InfoView : Pertemuan singkat dengan Lan & 'The Typewriter', seorang artis yang meningkat popular dalam industri hiburan tempatan ketika ini membuahkan perkongsian idea berharga mengenai dunia artis. Lan yang terkenal dengan keunikan vokal 'rock' bernada tinggi menerusi lagu popularnya Lagu Untukmu bersama kumpulan lamanya 'Meet Uncle Hussien' kini tampil bersama kumpulan baru 'Lan & The Typewriter'. Walaupun kali pertama bertemu Lan, penampilannya yang sederhana dan 'low profile' membuatkan saya kagum dengan beliau. Sikap mudah mesra Lan membuatkan sesi sembang kami lebih bernas berlatarkan suasana malam minggu di wilayah Pulau Labuan. Kematangan Lan meredah kehidupan dunia artis tersurat apabila beliau mengupas tips-tips berikut:1. Sikap Artis: "Artis perlu menjaga presentasi dan kadar populariti (kadar harga) dalam persembahan. Gunakan budi bicara dan timbang rasa mengikut rasional kerana meletakkan harga terlalu rendah sebagai desakan mendapatkan slot persembahan daripada penganjur kadangkala menimbulkan persepsi kurang yakin terhadap populariti seseorang artis". Saya bersetuju dengan Lan berdasarkan fungsi seseorang artis popular sebagai 'croud puller', selain tampil sebagai penghibur.
2. Populariti Artis: "Kena buat sendiri....'trend' industri sekarang memerlukan usaha dan kreativiti sendiri seseorang artis untuk meningkatkan populariti seterusnya menzahirkan pemasaran efektif. Zaman dulu lain, semuanya diuruskan oleh 'label' masing-masing. Persaingan industri hiburan semakin mencabar, gunakan teknologi masa kini akan banyak membantu usaha seseorang artis. Itulah yang saya lakukan setakat ini....'. 'No objection' kerana Lan terbukti berjaya menjadi salah seorang artis pilihan 'favourite' PM kita. Congrates Lan.
3. Kredibiliti Artis: Penilaian personel saya terhadap persepsi Lan terhadap artis lain menunjukkan beliau tidak suka merendahkan artis lain. Beliau tidak minat mengulas kekurangan artis lain setelah beberapa ujian 'indirect' saya lakukan. Kesimpulan saya 'jangan rendahkan kredibiliti artis lain dalam industri kerana itu antara punca reputasi seseorang artis tersebut menurun.
4. Tempoh Populariti : "Gunakan populariti dengan maksimum kerana tempoh populariti seseorang artis di Malaysia tidak menentu. Populariti tinggi harga pun tinggi, kerja keras dikala populariti memuncak kerana itu bakal memudahkan perancangan hidup anda dikala populariti menurun. Penghargaan akan tercipta dengan sendirinya ketika artis bekerja keras dalam tempoh 'emas' tersebut".
5. Kreatif : Lan bijak menghasilkan persembahan efektif berdasarkan situasi dan 'nature' penonton. Itulah yang berlaku di Labuan ketika Lan tampil bersahaja secara solo dengan bermain gitar akustik mengiringi alunan vokal'rock' nya.
P/S : Saya turut memberikan idea agar Lan berduet dengan Amy Search menyampaikan repertoire lagu Allayarham Tan Sri P.Ramlee. Sebaliknya Lan menyatakan hasrat beliau untuk berduet dengan otai rock Ramli Sarip. Kita tunggu.....Special hx to Lan & The Typewriter.
No comments:
Post a Comment