Tips seterusnya untuk format penilaian pertandingan nyanyian ialah contoh borang pemarkahan juri. Borang pemarkahan juri perlu disediakan oleh pihak penganjur pertandingan bagi memudahkan proses penilaian juri profesional. Contoh berikut ialah bagi penilaian 10 orang peserta dan ianya perlu diedarkan kepada setiap orang juri yang bertanggungjawab mengadili pertandingan tersebut. Pihak penganjur perlu membuat salinan tambahan kepada semua juri yang terlibat berdasarkan jumlah peserta yang bertanding.
Showing posts with label InfoMusic. Show all posts
Showing posts with label InfoMusic. Show all posts
Sunday, January 22, 2012
Contoh Borang Penilaian Juri
Labels:
Education,
InfoMusic,
Music Industry
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Saturday, January 21, 2012
Tips Penilaian Vokal, Tempo dan Persembahan
Tips percuma mengenai format penilaian juri pertandingan nyanyian yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini telah mendapat respon positif dari pengunjung blog InfoView Music. Bagi menjawab persoalan yang diaju oleh pembaca dalam entri lalu, berikut saya kongsikan panduan serta justifikasi penilaian yang wajar dalam sesebuah pertandingan nyanyian.
KRITERIA PENILAIAN :
1. Vokal (50%)
- Ketepatan 'pitching'
- 'Diction' (sebutan lirik jelas/tidak)
- Kualiti ton suara
- 'Vocal range' (kemampuan mencapai note tertinggi/terendah)
- Penguasaan teknik / Improvisasi vokal
2. Tempo (30%)
- Keserasian vokal dengan muzik iringan.
- 'Vocal style' dan 'Groove' persembahan.
- Ketepatan 'intro' dan 'outtro'.
3. Ekspresi & Kreativiti Persembahan (20%)
- Presentasi pentas (pakaian/ props persembahan)
- Ekspresi, Penghayatan dan dinamik persembahan
*Berdasarkan format pemarkahan PPF
Disediakan oleh:
Suhaimie Jamli
Kombo RTM Sabah @
Labels:
Education,
InfoMusic,
Music Industry
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
2
comments
Wednesday, November 23, 2011
2PM Asia Tour in Malaysia!
InfoView : Peminat Industri Hiburan tempatan akan digegarkan dengan kehadiran kumpulan muzik antarabangsa 2PM dalam siri konsert jelajah Asia 2011. Saksikan kehebatan 2PM secara 'live' di Stadium Negara pada (dapatkan Info Lanjut)....
Monday, October 31, 2011
Tips Vokal: Bagaimana Tingkatkan 'Stamina?'
InfoEdu: Tanggungjawab selaku panel juri rancangan 'Mencari Bintang ' Sabah FM adalah antara tugas rutin yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Profesionalisme mengajar saya melakukan tugas ini dengan efektif, khususnya bagi membantu perkembangan industri hiburan tempatan. Melalui rancangan ini, saya telah menerapkan pendekatan khidmat masyarakat iaitu dengan memberi tips-tips persembahan nyanyian kepada peserta dan pendengar rancangan Mencari Bintang. Kali ini saya ingin berkongsi tips sebagai respon kepada permasalahan berikut:
1. Bagaimana meningkatkan 'stamina' untuk menyanyikan lagu rancak?
- Buat latihan vokal yang konsisten. Contohnya memperuntukkan masa latihan 1 jam sehari.
- Buat latihan fizikal untuk meningkatkan keupayaan pernafasan anda.
- Buat 'warm-up' secukupnya sebelum menyanyi.
- Pelajari teknik pernafasan yang betul dengan mengikuti kelas vokal secara formal.
- Suara terkucil berlaku diluar kawalan, berpunca dari masalah saluran pernafasan yang menganggu kualiti produksi vokal penyanyi.
- Elakkan menyanyi ketika demam, batuk atau selesma.
- Elakkan minuman berais kerana ia menyempitkan saluran pernafasan yang turut menjadi punca kepada masalah ini.
- Elakkan 'practice hard' sebelum persembahan kerana suara terkucil juga adalah petanda kotak suara anda terlalu penat.
http://infoviewmusic.blogspot.com
Saturday, October 29, 2011
Alumni Orkestra UMS: Komuniti Muzik Perihatin
Labels:
InfoMusic,
Music Industry,
UMS
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Sunday, October 23, 2011
Muzik adalah Ekspresi (Part 3)
InfoMusic: Muzik merupakan gabungan ritma dan melodi yang mampu menyentuh inspirasi seseorang. Entri kali ini ialah kesinambungan dari bahagian pertama dan bahagian kedua mengenai ekspresi dalam muzik.
Perasaan sedih wujud secara natural dalam diri setiap individu dan sering dikait dengan unsur-unsur negatif sebagai penyebab utama. Berdasarkan realiti kehidupan, individu yang normal akan berasa sedih kerana faktor kekecewaan seperti kematian, kekalahan, kemudaratan, kegagalan, keinsafan dan sebagainya. Perasaan ini jika tidak ditangani dengan betul akan memberi impak negatif kepada pemikiran dan tindakan individu. Dari sudut muzik, perasaan sedih dapat diekspresi secara natural berasaskan faktor-faktor berikut:
Wednesday, October 19, 2011
Muzik adalah Ekspresi (Part 2)
InfoMusic: Dalam 'post' bahagian pertama, saya telah menjelaskan aspek ekspresi dalam muzik yang terbina daripada 4 elemen asas yang utama. Kesemua elemen tersebut berkait rapat dengan sifat, karektor dan perasaan semulajadi manusia dalam menjalani rutin harian. Faktor ini juga telah menjadikan kita tertarik kepada muzik secara alamiah ataupun ilmiah.
Seterusnya saya akan menjelaskan tentang pembentukan ekspresi muzik daripada elemen asas pertama iaitu Ekspresi Gembira. Perasaan gembira dalam muzik terhasil oleh faktor-faktor berikut:
Sunday, October 16, 2011
Muzik adalah Ekspresi
Wednesday, October 12, 2011
Sham Kamikaze Tinggalkan Muzik?
Artikel dalam laman blog UMMUSAIFUDDIN menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terkini seorang rakan pemuzik Shamril Salleh @ Sham Kamikaze yang merupakan antara ikon gitaris ternama dalam industri hiburan Malaysia. Kali terakhir bertemu dengan Sham pada pertengahan tahun lalu ketika beliau mengunjugi Daerah Kota Belud atas urusan kerja. 'Sham terima hidayah...' antara ungkapan dalam artikel tersebut yang menarik perhatian saya. Benarkah Sham telah menamatkan karier dalam muzik? Adakah faktor Hidayah yang telah mendorong beliau membuat keputusan ini? Merujuk kepada beberapa siri video mengenai Sham, anugerah bakat serta populariti sebagai gitaris kini diaplikasi sebagai medium dakwah. Tahniah buat Sham Kamikaze kerana dipilih menerima 'Anugerah Hidayah', sebuah anugerah teragung berbanding mana-mana anugerah dalam Industri Muzik Malaysia. Ikuti preview lanjut mengenai Sham DI SINI!!
Labels:
Artist,
InfoMusic,
Music Industry
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Tuesday, September 6, 2011
Apa Hukum MUZIK?
InfoView : Perspektif muzik dari sudut pandang Syari'ah kerap dibincang bagi memperhalusi batas-batas fungsi muzik sebagai karier dan hiburan dalam masyarakat. Beberapa faktor seperti berikut telah saya ringkaskan bagi membina pemahaman asas mengenai Hukum Muzik dalam Islam:
1. Muzik asalnya 'harus', namun beberapa faktor berikut menjadikan ianya 'Haram':
- Aktiviti muzik bercampur dengan sebutan alkohol (sebagai penaja etc)
- Gadis sebagai penyanyi
- Membangkitkan unsur perzinaan dan keberhalaan
- Muzik dan lirik berunsur negatif, ganas dan tidak menenangkan
- ZAMAN : Merujuk kepada masa, jika muzik itu berubah kepada unsur yang melalaikan daripada Jihad dan Ibadah.
- MAKAN : Merujuk kepada suasana dan upacara dimana muzik itu dipersembahkan.
- IKHWAN : Merujuk kepada aktiviti muzik itu sendiri, jika ianya menyebabkan masyarakat terdedah kepada unsur kejahatan dan kejatuhan moral.
Labels:
Education,
InfoMusic,
InfoMuslim,
InfoView
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Sunday, July 24, 2011
Khidmat Gubah Lirik Lagu
InfoView: Blog Infoview Music kini menawarkan khidmat gubahan lirik lagu dalam Bahasa Melayu. sebagai sokongan kepada industri hiburan tempatan. Selain koleksi lirik lagu yang sedia ada, gubahan lirik berkonsepkan lagu yang baru digubah juga dipelawa untuk perbincangan lanjut bagi menepati mesej yang ingin disampaikan oleh komposer. Kadar bayaran yang ditawarkan untuk khidmat ini juga amat berpatutan, menepati kadar pasaran semasa serta membuka ruang perbincangan lanjut untuk sebarang tawaran kontrak yang dicadang oleh pelanggan. Review menu berikut akan memberi anda info lanjut mengenai perkhidmatan ini:
- KOLEKSI LIRIK DAN KADAR HARGA YANG DITAWARKAN
- KONTRAK JUAL BELI LIRIK @ INFOVIEW MUSIC
- PROFAIL PENULIS LIRIK
- Sebarang info lanjut sila e-mail ke : miejamli@gmail.com
Labels:
For Sale,
InfoMusic,
Music Industry
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Tuesday, July 19, 2011
Ujibakat Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 Zon Sabah
InfoMusic : Klasik Nasional dengan kerjasama Unit Hiburan dan Muzik RTM Kota Kinabalu akan mengadakan sesi ujibakat terbuka Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 zon Sabah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 & 24 Jun 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Venue : Pantaran Mesra RTM Kota Kinabalu
SYARAT-SYARAT PENYRTAAN:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 35 Tahun ke atas (sebelum atau pada 31 Julai 2011)
- Tidak pernah membuat rakaman (album) atau terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
- Kakitangan RTM atau saudara mara terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
- Pilihan lagu adalah berdasarkan senarai berikut (disediakan oleh pihak penganjur):
- Hatiku Kecewa (R.Azmi)
- Jukalau Abang Merindu (Asiah)
- Puteri Remaja (Jasni)
- Cahaya (Normadiah)
- Taman Puspawarna (Tan Sri P.Ramlee)
- Cincin Belah Rotan (Ahmad CB)
- Pandang Kasih (Puan Sri Saloma)
- Jangan Main Mata (Jamaliah Shariff)
- Hanya Nyanyian (S.Effendy)
- Ikatan Janji (Asiah Tuah)
Selamat Mencuba!!!
Sunday, July 17, 2011
Tips Buat Peserta HMMB
InfoMusic: Rancangan realiti radio Sabah FM Hafrina & Moon Mencari Bintang (HMMB) yang bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9.30 malam hingga 12.00 malam semakin hangat dengan penyertaan pendengar dari seluruh Sabah. Selaku juri yang bertanggungjawab menilai nyanyian setiap peserta HMMB, berikut saya kongsikan beberapa tips sebagai panduan peserta HMMB bagi memantapkan kualiti peserta rancangan ini :1. Pastikan anda menepati had umur yang ditetapkan (18 tahun ke atas).
2. Gunakan identiti sebenar anda (nama samaran tidak digalakkan). Identiti yang mencurigakan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatal tanpa rayuan.
3. Pilih lagu yang sesuai dengan keupayaan vokal anda, bukan berdasarkan lagu yang anda minati.
4. Gunakan iringan muzik bagi membantu persembahan anda. Penggunaan muzik membantu penghayatan, meminimumkan masalah ‘pitching’ dan tempo serta memperbaiki frasa nyanyian anda.
5. Peserta yang menggunakan iringan gitar perlu pastikan gitar anda menggunakan ‘standard tuning’ serta di’tune’ dengan nada yang betul. ‘Tuning’ yang tidak betul akan menganggu ‘pitchig’ vokal nyanyian anda.
6. Hafal dan fahami lirik lagu yang ingin anda persembahkan. Jika anda masih menggunakan khidmat ‘karaoke’ untuk panduan lirik, maksudnya anda belum cukup bersedia untuk bersaing dalam HMMB.
7. Nyanyi menggunakan ‘key’ yang benar-benar selesa. ‘Key’ yang tidak betul menyebabkan tekanan dalam nyanyian anda dan ianya cukup hambar untuk diperdengarkan di radio.
8. Buat latihan vokal secara konsisten akan memperbaiki persembahan anda.
9. Jika nama anda berjaya disenarai pendek, itu adalah petanda baik menyatakan progres nayanyian anda meningkat.
10. Ingat nyanyian anda didengar oleh pendengar dari seluruh Sabah. Kemudahan ‘online radio’ melalui internet membolehkan pendengar dari seluruh dunia mendengar nyanyian anda. Sudah tentu anda perlu persembahkan yang terbaik untuk menyertai rancangan ini.
Talian HMMB :
-088213478
-088218096
Selamat Mencuba!!
Tuesday, June 28, 2011
Jom Sertai Sayembara Puisi Berirama-Merdeka 2011
RTM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan membuat saringan ujibakat peringkat Negeri Sabah bagi memilih sebuah kumpulan terbaik mewakili zon Sabah ke Pertandingan Akhir Sayembara Puisi Berirama Merdeka 2011 yang dijadualkan pada 10 September 2011 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Fahami syarat di bawah dan sertai ujibakat seperti berikut:
Tarikh : 9 Julai 2011Masa : 9 pagi
Venue : Pantaran Mesra RTM Kota Kinabalu
SYARAT PENYERTAAN
1.Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 hingga 25 tahun.
2.Peserta hendaklah berkumpulan, iaitu antara tiga (3) hingga lima (5) ahli bagi satu kumpulan, dan terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu sekurang-kurangnya dua kaum.
3. Puisi Berirama ini hendaklah disampaikan dalam bahasa Melayu dan peserta dikehendaki memilih dan menyampaikan hanya sebuah (1) rangkaian puisi sahaja daripada 4 rangkaian yang dibekalkan oleh pihak penganjur.
4. Peserta perlu menghafal puisi pilihan mereka dan dipersembahkan mengikut gaya kreativiti masing-masing. Muzik iringan dan props yang bersesuaian bagi membantu penghayatan dalam penyampaian puisi berirama adalah dibenarkan mengikut kreativiti masing-masing. Ahli muzik untuk mengiringi persembahan hendaklah dalam kalangan ahli kumpulan sahaja. Walau bagaimanapun, ungkapan, perlakuan, props, muzik atau apa sahaja bentuk persembahan yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama adalah dilarang sama sekali.
5. Masa bagi setiap kumpulan membuat persembahan adalah antara tujuh (7) hingga sepuluh (10) minit.
6. Setiap penyertaan akan dinilai mengikut tiga (3) kriteria yang berikut:-
a) Persembahan (nada suara, pakaian, props, muzik, dan lain-lain)
b) Kreativiti
c) Adap
7. Pada peringkat saringan, segala perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta adalah tanggungjawab sendiri. Pihak RTM dan DBP tidak bertanggungjawab atas urusan keselamatan, kecederaan atau kemalangan peserta sama ada sewaktu perjalanan pergi/balik ke lokasi atau dari lokasi dan semasa berada di lokasi saringan.
8. Setiap anggota kumpulan perlu bebas daripada salah laku jenayah sivil atau syariah dan tidak terlibat dalam urusan mahkamah semasa menyertai pertandingan ini.
9. Kakitangan RTM dan DBP sama ada pegawai tetap, kontrak atau sementara, tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
10. Peserta yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan boleh dibatalkan penyertaan
mereka dalam mana-mana peringkat pertandingan.
11. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.
12. Setiap penyertaan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran 4R berimej ahli kumpulan sepenuhnya berserta maklumat lengkap peserta.
Wednesday, June 22, 2011
Ujibakat Bintang Kecil & Bintang Remaja pada 25 & 26 Jun 2011!!
InfoTips: Pencarian bakat oleh Unit Hiburan dan Muzik RTM Kota Kinabalu diteruskan pada 25 dan 26 Jun ini. Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan ini dijemput menghadiri sesi ujibakat seperti ketetapan berikut:
Info Ujibakat
Bintang Kecil & Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2011
Tarikah : 25 Jun 2011
Tempat : Studio A, Unit Hiburan & Muzik RTM K.Kinabalu
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tarikh : 26 Jun 2011
Tempat : CITY MALL, Kota Kinabalu
Masa : 8:30 pagi - 12:00 tgh
Penyertaan anda amat dialu-alukan...!!!!!
Labels:
Audition,
InfoMusic,
Music Industry,
RTM
Posted by
Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com
0
comments
Wednesday, June 8, 2011
Amaran Tergempar 'Sabah Mega Carnival 2011'

AMARAN buat pengunjung 'Sabah Mega Carnival 2011' yang sedang berlangsung di Kompleks Sukan Likas. Malam ini (8/11/2011) gegaran akan berlaku sebaik sahaja bermulanya konsert Titian Mesra RTM menampilkan aksi pemuzik professional Kombo RTM Sabah mengiringi barisan artis popular Sabah di pentas utama. Gandingan Rey, Esther, Dyg Noraini, Ebi, Velerie dan Rubisa bakal mempersembahkan repertoire terhangat yang pastinya menggegarkan tapak karnival pada malam ini. Datang dan saksikan sendiri keajaiban yang bakal berlaku malam ini...Jumpa di sana....!
Saturday, June 4, 2011
You have talent...what's next?
InfoTips: You have good voice with good singing capability? If you found yourself hardly move forward with your singing (eventhough people said you are good...good and good), keep track with these solution:
- Natural Talent is not enough..go for formal vocal lesson
- Good Vocal teacher advisable...
- Why should you go for singing lesson?? Many of them will stuck at this point...Why , in sports a runner needs a good coach to train them 'running' . It's an original human capability right (Running)???
-Suhaimie Jamli-
Thursday, June 2, 2011
Makluman Terkini Ujibakat Ranau dan Kudat!!
InfoTips: Unit Hiburan dan Muzik RTM Kota Kinabalu bakal mengunjungi anda untuk sesi ujibakat Bintang Kecil dan Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2011. Program eksplorasi bakat Sabah ini akan berada dibeberapa buah daerah di Sabah (rujuk jadual di bawah) bagi mengenalpasti bakat-bakat baru yang layak mewakii negeri Sabah dalam pertandingan nyanyian di peringkat kebangsaan. Pemuzik profesional Kombo RTM Sabah selaku panel juri yang diberi tanggungjawab menilai kualiti nyanyian peserta, turut disertai penerbit rancangan radio UHM dan krew teknikal RTM Kota Kinabalu. Nantikan kunjungan Eksplorasi Bakat Sabah bersama Unit Hiburan & Muzik (UHM) RTM K.K pada tarikh berikut:
Jadual Ujibakat Bitang Kecil dan Bintang Remaja 2011
Tarikh & Masa | Venue |
4 Jun 2011 9 pg – 4 ptg | W.P Labuan (RTM Labuan) |
4 – 5 Jun 2011 9 pg – 4 ptg | -*Ujibakat bagi Daerah Kudat & Daerah Ranau (Pindaan terkini membabitkan perubahan lokasi kepada ujibakat berpusat di K.Kinabalu) -Venue : Kompleks Sukan Likas |
11 – 12 Jun 2011 9 pg – 4 ptg | *Daerah Kudat (Ditunda pada tarikh lain) -Daerah Keningau (Dewan Arked) -Daerah Sandakan (Perkarangan Rumah Persekutuan) |
18 Jun 2011 | -Daerah Lahad Datu (Dewan Dri Perdana) |
19 Jun 2011 | -Daerah Sempurna (Dewan Masyarakat Semporna) |
25 & 26 Jun 2011 | -Venue : Pantaran Mesra RTM -*Peserta ujibakat dari Daerah Kudat dan Daerah Ranau dimohon hadir pada tarikh ini. (Ujibakat berpusat) |
Rujuk Syarat-Syarat penyertaan DI SINI
*Perubahan saat akhir melibatkan lokasi Ujibakat di daerah Ranau dan Kudat disebabkan oleh perubahan terkini beberapa aktiviti di peringkat kebangsaan yang turut melibatkan pihak jabatan secara langsung. Sebarang kesulitan yang timbul atas perubahan ini amat dikesali.
*Perubahan saat akhir melibatkan lokasi Ujibakat di daerah Ranau dan Kudat disebabkan oleh perubahan terkini beberapa aktiviti di peringkat kebangsaan yang turut melibatkan pihak jabatan secara langsung. Sebarang kesulitan yang timbul atas perubahan ini amat dikesali.
Sila hubungi Unit Hiburan dan Muzik RTM KK untuk info lanjut:
088-213444 (ext:344)
*Ujibakat di daerah Kudat ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
*Ujibakat di daerah Kudat ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Subscribe to:
Posts (Atom)




