Pages

Showing posts with label Production. Show all posts
Showing posts with label Production. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Elton J. Lancar Album di K.K!

Industri Muzik Sabah bakal dihangatkan lagi dengan kemunculan seorang artis baru, Elton Johnny Kadau dengan mini album Perjalanan Cinta.  Elton berasal dari Keningau, Sabah menampilkan 5 buah lagu dalam mini album Perjalanan Cinta iaitu Apa Maksudnya, Perginya Dia, Cukup Sudah, Mengapa dan Hanya Kau.  Kesemua lagu tersebut adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan diterbitkan oleh Pusakag Studio.  Elton memilih genre R&B bersesuaian dengan kualiti vokalnya yang mirip penyanyi lagenda antarabangsa Micheal Jackson.  Profail lanjut Elton seperti berikut:

Sunday, January 16, 2011

Klip Video Terkini : KEKOSONGAN (Zuraidah Ahmad)

InfoView : Lagu 'Kekosongan' nyanyian Zuraidah Ahmad nampaknya mula mendapat perhatian peminat muzik tempatan.  Album 'single' Kekosongan dilancarkan pada Disember tahun lalu menampilkan nukilan komposer 'versatile' Sabah, Asmin Mudin sebagai komposer dan lirik oleh Zuraidah dan Asmin sendiri.  Zuraidah memaklumkan Music InfoView bahawa video ini di 'upload'  khas buat peminat-peminat beliau yang telah menyokong penuh kehadiran beliau dalam industri muzik tempatan.  Saksikan klip video Kekosongan nyanyian Zuraidah Ahmad. Semoga terhibur!!


Artist: Zuraidah     Composer: Asmin Mudin      Lyric : Asmin/Zue
Music Producer/Audio Recording : Suhaimie Jamli & Apai
Photo & Cover Designer: Spylens Studio/Dahrin Photo Design
Management Team ; D'Angel Music Pro.


Tuesday, December 28, 2010

'Kekosongan' FresH Single by Zuraidah

REVIEW: Industri Muzik tempatan semakin rancak dengan munculnya album 'single' terbaru bertajuk Kekosongan oleh Zuraidah Ahmad (Zue).   Seorang artis yang berbakat besar, sentiasa berusaha keras untuk memajukan diri ke peringkat yang lebih tinggi.  'Kekosongan' adalah hasil gubahan komposer terkenal Asmin Mudin, lirik oleh Zue / Asmin dan Penerbit Muzik/Audio oleh Apai dan Suhaimie Jamli.  Gabungan kreatif 'orang kita' secara profesional dalam produksi ini membuktikan perkembangan positif dalam industri muzik tempatan.

Kekosongan

Artist: Zuraidah     Composer: Asmin Mudin      Lyric : Asmin/Zue
Music Producer/Audio Recording : Suhaimie Jamli & Apai
Photo & Cover Designer: Spylens Studio/Dahrin Photo Design
Management Team ; D'Angel Music Pro.


Pelancaran Album Kekosongan di Buhavan Square, Penampang
Photo by: GOGDS PHOTOGRAPHY


P/S : Ada yang terpaksa dikurung dalam studio untuk belajar 'menangis'...Akhirnya banjir juga studio Apai dengan linangan air mata 'Kekosongan'.

Sunday, September 26, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS