Thursday, March 21, 2013

Review Juri CLAS Musim Ke-6 2013

   
      Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah CLAS Musim Ke-6 yang telah berlangsung di Dewan Resital Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah pada 2 Mac 2013 lalu menampilkan presentasi berkualiti 10 orang finalis bagi merebut Anugerah Juara CLAS 2013.  Pn. Laila Elok selaku penerbit rancangan tersebut telah menambah prestij  CLAS Musim ke- 6 dengan pertukaran venue pertandingan akhir ke Dewan Resital UMS yang lebih ekslusif berbanding Centre Athrium One Borneo pada tahun lalu.

      Bersesuaian dengan tema pakaian ‘Black Tie and Evening Dress’, para penonton yang hadir diberi sambutan ‘Red Carpet’ serta berpeluang merakam kenangan di ‘Wall of Fame CLAS 2013’ di pintu masuk utama Dewan Resital.  Suasana malam tersebut turut diserikan dengan aksi lincah tarian pembukaan kumpulan ‘Art Collection’ koregrafi khas Yusof Ali @ Mami Usop.  Selain itu, penampilan ekslusif Mini Orkestra RTM Sabah terdiri dari gabungan 7 orang pemuzik profesional Kombo RTM Sabah dan 7 orang pemuzik jemputan dari Sekolah Pengajian Seni UMS telah mengiringi persembahan 10 finalis.  Alunan iringan muzik Mini Orkestra RTM Sabah telah dipimpin oleh Suhaimie Jamli yang juga merupakan salah seorang pemuzik profesional Kombo RTM Sabah.
          Gabungan mantap pengacara Ebi dan Obie pada malam anugerah tersebut telah menjadikan penampilan CLAS Musim Ke-6 sebagai yang terbaik setakat ini.
 
Komen Juri: 
    Selaku penyelaras kepada 5 orang juri profesional yang dilantik untuk menilai finalis CLAS Musim Ke-6, saya telah mencadangkan aplikasi format penilaian PPA & PPF.  Format ini memerlukan kaedah penilaian awal lagu-lagu yang layak ke final serta sesi perbincangan awal para juri bagi membahaskan tahap kualiti lagu-lagu tersebut.  Hasil diskusi bersama panel juri, beberapa analisis berikut wajar saya kongsikan  sebagai panduan para penggiat industri muzik di Sabah:
Pengurusan RTM Sabah bersama panel juri CLAS
1.  Berdasarkan Proses Penilain Awal (PPA), panel juri bersetuju bahawa terdapat lagu yang mempunyai melodi dan ‘form’ yang menarik tetapi lemah dari sudut liriknya.  Masalah ini menimbulkan persoalan samada pihak penganjur mahu menetapkan kekuatan melodi dan lagu sebagai keutamaan memilih juara ataupun kekuatan lirik lagu tersebut.   Resolusi telah dibuat mengikut penilaian elemen beberapa buah lagu komersil antarabangsa  yang menekankan kekuatan melodi lagu sebagai keutamaan.  Oleh itu, lagu yang mempunyai kekuatan lirik layak menerima anugerah Lirik Terbaik.
2.  Terdapat lagu yang tidak menepati penyampaian maksud liriknya.  Elemen ini melibatkan sebuah penghayatan lirik sedih tetapi diiringi dengan komposisi muzik dan melodi yang kontra iaitu agresif dan ceria.
3.  Kelemahan tatabahasa dan penggunaan perkataan yang kurang tepat pada lirik turut dikesan oleh panel penilai profesional dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.  Selain itu, panel penilai lirik turut menyatakan bahawa penggunaan bahasa puitis dalam frasa lagu menunjukkan kekuatan lirik yang mampu menambah tarikan sesebuah lagu tersebut.
4.  Dari sudut persembahan, iringan gerak tari dan lakon perlukan penghayatan yang lebih serius, bersesuaian dengan tema lirik dan lagu masing-masing.  Contohnya aksi meniup kelopak bunga tidak sesuai dilakonkan untuk sesebuah lagu yang bertemakan keindahan cinta.  ‘Mood’persembahan dinilai sehingga detik akhir peserta melangkah keluar dari pentas. Oleh itu, disiplin persembahan perlu dijaga sehingga para peserta meninggalkan pentas,
5.  Prosedur penilaian PPA & PPF hanya membenarkan lantikan juri profesional yang diiktiraf sebagai pakar dalam bidang muzik, bahasa dan lakon.  Oleh itu, format juri CLAS Musim Ke-6 telah menggabungkan 2 orang pakar bidang muzik dari UMS dan Maktab Gaya, 2 orang pakar bahasa dari DBP Sabah dan UiTM Sabah serta 1 orang pakar lakonan teater dari UMS.  Semoga perkongsian ini memantapkan kreativiti seni tempatan

Saturday, November 3, 2012

Penjelasan Isu Lagu 'Ni Kalilah' Ciptaan Clarence Anthonius

InfoView: Penggiat muzik di Sabah heboh seketika membincangkan laporan muka hadapan sebuah akhbar tempatan pada 30 Oktober 2012 lalu, berhubung lagu 'Ni Kalilah' yang dikatakan tidak disiar oleh stesyen radio kerajaan kerana dikaitkan dengan tema sebuah parti politik tempatan.  Keadaan bertambah panas apabila parti politik berkenaan turut membuat kenyataan akhbar sebagai respon kepada isu ini.  Selaku panel penilai yang terlibat secara langsung dalam prosedur penilaian lagu-lagu tempatan Sabah, saya agak terkilan dengan beberapa kenyataan kurang tepat yang dilaporkan seperti berikut:
  • Stesyen Radio kerajaan dikatakan tidak mampu membezakan lagu, muzik dan lirik antara lagu patriotik parti politik berkenaan dengan lagu cinta ciptaan Clarence Anthonius bertajuk 'Ni Kalilah', walaupun tajuk kedua-dua lagu tersebut hampir sama.
  • Stesyen radio kerajaan didakwa mengharamkan lagu 'Ni Kalilah' ciptaan Clarence Anthonius kerana dikaitkan dengan tema parti politik berkenaan.
  • Tindakan stesyen radio kerajaan menghalang siaran lagu berunsur cinta 'Ni Kalilah' adalah tidak wajar kerana ianya tiada kaitan langsung dengan parti politik berkenaan.
    Jika kenyataan di atas merujuk kepada stesyen radio kerajaan milik RTM Kota Kinabalu, ianya wajar diberi penjelasan lanjut berdasarkan rekod penilaian  panel penilai lagu tempatan RTM Sabah seperti berikut:
  • Panel penilai mengesahkan telah menerima salinan CD lagu 'Ni Kalilah' ciptaan Clarence Anthonius untuk penilaian kualiti siaran.  Setelah dinilai, lagu tersebut lulus dari sudut lirik, namun gagal dari sudut ketepatan nada / harmoni muzik (lead gitar 'sumbang').  Masalah ini menyebabkan lagu tersebut gagal tapisan siaran RTM.  Oleh itu, masalah yang dinyatakan perlu diperbaiki oleh pihak artis sebelum lagu tersebut dihantar semula untuk penilaian kedua.  Pihak LRX Production selaku penerbit album, mengesahkan telah menerima keputusan penilaian tersebut serta justifikasi 'gagal' yang perlu diperbetulkan.
  • Panel penilai RTM tidak pernah 'mengharamkan' lagu tersebut, sebaliknya memberi ruang kepada artis berkenaan untuk memperbaiki masalah sumbang seperti yang dinyatakan.  Ini bagi memastikan kualiti rakaman lagu tersebut menepati tahap piawaian siaran RTM di seluruh negara.
  • Selaku badan profesional dalam bidang muzik, kesemua ahli panel penilai sangat mahir membezakan elemen muzik, melodi dan lirik setiap lagu yang dinilai.  Rekod penilaian tidak sedikit pun mengaitkan lagu ini dengan sebarang unsur politik, seperti yang dinyatakan di atas.
  • Selaku panel yang bertanggungjawab,  sekali lagi ditegaskan bahawa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan adalah  tuduhan tidak berasas dan ianya wajar diberi perhatian serius.
  Walau apapun asas kepada laporan isu ini, sama ada ianya bertujuan mendapatkan publisiti atau telah dijadikan bahan berpolitik pihak tertentu, ianya tetap memberi implikasi negatif kepada semua pihak yang terlibat.  Berikut adalah justifikasinya:
  • Respon tidak berasas menggambarkan kurangnya sensitiviti pihak berkenaan terhadap kualiti rakaman lagu-lagu tempatan yang masih rendah.  Kualiti produksi harus dipertingkat agar karya artis tempatan mampu bersaing di peringkat nasional.
  • Bidang muzik dan ciptaan lagu merupakan karya seni tempatan yang dinilai sebagai harta intelek rakyat Sabah.  Sebagai sebuah parti politik yang wujud untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah, pihak berkenaan tidak wajar mempolitikkan hasil karya seni anak tempatan, sebaliknya memberi galakan ke arah memperbaiki kualiti produksi rakaman artis tempatan.
  • Kualiti rakaman yang kurang memuaskan akan menjejas kualiti rancangan radio tempatan.  Masalah ini turut menjejaskan imej industri muzik tempatan. 
  • Pihak artis atau produksi penerbitan album tempatan perlu bersikap profesional jika mahu menyumbang kepada pembangunan industri muzik tempatan.  Pihak panel penilai RTM bertanggungjawab memantau kualiti siaran lagu tempatan, bertepatan dengan tahap piawaian siaran global.  Oleh itu, sebarang kekeliruan dalam prosedur penilaian boleh dirujuk terus kepada panel penilai sebelum membuat kenyataan yang tidak releven kepada pihak media. 
  • Publisiti boleh membawa padah jika ianya berlaku diluar kawalan.  Sebagai seorang guru yang berkhidmat dalam sektor kerajaan, pihak artis (Clarence Anthonius) seharusnya sedar akan implikasi campur tangan politik dalam isu ini kepada kerjayanya.
  • Pihak artis bertanggungjawab mempertahankan karya mereka daripada dijadikan bahan politik pihak tertentu.  Ini bagi menjaga nilai estetika seni  harta intelek individu daripada dieksploitasi oleh pihak lain.
   Sebagai konklusi, saya menyarankan agar pihak artis melalui syarikat produksinya membuat kenyataan maaf secara terbuka serta menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini.  Bagi mengelakkan konflik yang lebih serius, kenyataan-kenyataan akhbar yang tidak berasas perlu ditarik balik oleh pihak yang bertanggungjawab. 
 
 
 
 
 

Wednesday, September 5, 2012

Pemuzik RTM Seluruh Malaysia Komited Jayakan Transformasi!

InfoView: Peluang bertemu rakan-rakan pemuzik profesional RTM dari seluruh Malaysia pada 2 hingga 4 September 2012 lalu meninggalkan memori yang sangat berharga buat saya dan rakan-rakan dari Kombo RTM Sabah.  Venue Awana Porto Malai Langkawi menyaksikan catatan sejarah kali pertama Mesyuarat Kerja Bahagian Muzik Jabatan Penyiaran Malaysia 2012 dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM Angkasapuri.  Selain itu, sesi bengkel pengurusan muzik serta percambahan minda turut diadakan bagi mencetus idea dan resolusi untuk beberapa isu yang dibincang.
    Berasaskan sebuah tranformasi positif kumpulan muzik Orkestra RTM Kuala Lumpur serta  pemuzik Kombo seluruh negara, pembentangan isu-isu berikut mendapat respon sangat menggalakkan dikalangan peserta:
  • Peranan ORTM dan Kombo dalam pembangunan industri muzik Malaysia
  • Program dan strategi pembagunan ORTM bertaraf dunia
  • Peranan dan pendekatan ORTM dan Kombo untuk mempertingkatkan imej melalui program radio tv
  • Pendekatan program penjenamaan ORTM hari ini dan masa akan datang
  • Pendekatan program penjenamaan Kombo RTM hari ini dan masa akan datang
Komitmen Dato Mokhzani Ismail selaku Pengarah Bhg. Perkhidmatan Muzik RTM Kuala Lumpur dalam perkara ini turut mendapat sokongan penuh Y.Brs. Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timb. Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia yang turut hadir menjayakan program ini.

Suhaimie Jamli
http://infoviewmusic.blogspot.com

Friday, August 10, 2012

Koleksi Ceramah Ustaz Kazim Elias



Koleksi Ceramah Ustaz Kazim Elias
Blood drips - Click image to download.
 Amalan Malam Ramadhan


KULIAH RAMADHAN : Ujian Ramadhan Bhg.1
KULIAH RAMADHAN : Ujian Ramadhan Bhg.2

 KOLEKSI 10 DALAM 1 MP3.zip(4)
Bersedekah
Bomoh
Cara-Cara Wudhuk
Cemburu
Daulat Tuanku
Derhaka Ibubapa
Dinosaur 
Doa Anak Soleh
Doa Untuk Anak
Dosa Wanita

 KOLEKSI 10 DALAM 1 MP3.zip(3)
Surah Yasin
Turunnya Bala Dari Allah
Kemerduan Al-Quran
Khasiat Fadhilat dan Amalan
Lidah Ke Neraka
Mati Sengsara
Ketinggian Darjat
Menyambung Hubungan Kekeluargaan
Nikmat Sihat Vol 1
Nikmat Sihat Vol 2

6 Jahanam
18 Golongan Tidak Diterima Ibadat
100 Tahun
Kelebihan Qiamulail
Imam Mahdi
Beristeri Dua
Dajjal dan Hukum Putus Silaturrahim
Mengingati Mati
Arak
Beriman Pada Yang Ghaib

KOLEKSI 10DALAM 1 MP3.zip(1)
Kitab Bahrul Mazi
Bila Bulan Penuh
6 Cara Jin Merosakkan Manusia
3 Golongan Bersedekah
Bisikan Iblis dan Syaitan
Bomoh
Ciri-Ciri Wali Allah
Isu Kartika
Riak Dalam Ibadat
Ancaman Meninggalkan Solat
3D download - Click image to download.

Last Update : 10/8/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS