![]() |
| RuNNow: Jumat, Mero, Ivy, Jesteni, Suhaimie dan Kibod |
REVIEW: Bengkel Apresiasi Muzik yang pertama anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah dengan kerjasama JR-Link telah diadakan pada 20 hingga 23 Disember 2010 yang lalu. Lohan Rest House telah dipilih sebagai venue bagi penganjuran sulung di daerah Ranau, melibatkan seramai 20 orang peserta. Penyertaan adalah percuma, dihadkan untuk 20 orang pertama dari daerah Ranau yang membuat pendaftaran awal. Pengurus JR-Link selaku urusetia program ini memaklumkan bahawa sambutan amat menggalakkan diterima dari golongan remaja lepasan SPM sehingga ada permohonan yang terpaksa ditolak atas faktor kuota dan penginapan yang terhad.
Program ini merupakan eksperimen pihak JPSM untuk menilai keberkesanan dan sambutan golongan belia terhadap pengkhususan bidang muzik sebagai pilihan kerjaya profesional. Sehubungan dengan itu, Kumpulan Run-Now yang mewakili Sabah ke Pertandingan Rentak Juara 2010 pada Mei lalu telah diberikan tanggungjawab mengendalikan sesi bengkel selama 3 hari tersebut. Penginapan serta jamuan makan selama 3 hari tersebut turut disediakan kepada peserta bengkel dan penceramah yang terlibat.
PROFAIL RUNNOW
Pemilihan ahli kumpulan Run Now mengendalikan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pengalaman profesional dan latarbelakang pendidikan formal dalam bidang muzik. Secara ringkas, Suhaimie Jamli (Drummer), Jesteni Salim (Keyboardist) dan Almero (Guitarist) masing-masing memperolehi Ijazah Sarjana Muda Muzik dari UMS dan UiTM (Shah Alam) manakala Jumat Ramli ( Bassist) adalah artis kelahiran Bintang RTM yang pernah mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan. Modul kursus yang disampaikan pula adalah berorientasikan penyampaian Bengkel Apresiasi Muzik kepada peserta Rentak Juara di peringkat kebangsaan.
MODUL BENGKEL
Pengalaman menghadiri bengkel apresiasi muzik ketika menyertai Rentak Juara pada bulan Mei lalu telah menambah keyakinan ahli kumpulan Run Now membentuk penyampaian yang lebih efektif. Setiap penceramah menyampaikan modul seperti berikut:
1. MOHAMAD SUHAIMIE HJ. JAMLI
- Peluang Kerjaya Dalam Industri Muzik (1 jam)
- Teknik Asas Bermain Drum (2 jam)
2. JUMAT RAMLI
- Teknik Asas Bermain Gitar Bass -Teori dan Praktikal (3 jam)
3. MEROE JONIUS
- Teknik Asas Bermain Gitar Elektrik -Teori dan Praktikal (3 jam)
4. JESTENI SALIM
- Teknik Asas Bermain Keyboard-Teori dan Praktikal (3 jam)
5. JR-Link
- Grooming & Stage Presentation (3 jam)
'Penghargaan khas buat pihak JPSM, JR-Link, Kump. Run Now dan semua peserta Bengkel Apresiasi Muzik @ Ranau atas sokongan padu anda kepada industri Muzik tempatan'

No comments:
Post a Comment