tuning' sangat penting untuk memperolehi kualiti bunyi yang sesuai serta dapat memaksimakan ketahanan 'batter head' (skin) drum.  Proses 'tuning' untuk drum memerlukan 'self-experiment' kerana pilihan pic 'tuning' drum sebenarnya ditentukan oleh pemain itu sendiri.  Walaubagaimanapun, terdapat beberapa panduan asas berbentuk teknikal yang wajar diketahui bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada komponen drum anda.


   Fahami dan aplikasikan panduan teknik 'tuning' berikut:


Drum Key1. 'DRUM KEY':Seorang pemain drum perlukan 'drum key' sebagai salah satu peralatan asas untuk 'tuning', 'set-up' dan membuat pelarasan komponen drum mengikut keselesaan pemain.  Dalam proses tuning, 'drum key' berfungsi untuk memutarkan 'lug' (skru untuk mengetatkan skin drrum).  Penggunaan peralatan lain untuk tujuan ini akan menyukarkan proses 'tuning' selain menyebabkan kesan calar pada komponen drum.


2.  PRINSIP 'TUNING':Istilah tuning' untuk drum ialah bagi memastikan setiap 'lug' pada lingkaran 'drum head' mempunyai tekanan yang sama rata.  Oleh itu, jumlah putaran 'drum key' pada setiap 'lug' perlu sama.


Tuning Diagram3.  APLIKASI TEKNIK: Berdasarkan ilustrasi objek di sebelah, semua 'lug' ditandakan dengan huruf A hingga F dan lingkaran tersebuat adalah 'drum head' yang dikuatkan dengan 'rim'.  Teknik 'tuning' ialah memutarkan 'lug' dengan  jumlah putaran yang sama mengikut arah bertentangan.  Contohnya, jika anda bermula pada 'lug A' dengan satu putaran, seterusnya anda perlu membuat 1 putaran pada 'lug B' (ARAH BERTENTANGAN).  Lakukan proses yang sama pada 'lug' yang berikutnya untuk mendapatkan tegangan yang sama pada lingkaran 'drum skin'.



4.  BATTER HEAD / RESONANT SKIN :'Tuning' untuk Batter Head (skin atas) dan 'Resonant Skin' (skin bawah) boleh dilakukan dengan merendahkan ton 'resonant skin' berbanding 'batter skin'.  Anda perlu mendapatkan ton 'batter skin' terlebih dahulu mengikut kesesuaian yang anda mahukan.

5.  'SELF-EXPERIMENT' :'Proses pada peringkat no. 4 dan 5 lebih subjektif mengikut pengalaman, eksperimen dan keperluan  individu.  Seorang 'drummer' profesional pastinya mampu menghasilkan kualiti ton yang lebih baik mengikut 'self-preference' masing-masing.

HAPPY DRUMMING!!

P/S : 'Dua orang 'drummers'  membuat persembahan menggunakan set drum yang sama dan stick yang sama tanpa mengubah 'tuning' drum tersebut.  Tapi, tone yang dihasilkan jauh berbeza.......pasal??' (Sila jawab dalam ruang comment).

NEW!!...Sila lihat pelbagai peralatan drums diruang 'side bar' kiri 'I RECOMMEND' untuk review dan belian secara online...

Wednesday, December 29, 2010

DRUM LeSSoN 3: Panduan 'Drum Set Up'

InfoEdu: Penyediaan set drum yang betul dan bersesuaian merupakan antara perkara asas yang perlu diketahui pada peringkat 'beginner'.  Set drum anda perlu dipasang dan dilaraskan dengan betul bagi mengelakkan sebarang gangguan konsentrasi semasa latihan ataupun persembahan pentas.  Sila patuhi panduan berikut:

1.  Drum Kit lengkap:
  • Sebuah drum kit lengkap perlu mempunyai komponen asas seperti snare drum, bass drum, small tom (tom 1), tom 2, floor tom, hi-hat, ride cymbal dan 1 crash cymbal.
2.  Komponen dalam keadaan baik:

  • Pastikan semua komponen berfungsi dalam keadaan baik.  Sebarang kerosakan kecil perlu diperbaiki segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih serius.  Spring pedal, skin dan skru pelaras adalah antara komponen yang selalunya bermasalah.
3.  Fleksibel:
  • Laraskan setiap komponen mengikut fleksibiliti anda (rujuk Lesson 2).






P/S : Drum Kit yang lengkap dan sempurna memberi kesan kepada penghasilan ton yang baik selain memberi keyakinan dalam persembahan anda. 'Happy Drumming !'


  • Jika anda perlukan penerangan lanjut mengenai teknik ini, boleh maklumkan saya melalui Chit Chats Box atau emailkan saya terus permasalahan tersebut.
  • Sila layari laman berikut untuk download dengan percuma 'drumming technique' saya:



  •   


  • 'WISH U ALL THE BEST'





    Monday, December 27, 2010

    DRUM LeSSon 2 : Posisi dan 'Posture' Badan

      
    'Posture' badan seorang drummer turut memberikan kesan pada penghasilan ton yang baik.  Kedudukan 'posture' yang salah akan mengakibatkan keletihan, lenguh, sengal serta memberikan kesan jangka panjang yang tidak baik pada kesihatan.  Berikut adalah panduan posture atau kedudukan yang betul bagi seorang pemain drum:
    • Duduk Secara Menegak
    Posisi duduk menegak membantu kelancaran aliran darah manakala kedudukan membongkok pada jangkamasa yang lama akan menyebabkan kecederaan dan 'stress' pada bahagian bawah pinggang.  Amalan ini perlukan latihan rutin bagi menukar kebiasaan duduk pada posisi yang salah.
    • Duduk Dengan Ketinggian Selesa
    Ketinggian 'drum stool' perlu dilaras bersesuaian dengan saiz individu.  Selain keselesaan bergerak menghasilkan 'stroke', ukuran capaian 'pedal' juga perlu dipertimbangkan.  Pergerakan 'pedal' perlu selesa dengan ruang yang cukup untuk menghasilkan tekanan 'pedal' yang bertenaga.  Letakkan tumit pada 'pedal' dan pastikan ukuran bukaan pada sisi lutut antara 90 - 110 darjah dengan unjuran paha menghala ke bawah.  Jika larasan 'drum stool' terlalu rendah, anda akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menghasilkan 'pedal bass drum' yang sempurna.
    • Kedudukan Tangan dan Lengan Perlu Selesa
    Tangan dan lengan perlu berada pada kedudukan yang 'relax' tanpa sebarang tekanan.  Laraskan kedudukan anda sehingga benar-benar selesa dan natural tanpa perlu mengubah cara 'gripping' anda.

    Sila adaptasi panduan di atas, pasti anda akan merasai perbezaannya.
     'Happy Drumming!!!'

    • Jika anda perlukan penerangan lanjut mengenai teknik ini, boleh maklumkan saya melalui Chit Chats Box atau emailkan saya terus permasalahan tersebut.
    • Sila layari laman berikut untuk download dengan percuma 'drumming technique' saya:

    'WISH U ALL THE BEST'



    Tuesday, December 21, 2010

    DRUM LeSSon 1 : Teknik 'Gripping'

     Sepanjang mengendalikan sesi kursus, bengkel atau kelas drum, ramai yang bermain drum menggunakan teknik yang salah.  Teknik asas dalam apa juga peralatan muzik yang anda mainkan adalah perkara yang sangat penting untuk dipelajari.  Dalam setiap siri kursus yang saya kendalikan, saya sering memberi ingatan kepada para pelajar bahawa penggunaan teknik yang salah bakal memberi kesan 'muscle stress' selepas jangkamasa 10 tahun dan ianya berlaku tanpa kita sedari.  Tips kepada mereka yang berminat bermain Drum, sila pastikan anda mengetahui 3 perkara asas berikut:
    • Menggunakan teknik 'gripping' yang betul. (Pergerakan tangan)
    • Duduk dengan posisi yang betul..
    • Mengetahui teknik penggunaan 'pedal' yang betul.(Pergerakan Kaki)
    LESSON 1 : TEKNIK GRIPPING
         Gripping teknik adalah perkara asas tentang cara kita memegang 'stick' dengan betul.  Teknik yang betul akan mempercepatkan proses pembelajaran anda tetapi jika anda tidak menguasai teknik ini dengan betul pembelajaran anda akan terhad pada tahap tertentu.  Kebanyakan pelajar drum yang gagal menguasai teknik gripping dengan betul akan menghadapi masalah membuat 'double stroke' dengan betul.  Kemampuan tangan kiri dan kanan perlu sama dan inilah antara latihan asas yang perlu dilakukan setiap hari.  Tips berikut boleh membantu anda:
    • Mulakan setiap latihan dengan tempo perlahan.
    • Tanpa drum, anda boleh berlatih teknik gripping samada menggunakan 'drum pad', tanah liat, bantal atau pun kaedah yang sangat 'portable' iaitu menggunakan paha anda.
    • Bagi membina kekuatan 'muscle' tangan anda, gunakan stick bersaiz besar (5 B) semasa latihan gripping teknik ini.  Jika anda merasakan sebarang kesakitan pada bahagian lengan, hentikan latihan anda, sebelum masalah tersebut menjadi semakin serius.
    • Rujukan utama saya dalam pembelajaran drum ialah 'Dave Weckl'.  Sila layari laman You Tube berikut untuk mempelajari teknik gripping yang betul: 
    • Jika anda perlukan penerangan lanjut mengenai teknik ini, boleh maklumkan saya melalui Chit Chats Box atau emailkan saya terus permasalahan tersebut.
    • Sila layari laman berikut untuk download dengan percuma 'drumming technique' saya:

    'WISH U ALL THE BEST'


    Thursday, December 2, 2010

    My drumming collections-Combo RTM Sabah Live Concerts @ Buhavan Square Penampang


    COMBO RTM SABAH LIVE IN CHRISTMAS CONCERT 2009 @ BUHAVAN SQUARE PENAMPANG 



    PREVIEW
    A X'mas 2009 Live Concert in Buhavan Square Penampang was one of my best music show in the year 2009.  The concert was recorded for RTM's  Live Titian Mesra Christmas 2009 Program headed by our promising Producer of Unit Hiburan & Muzik, Mr.Minami T. Anduini. The concert was set to perform 25th repertoires featuring the best selection of our local artist in Sabah including some new comers.  On the music side, off course our trendy-flexi-style's Combo RTM Professional Musician were there giving the best music backing.  Combo was appeared on satge with only a little line up changes, puting me (Suhaimie Jamli) on drums to take over Bro Awing's position since he was on leave during the concert.  On the other hand, an ex army practical student Mr.Peter (Pettt) of Sarawak, were standing rhythmically to take over my place on percussion to join other Combo's musician;  Raimon @ Matlan and Romeo Joibert (Guitarist), Nizam and Nadia (Keyboardist), Charlie (Bassist), Bryan Leong (Saxophonist / Flutist), Annabel Tiu (Cellist) and Moses De Silva our Combo Leader cum Violinist.  Not to forget the Beckers Group from UiTM Shah Alam for giving the harmony of voices amazingly.
        Luckilly i found some videos of the concert on Youtubes so i put it in together with my mp3 format audio that was recorded live during the show..  Thanks to OzzieWozzie2007 for yuor great videos upload on Youtubes.  Please enjoy the following videos with some selection of artist performance and repertoire.  Click the Blue Highlighted Link to DOWNLOAD.

      




    THANKS FOR SUPPORTING OUR LOCAL TALENT!!!


       CONTACT ME      RELATED LINK      MAIN MENU   

    Tuesday, September 28, 2010

    Jamming Session-Spain (Cover)

    Suhaimie Jamli-Drums, Moses De Silva-Bass, Jessel Yansalang-Gtr, Yvonne-Flute and Joanna Funk-Melodicamum

    S p a i n in K.K !!!!!

      First of all i would like to thanks Joanna Funk for this video upload via You Tube.  This is one of my best video collection eventhough it comes with surprises (don't even know it was recorded) and the music itself will tell our 'preparation time' for the performance.  Some real music- communication happened on stage to get the right form of the song  -listennig to each instruments play or solos.  Again, thanks Joanna Funk for the great invitation to jamm the rhythmic tune of Spain in KK.  

    Note: Click on 'Related Link' for more stories on SabahSongs.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    MiVS MEMBERS