Pages

Sunday, January 2, 2011

DRUM LeSSoN 4: 'Tuning Your Drums'

InfoEdu: 'Tuning' sangat penting untuk memperolehi kualiti bunyi yang sesuai serta dapat memaksimakan ketahanan 'batter head' (skin) drum.  Proses 'tuning' untuk drum memerlukan 'self-experiment' kerana pilihan pic 'tuning' drum sebenarnya ditentukan oleh pemain itu sendiri.  Walaubagaimanapun, terdapat beberapa panduan asas berbentuk teknikal yang wajar diketahui bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada komponen drum anda.


   Fahami dan aplikasikan panduan teknik 'tuning' berikut:


Drum Key1. 'DRUM KEY':Seorang pemain drum perlukan 'drum key' sebagai salah satu peralatan asas untuk 'tuning', 'set-up' dan membuat pelarasan komponen drum mengikut keselesaan pemain.  Dalam proses tuning, 'drum key' berfungsi untuk memutarkan 'lug' (skru untuk mengetatkan skin drrum).  Penggunaan peralatan lain untuk tujuan ini akan menyukarkan proses 'tuning' selain menyebabkan kesan calar pada komponen drum.


2.  PRINSIP 'TUNING':Istilah tuning' untuk drum ialah bagi memastikan setiap 'lug' pada lingkaran 'drum head' mempunyai tekanan yang sama rata.  Oleh itu, jumlah putaran 'drum key' pada setiap 'lug' perlu sama.


Tuning Diagram3.  APLIKASI TEKNIK: Berdasarkan ilustrasi objek di sebelah, semua 'lug' ditandakan dengan huruf A hingga F dan lingkaran tersebuat adalah 'drum head' yang dikuatkan dengan 'rim'.  Teknik 'tuning' ialah memutarkan 'lug' dengan  jumlah putaran yang sama mengikut arah bertentangan.  Contohnya, jika anda bermula pada 'lug A' dengan satu putaran, seterusnya anda perlu membuat 1 putaran pada 'lug B' (ARAH BERTENTANGAN).  Lakukan proses yang sama pada 'lug' yang berikutnya untuk mendapatkan tegangan yang sama pada lingkaran 'drum skin'.



4.  BATTER HEAD / RESONANT SKIN :'Tuning' untuk Batter Head (skin atas) dan 'Resonant Skin' (skin bawah) boleh dilakukan dengan merendahkan ton 'resonant skin' berbanding 'batter skin'.  Anda perlu mendapatkan ton 'batter skin' terlebih dahulu mengikut kesesuaian yang anda mahukan.

5.  'SELF-EXPERIMENT' :'Proses pada peringkat no. 4 dan 5 lebih subjektif mengikut pengalaman, eksperimen dan keperluan  individu.  Seorang 'drummer' profesional pastinya mampu menghasilkan kualiti ton yang lebih baik mengikut 'self-preference' masing-masing.

HAPPY DRUMMING!!

P/S : 'Dua orang 'drummers'  membuat persembahan menggunakan set drum yang sama dan stick yang sama tanpa mengubah 'tuning' drum tersebut.  Tapi, tone yang dihasilkan jauh berbeza.......pasal??' (Sila jawab dalam ruang comment).

NEW!!...Sila lihat pelbagai peralatan drums diruang 'side bar' kiri 'I RECOMMEND' untuk review dan belian secara online...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS