InfoMusic: Dalam 'post' bahagian pertama, saya telah menjelaskan aspek ekspresi dalam muzik yang terbina daripada 4 elemen asas yang utama. Kesemua elemen tersebut berkait rapat dengan sifat, karektor dan perasaan semulajadi manusia dalam menjalani rutin harian. Faktor ini juga telah menjadikan kita tertarik kepada muzik secara alamiah ataupun ilmiah.
Seterusnya saya akan menjelaskan tentang pembentukan ekspresi muzik daripada elemen asas pertama iaitu Ekspresi Gembira. Perasaan gembira dalam muzik terhasil oleh faktor-faktor berikut:
1. 'Key' lagu menggunakan kod Major. Gabungan harmoni asas kod major terdiri dari not 1, 3 dan 5 (DO, ME, SO) daripada major 'scale' (DO RE ME.....)
2. Melodi lagu digubah menggunakan 'major scale' dengan susunan frasa yang menarik dan mudah dihafal.
3. Susunan muzik yang mudah, ceria dan tempo yang sesuai dengan iringan melodi serta lirik lagu tersebut.
4. Gubahan lirik yang menepati erti kata gembira bagi menghasilkan sebuah penghayatan ceria dalam lagu tersebut.
5. Penggunaan alat muzik iringan yang sesuai bagi mewujudkan suasana gembira dalam gubahan lagu tersebut. Muzik tidak seharusnya terlalu berat sehingga menenggelamkan nyanyian melodi lagu tersebut.
6. Pembentukan dinamik muzik dan dinamik vokal adalah faktor penting untuk memastikan mesej yang ingin disampaikan melalui lagu tersebut dapat dihayati oleh pendengar.
Suhaimie Jamli
No comments:
Post a Comment