Music Edu: 'Muzik sekadar hobi ataupun penjana ekonomi?' Persoalan ini sering menjadi isu utama dalam menentukan kestabilan profesion dalam industri hiburan tempatan. Kerjaya profesional sebagai artis dan selebriti terdiri dari golongan pemuzik, penyanyi dan penari adalah antara kumpulan komuniti yang giat mewarnai industri hiburan di Malaysia. Persaingan dalam industri hiburan menjadikan nilai populariti artis sebagai faktor utama untuk mengukur tahap pencapaian masing-masing. Namun populariti juga telah mengakibatkan ramai artis terpesong dari landasan sebenar sehingga tidak mampu konsisten dalam kerjaya mereka. Sehubungan dengan itu, entri kali ini bakal menjawab beberapa persoalan serta perkongsian tips berhubung perniagaan dalam bidang muzik seterusnya menilai kewajaran industri ini sebagai sumber pendapatan individu. Tips berikut berasaskan penglibatan saya dalam profesion muzik secara profesional seterusnya menjana pendapatan menggunakan profisiensi bakat yang telah digilap menerusi kaedah pembelajaran formal:
PRINSIP ASAS:
Aplikasi prinsip asas berikut adalah antara faktor mencapai tahap pemasaran bakat muzik secara efektif, seterusnya membuka lebih banyak jaringan kerja dalam bidang muzik berdasarkan nilai profiensi masing-masing:
- Fleksibel : Tahap pembangunan industri muzik tempatan memerlukan pemuzik yang fleksibel serta mampu menguasai pelbagai repertoire lagu, 'style' muzik dan venue persembahan.
- Disiplin : Ramai pemuzik mempunyai 'skill' yang baik tetapi menghadapi masalah disiplin masa serta komitmen yang lemah. Masalah ini akan menyukarkan jaringan kerja anda dalam masa yang singkat.
- Multi-Skill: Elemen ini akan memudahkan anda mendapat tempat dalam industri terutamanya pada peringkat awal penglibatan anda secara profesional. Jika anda seorang pemuzik yang baik, anda juga perlu belajar menjadi seorang pengajar muzik yang baik seterusnya mampu melakukan tugas-tugas pengurusan muzik dengan baik.
INFO LANJUT:
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 1)
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 2)
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 3)
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 4)
- 'How To Monetize Your Talent?' (Part 5)

No comments:
Post a Comment