Pages

Showing posts with label Artist. Show all posts
Showing posts with label Artist. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Ikon K.B Gemilang Di Taiwan!

InfoView:  Populariti Kota Belud (K.B) tidak hanya didominasi kehangatan senario politik semasa, malah turut didorong melalui sektor pelancongan, sukan dan keunikan budaya masyarakat multi-etnik di daerah ini.  Penganjuran Tamu Besar Kota Belud sebagai acara tahunan dalam kalender pelancongan negeri Sabah telah mencanang nama K.B di peringkat global dengan ikon 'Cowboys of the East'.  Selain itu, ikon K.B dalam sukan bola sepak juga pernah mahsyur di pentas antarabangsa.  Kejayaan lagenda Bola Sepak K.B, Matlan Marjan menjaringkan 2 gol ketika Malaysia menentang England pada 12 Jun 1991 menjadi catatan teristimewa buat K.B sehingga kini.  Seterusnya pada tahun 2008, seorang lagi ikon K.B muncul di pentas industri muzik antarabangsa dengan kejayaan yang amat membanggakan.  Gary Chaw anak kelahiran K.B telah merangkul anugerah 'Best Male Mandarin Artist' dalam '19th Golden Melody Award 2008' pada 5 Julai 2008 di Taipei Arena, Taiwan.

Thursday, January 19, 2012

Elton J. Lancar Album di K.K!

Industri Muzik Sabah bakal dihangatkan lagi dengan kemunculan seorang artis baru, Elton Johnny Kadau dengan mini album Perjalanan Cinta.  Elton berasal dari Keningau, Sabah menampilkan 5 buah lagu dalam mini album Perjalanan Cinta iaitu Apa Maksudnya, Perginya Dia, Cukup Sudah, Mengapa dan Hanya Kau.  Kesemua lagu tersebut adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan diterbitkan oleh Pusakag Studio.  Elton memilih genre R&B bersesuaian dengan kualiti vokalnya yang mirip penyanyi lagenda antarabangsa Micheal Jackson.  Profail lanjut Elton seperti berikut:

Wednesday, December 21, 2011

'SAYANG SABAH' Bukti Kebangkitan Ebi Kornelis!!

Infoview: Ebi Kornelis adalah antara artis kelahiran Sabah yang berjaya mencipta nama melalui rancangan Akademi Fantasia terbitan ASTRO.  Keputusan Ebi untuk berhijrah meneruskan profesion seni sepenuhnya di Sabah telah menimbulkan pelbagai persepsi mengenai kemampuannya mengharungi persaingan dalam industri hiburan tempatan.  Kesempatan berbual dengan Ebi ketika sama-sama menjayakan Konsert Titian Mesra RTM di Sandakan Sabah baru-baru ini membongkar seribu persoalan mengenai agenda dan diari seni beliau yang pernah dikatakan semakin malap dalam sulaman gosip-gosip liar  sebelum ini.  Melalui laman blog Infoview Music yang saya kendalikan, Ebi memohon saya menulis review untuk menilai 'Single Album Sayang Sabah' yang baru diterbitkan.  Dengar 'Sayang Sabah', anda pasti akan menikmati keunikan berikut:
  • 'Sayang Sabah' menjulang nilai estetika seni etnik Sabah melalui gubahan muzik berentak 'sumazau' dan olahan lirik dalam bahasa Melayu (Sabah) yang pastinya mudah meresapi jiwa pendengar.
  • Melodi yang mudah dan 'cathy' adalah antara faktor yang bakal menjadikan lagu ini meletup di kalangan pendengar tempatan.
  • Sayang Sabah adalah asas inspirasi Ebi kearah menghasilkan album penuh dengan menggabungkan keunikan seni multi-etnik Sabah dalam satu album.  Selain dedikasi khas buat peminat industri hiburan di Sabah, album ini juga mempunyai nilai-nilai patriotisme dan perpaduan disamping ciri-ciri komersil dalam lagu.
  • Ebi menekankan kualiti muzik dengan identiti instrumentasi etnik Sabah bagi mengangkat populariti karya seni etnik tempatan ke peringkat tertinggi.
  • Ebi yakin dengan sokongan peminat dan kekuatan pasaran di Sabah.  Inilah antara faktor beliau 'berhijrah' disamping fokus memperjuangkan album etnik komersil di Sabah.



Tahniah Ebi....!!!

Wednesday, November 23, 2011

2PM Asia Tour in Malaysia!

campaign image
InfoView : Peminat Industri Hiburan tempatan akan digegarkan dengan kehadiran  kumpulan muzik antarabangsa 2PM dalam siri konsert jelajah Asia 2011.  Saksikan kehebatan 2PM secara 'live' di Stadium Negara pada (dapatkan Info Lanjut).... 

Wednesday, October 12, 2011

Sham Kamikaze Tinggalkan Muzik?

Artikel dalam laman blog UMMUSAIFUDDIN menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terkini seorang rakan pemuzik Shamril Salleh @ Sham Kamikaze yang merupakan antara ikon gitaris ternama dalam industri hiburan Malaysia.  Kali terakhir bertemu dengan Sham pada pertengahan tahun lalu ketika beliau mengunjugi Daerah Kota Belud atas urusan kerja.  'Sham terima hidayah...' antara ungkapan dalam artikel tersebut yang menarik perhatian saya.  Benarkah Sham telah menamatkan karier dalam muzik?  Adakah faktor Hidayah yang telah mendorong beliau membuat keputusan ini?
  Merujuk kepada beberapa siri video mengenai Sham, anugerah bakat serta populariti sebagai gitaris kini diaplikasi sebagai medium dakwah.  Tahniah buat Sham Kamikaze kerana dipilih menerima 'Anugerah Hidayah', sebuah anugerah teragung berbanding mana-mana anugerah dalam Industri Muzik Malaysia.  Ikuti preview lanjut mengenai Sham DI SINI!!  

Friday, September 30, 2011

Lan & 'The Typewriter': Bagaimana Melayari Dunia Artis?


InfoView : Pertemuan singkat dengan Lan & 'The Typewriter', seorang artis yang meningkat popular dalam industri hiburan tempatan ketika ini membuahkan perkongsian idea berharga mengenai dunia artis.  Lan yang terkenal dengan keunikan vokal 'rock' bernada tinggi menerusi lagu popularnya Lagu Untukmu bersama kumpulan lamanya 'Meet Uncle Hussien' kini tampil bersama kumpulan baru 'Lan & The Typewriter'.  Walaupun kali pertama bertemu Lan, penampilannya yang sederhana dan 'low profile' membuatkan saya kagum dengan beliau.  Sikap mudah mesra Lan membuatkan sesi sembang kami lebih bernas berlatarkan suasana malam minggu di wilayah Pulau Labuan.  Kematangan Lan meredah kehidupan dunia artis tersurat apabila beliau mengupas tips-tips berikut:


1.  Sikap Artis:  "Artis perlu menjaga presentasi dan kadar populariti (kadar harga) dalam persembahan.  Gunakan budi bicara dan timbang rasa mengikut rasional kerana meletakkan harga terlalu rendah sebagai desakan mendapatkan slot persembahan daripada penganjur kadangkala menimbulkan  persepsi kurang yakin terhadap populariti seseorang artis".  Saya bersetuju dengan Lan berdasarkan fungsi seseorang artis popular sebagai 'croud puller', selain tampil sebagai penghibur.

2.  Populariti Artis: "Kena buat sendiri....'trend' industri sekarang memerlukan usaha dan kreativiti sendiri seseorang artis untuk meningkatkan populariti seterusnya menzahirkan pemasaran efektif.  Zaman dulu lain, semuanya diuruskan oleh 'label' masing-masing.  Persaingan industri hiburan semakin mencabar, gunakan teknologi masa kini akan banyak membantu usaha seseorang artis.  Itulah yang saya lakukan setakat ini....'. 'No objection' kerana Lan terbukti berjaya menjadi salah seorang artis pilihan 'favourite' PM kita. Congrates Lan.

3.  Kredibiliti Artis: Penilaian personel saya terhadap persepsi Lan terhadap artis lain menunjukkan beliau tidak suka merendahkan artis lain.  Beliau tidak minat mengulas  kekurangan artis lain setelah beberapa ujian 'indirect' saya lakukan.  Kesimpulan saya 'jangan rendahkan kredibiliti artis lain dalam industri kerana itu antara punca reputasi seseorang artis tersebut menurun.

4.  Tempoh Populariti : "Gunakan populariti dengan maksimum kerana tempoh populariti seseorang artis di Malaysia tidak menentu.  Populariti tinggi harga pun tinggi, kerja keras dikala populariti memuncak kerana itu bakal memudahkan perancangan hidup anda dikala populariti menurun.  Penghargaan akan tercipta dengan sendirinya ketika artis bekerja keras dalam tempoh 'emas' tersebut".

5.  Kreatif : Lan bijak menghasilkan persembahan efektif berdasarkan situasi dan 'nature' penonton.  Itulah yang berlaku di Labuan ketika Lan tampil bersahaja secara solo dengan bermain gitar akustik mengiringi alunan vokal'rock' nya.

P/S : Saya turut memberikan idea agar Lan berduet dengan Amy Search menyampaikan repertoire lagu Allayarham Tan Sri P.Ramlee.  Sebaliknya Lan menyatakan hasrat beliau untuk berduet dengan otai rock Ramli Sarip. Kita tunggu.....Special hx to Lan & The Typewriter.


Sunday, January 16, 2011

Klip Video Terkini : KEKOSONGAN (Zuraidah Ahmad)

InfoView : Lagu 'Kekosongan' nyanyian Zuraidah Ahmad nampaknya mula mendapat perhatian peminat muzik tempatan.  Album 'single' Kekosongan dilancarkan pada Disember tahun lalu menampilkan nukilan komposer 'versatile' Sabah, Asmin Mudin sebagai komposer dan lirik oleh Zuraidah dan Asmin sendiri.  Zuraidah memaklumkan Music InfoView bahawa video ini di 'upload'  khas buat peminat-peminat beliau yang telah menyokong penuh kehadiran beliau dalam industri muzik tempatan.  Saksikan klip video Kekosongan nyanyian Zuraidah Ahmad. Semoga terhibur!!


Artist: Zuraidah     Composer: Asmin Mudin      Lyric : Asmin/Zue
Music Producer/Audio Recording : Suhaimie Jamli & Apai
Photo & Cover Designer: Spylens Studio/Dahrin Photo Design
Management Team ; D'Angel Music Pro.


Tuesday, December 28, 2010

'Kekosongan' FresH Single by Zuraidah

REVIEW: Industri Muzik tempatan semakin rancak dengan munculnya album 'single' terbaru bertajuk Kekosongan oleh Zuraidah Ahmad (Zue).   Seorang artis yang berbakat besar, sentiasa berusaha keras untuk memajukan diri ke peringkat yang lebih tinggi.  'Kekosongan' adalah hasil gubahan komposer terkenal Asmin Mudin, lirik oleh Zue / Asmin dan Penerbit Muzik/Audio oleh Apai dan Suhaimie Jamli.  Gabungan kreatif 'orang kita' secara profesional dalam produksi ini membuktikan perkembangan positif dalam industri muzik tempatan.

Kekosongan

Artist: Zuraidah     Composer: Asmin Mudin      Lyric : Asmin/Zue
Music Producer/Audio Recording : Suhaimie Jamli & Apai
Photo & Cover Designer: Spylens Studio/Dahrin Photo Design
Management Team ; D'Angel Music Pro.


Pelancaran Album Kekosongan di Buhavan Square, Penampang
Photo by: GOGDS PHOTOGRAPHY


P/S : Ada yang terpaksa dikurung dalam studio untuk belajar 'menangis'...Akhirnya banjir juga studio Apai dengan linangan air mata 'Kekosongan'.

Thursday, December 2, 2010

My drumming collections-Combo RTM Sabah Live Concerts @ Buhavan Square Penampang


COMBO RTM SABAH LIVE IN CHRISTMAS CONCERT 2009 @ BUHAVAN SQUARE PENAMPANG 



PREVIEW
A X'mas 2009 Live Concert in Buhavan Square Penampang was one of my best music show in the year 2009.  The concert was recorded for RTM's  Live Titian Mesra Christmas 2009 Program headed by our promising Producer of Unit Hiburan & Muzik, Mr.Minami T. Anduini. The concert was set to perform 25th repertoires featuring the best selection of our local artist in Sabah including some new comers.  On the music side, off course our trendy-flexi-style's Combo RTM Professional Musician were there giving the best music backing.  Combo was appeared on satge with only a little line up changes, puting me (Suhaimie Jamli) on drums to take over Bro Awing's position since he was on leave during the concert.  On the other hand, an ex army practical student Mr.Peter (Pettt) of Sarawak, were standing rhythmically to take over my place on percussion to join other Combo's musician;  Raimon @ Matlan and Romeo Joibert (Guitarist), Nizam and Nadia (Keyboardist), Charlie (Bassist), Bryan Leong (Saxophonist / Flutist), Annabel Tiu (Cellist) and Moses De Silva our Combo Leader cum Violinist.  Not to forget the Beckers Group from UiTM Shah Alam for giving the harmony of voices amazingly.
    Luckilly i found some videos of the concert on Youtubes so i put it in together with my mp3 format audio that was recorded live during the show..  Thanks to OzzieWozzie2007 for yuor great videos upload on Youtubes.  Please enjoy the following videos with some selection of artist performance and repertoire.  Click the Blue Highlighted Link to DOWNLOAD.

  




THANKS FOR SUPPORTING OUR LOCAL TALENT!!!


   CONTACT ME      RELATED LINK      MAIN MENU   

Sunday, September 26, 2010

Wednesday, December 9, 2009

Suhaimie Jamli - Music Profile Record

MOHAMAD SUHAIMIE HJ. JAMLI- My music background @ Sabah


• MUSIC DEPARTMENT COORDINATOR of Sabah Institute of Arts (S.I.A also known as DETECKE) -2004 - 2006
The place of beginning to learn all new things in Music Management, facing lots of responsibility to guarantee music student’s future in Sabah. Just 1 year immediate stay with double hardwork leaving me with the following color of achievements:

-Restructuring the syllabus of Diploma in Music Studies to comply with current market needs.
-Receive the Certificate of Approval from Lembaga Akreditasi Negara (LAN) to conduct Diploma in Music course legally (first approval to conduct diploma in music course in Sabah).
-JIAJA (music students of S.I.A) Champions in Blasst Off 2005 band competition by ASTRO (National level)
-Promoting S.I.A through various music performances within the state and national level to get more network in music industry.
-Getting another 4 full time music lecturers and 5 part time music lecturers post to handle diploma in music course . (Jessel, Rotiwa, Dourrey and Vellerie among my coolest teammates-Thanks for ur hardwork guys)
-Job Spec: Music Studies Management (Music Studies Coordinator), Lecturer(Drum lecturer, Music Industry, Ear Training), Performing (SIA Band, Kombo RTM Guest Percussionist/Drummer, UMS-Sabah Community Orchestra), Judging (Professional judge in local Singing and Band Competition)


• CULTURAL OFFICER (B41) of Univesity Malaysia Sabah (UMS) -2006 – 2007
A year of achievements in management of art:


- MEI 2006 -
01. Kebangsaan Mewakili U.M.S ke Pameran Hari Belia Peringkat Kebangsaan 2006 di Padang Perbandaran Sandakan. Lantikan T.N.C H.E.P dan Alumni
02. Negeri Penyelaras Pertandingan Carta Artis Tempatan Sabah (CATS) Anjuran Bersama R.T.M Sabah dan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) U.M.S. Lantikan Pengarah PKPP.
03. Negeri Jemputan Sebagai Pemuzik Orkestra Komuniti U.M.S – R.T.M Bagi Mengiringi Pertandingan Carta Artis Tempatan Sabah (CATS) 2006. Lantikan Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah.

- JUN 2006 -
04. Negeri Lantikan Sebagai Penyelaras Pertandingan Karaoke Kejohanan Sukan Persahabatan Universiti-Universiti Borneo 2006 Kali Pertama. Lantikan T.N.C H.E.P dan Alumni
05. UMS Mewakili Pengarah PKPP ke Perasmian Penutupan Perkhemahan Pelajar S.M.K Sikuati Kudat di Pusat Latihan O.D.E.C U.M.S. Lantikan Pengarah PKPP.
06. Negeri Lantikan Sebagai Juri Penilai dan Pemilihan Peserta Akhir Pertandingan Lagu-Lagu Asli Remaja Peringkat Negeri 2006, anjuran KeKKWa Sabah. Lantikan Pengarah KeKKWa Sabah.
07. IPT Malaysia Mewakili Pengarah PKPP ke Mesyuarat Festival Lagu Asli MAKUM 2006, Peringkat IPTA Malaysia di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Lantikan Pengarah PKPP.

- JULAI 2006 -
08. UMS Lantikan Sebagai Penyelaras Malam Persembahan Bakat MSM 2006/07. Lantikan T.N.C H.E.P dan Alumni
09. UMS Lantikan Sebagai Penyelaras Komponen Kebudayaan dan Kesenian Kursus Kokurikulum UMS,Semester 1 Sesi 2006/07. Lantikan Pengarah PKPP.
10. UMS Lantikan Sebagai Jurulatih Kursus Kokurikulum Muzik Moden (EC1223), Semester 1 Sesi 2006/07. Lantikan Pengarah PKPP.
11. Negeri Jemputan Sebagai Pemuzik Kombo R.T.M Sabah untuk Rakaman Program Radio Titian Mesra, Mengiringi Artis-Artis Tempatan Sabah di Sandakan. Lantikan Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah.
12. UMS Lantikan Sebagai Penyelaras Pertandingan Lagu-Lagu Asli dan Patriotik Peringkat UMS 2006, Anjuran Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Kolej Kediaman Kingfisher Lantikan Pengarah PKPP.
13. Negeri Lantikan Sebagai Ketua Juri Pertandingan Nasyid Antara Sekolah-Sekolah Menegah Peringkat Negeri Sabah, Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Lantikan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
14. Negeri Jemputan Sebagai Pemuzik Kombo R.T.M Sabah untuk Mengiringi Pertandingan Bintang Nostalgia 2006 Peringkat Negeri Sabah. Lantikan Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah.
15. Kebangsaan Lantikan Sebagai Pegawai Pengiring Peserta Ke Festival Lagu Melayu Asli MAKUM 2006 Peringkat Kebangsaan, di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Lantikan Pengarah PKPP.

- OGOS 2006 -
16. UMS Lantikan Sebagai Penyelaras Pertandingan Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2006, Peringkat U.M.S. Lantikan Pengarah PKPP.
17. UMS Lantikan Sebagai Pegawai Pengiring Peserta Akhir Pertandingan Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2006 Peringkat UMS, bertempat di UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Lantikan Pengarah PKPP.
18. Kebangsaan Lantikan Sebagai Pegawai Pengiring Peserta UMS ke Pertandingan Nyanyian Solo Lagu-Lagu Patriotik 2006 Peringkat IPT Malaysia, di Universiti Putra Malaysia. Lantikan Pengarah PKPP.
19. IPTA Malaysia Menghadiri Mesyuarat Khas Persembahan Konsert Diraja oleh Malaysian Symphony Orchestra (M.U.S.O) bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM). Lantikan Pengarah PKPP.
20. Negeri Jemputan Sebagai Pemuzik Kombo R.T.M Sabah bagi Mengiringi Pertandingan Bintang Kecil 2006 Peringkat Negeri Sabah. Lantikan Pengarah Jabatan Penyiaran Kawasan Sabah.
21. UMS Lantikan Sebagai Penyelaras Jawatankuasa Persembahan Sempena Sambutan Malam Expresi Kemerdekaan 2006 Peringkat UMS. Lantikan T.N.C H.E.P dan Alumni


- SEPTEMBER 2006 -
22. UMS Lantikan Sebagai Penyelaras Jawatankuasa Persembahan Pesta Konvo dan Tamu Gadang UMS 2006. Lantikan T.N.C H.E.P dan Alumni
23. IPT Malaysia Lantikan Sebagai Penyelaras Persembahan Sempena Pertandingan Pidato Peringkat IPT Malaysia 2006. Lantikan T.N.C H.E.P dan Alumni
24. UMS Lantikan Sebagai Penyelaras Jawatankuasa Saringan dan Pemilihan Ahli ‘Malaysian University Symphony Orchestra’ (MUSO) peringkat UMS, bagi persiapan Konsert Diraja anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan MAKUM. Lantikan Pengarah PKPP.
25. UMS Jemputan Sebagai Pemuzik Orkestra Komuniti UMS- RTM dalam Konsert Istimewa Bersama Orkestra RTM-UMS, sempena sambutan Pesta Konvo dan Tamu Gadang UMS 2006. Lantikan Pengarah PKPP dan Pengarah Jabatan Penyiaran Kawasan Sabah.
26. UMS Lantikan Sebagai Penyelaras Pementasan Teater Muzikal Kemerdekaan ‘Paman Doblang’ anjuran Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP). Lantikan Pengarah PKPP.



- OKTOBER 2006 -
27 IPT Malaysia Lantikan sebagai Pengurus latihan intensif M.U.S.O 2006 bertempat di UPM Serdang, sempena Konsert Menjunjung Kasih MUSO 2006. Lantikan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS