'Posture' badan seorang drummer turut memberikan kesan pada penghasilan ton yang baik. Kedudukan 'posture' yang salah akan mengakibatkan keletihan, lenguh, sengal serta memberikan kesan jangka panjang yang tidak baik pada kesihatan. Berikut adalah panduan posture atau kedudukan yang betul bagi seorang pemain drum:
- Duduk Secara Menegak
Posisi duduk menegak membantu kelancaran aliran darah manakala kedudukan membongkok pada jangkamasa yang lama akan menyebabkan kecederaan dan 'stress' pada bahagian bawah pinggang. Amalan ini perlukan latihan rutin bagi menukar kebiasaan duduk pada posisi yang salah.
- Duduk Dengan Ketinggian Selesa
Ketinggian 'drum stool' perlu dilaras bersesuaian dengan saiz individu. Selain keselesaan bergerak menghasilkan 'stroke', ukuran capaian 'pedal' juga perlu dipertimbangkan. Pergerakan 'pedal' perlu selesa dengan ruang yang cukup untuk menghasilkan tekanan 'pedal' yang bertenaga. Letakkan tumit pada 'pedal' dan pastikan ukuran bukaan pada sisi lutut antara 90 - 110 darjah dengan unjuran paha menghala ke bawah. Jika larasan 'drum stool' terlalu rendah, anda akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menghasilkan 'pedal bass drum' yang sempurna.
- Kedudukan Tangan dan Lengan Perlu Selesa
Tangan dan lengan perlu berada pada kedudukan yang 'relax' tanpa sebarang tekanan. Laraskan kedudukan anda sehingga benar-benar selesa dan natural tanpa perlu mengubah cara 'gripping' anda.
Sila adaptasi panduan di atas, pasti anda akan merasai perbezaannya.
'Happy Drumming!!!'
- Jika anda perlukan penerangan lanjut mengenai teknik ini, boleh maklumkan saya melalui Chit Chats Box atau emailkan saya terus permasalahan tersebut.
- Sila layari laman berikut untuk download dengan percuma 'drumming technique' saya:
'WISH U ALL THE BEST'
No comments:
Post a Comment