Tarikh : 4 & 5 Jun 2011
SYARAT UJIBAKAT BINTANG KECIL 2011
1. Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah berusia 7 hingga 11 tahun. Salinan asal Sijil Kelahiran hendaklah dibawa untuk pengesahan ketika menghadiri sesi ujibakat yang ditetapkan.
2. Peserta dikehendaki menyanyikan lagu dalam Bahasa Malaysia sesuai dengan konsep pertandingan. Lagu-lagu berunsur patriotik amatlah digalakkan. Lagu berentak Heavy Metal / Hard Rock tidak dibenarkan. Pihak penganjur berhak menolak lagu yang difikirkan kurang sesuai untuk pertandingan.
3. Perserta yang layak ke peringkat kebangsaan dikehendaki memilih daripada senarai lagu yang ditetapkan oleh pihak penganjur (akan ditetapkan kemudian).
4. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan.
5. Peserta dinasihat membawa ‘Minus One’ sendiri samada dalam bentuk CD, VCD atau DVD apabila hadir untuk sesi ujibakat. Peserta yang layak ke peringkat akhir samada di peringkat negeri atau kebangsaan akan diiringi secara ‘live’ oleh pemuzik profesional Kombo RTM.
6. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang perbelanjaan yang digunakan untuk menghadiri sesi ujian. Penganjur hanya akan menanggung perbelanjaan pengangkutan dan penginapan kepada peserta luar yang layak ke pertandingan akhir di peringkat negeri dan kebangsaan.
7. Peserta tidak dibenarkan bertanding dalam 2 zon berbeza.
8. Peserta yang pernah menjadi Johan di peringkat kebangsaan dan pernah membuat rakaman album (artis rakaman) tidak layak menyertai pertandingan ini.
9. Pihak penganjur atau wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan harta benda, kecederaan atau kemalangan keatas diri peserta semasa menghadiri sesi ujibakat dan pertandingan akhir. Oleh itu pihak ibu bapa atau penjaga wajib mengisi Surat Persetujuan yang disertakan pada peringkat tersebut.
10. Sebarang rakaman video adalah DILARANG SAMA SEKALI.
11. Keputusan juri adalah muktamad.
Suhaimie Jamli
http://infoviewmusic.blogspot.com