Tamu Besar Kota Belud 29-30 Oktober 2011
 |
| Budaya-Niaga |
InfoView: Kota Belud pasti menjadi tumpuan pelancong pada 29-30 Oktober 2011 ini sempena sambutan Tamu Besar Kota Belud 2011. Menampilkan identiti tamu terbesar di Sabah, acara ini melengkapi senarai aktiviti tahunan dalam kalender pelancongan negeri Sabah sejak beberapa tahun lalu. Daerah Kota Belud sinonim dengan gelaran 'Land of the Cowboys' terkenal dengan kekayaan adat resam serta budaya masyarakat Bajau, Kadazandusun dan Iranun. Acuan komposisi etnik ini seterusnya membentuk kepelbagaian aktiviti sosio-ekonomi masyarakat yang kian berkembang dan bersatu dalam satu agenda perdagangan berlokasikan 'Tamu' sebagai pusat pertemuan. Tamu pada setiap hari Ahad menampilkan budaya-niaga, budaya bangsa dan budaya-sahsiah setiap etnisiti di Kota Belud sehinggalah tercetusnya idea mewujudkan Tamu Besar bagi mempromosi keunikan sosio budaya-niaga ini ke peringkat antarabangsa. Ikuti review dan informasi lanjut DISINI..
 |
| Bajau Horseman |
 |
| Lumba Kerbau |
Info lanjut:
No comments:
Post a Comment