Music Edu : Review isu ini diteruskan dengan menjawab soalan lanjut yang telah diajukan kepada saya selaku pengendali blog InfoView Music, serta penglibatan secara langsung dalam industri muzik tempatan. Dalam review Part 3, saya tidak menjawab secara langsung mengenai kadar bayaran pemuzik solo atau berkumpulan di Sabah kerana ianya terlalu subjektif dikalangan penganjur swasta. Walaubagaimanapun, bayaran pemuzik oleh RTM Kota Kinabalu berdasarkan kadar terkini tidak kurang dari RM 500 satu rancangan untuk pemuzik solo dan RM 300 seorang untuk setiap rancangan bagi pemuzik berkumpulan. Pemuzik profesional yang dijemput dalam persembahan Orkestra untuk rancangan TV mencapai bayaran sehingga RM 1000 seorang bagi setiap rancangan. Pemuzik kontrak yang berkhidmat sepenuh masa dalam agensi kerajaan pula dibayar mengikut kadar gred jawatan masing-masing yang ditetapkan SPA. Bagaimana membina jaringan kerja?- 'Network Connection' adalah jaringan kerja profesional dalam muzik yang sangat penting sebagai promosi khidmat bakat anda dalam pasaran industri muzik tempatan.
- Perhubungan baik yang efektif adalah semua individu di sekeliling anda sewaktu belajar. Ini termasuklah pelajar serta pensyarah dari jurusan lain selain bidang muzik yang berpotensi tinggi sebagai jalinan kerja anda dalam industri tempatan.
- Berdasarkan prinsip asas perniagaan, anda perlu menjalin perhubungan baik dengan semua pihak di peringkat atasan atau bawahan dan menganggap semuanya adalah pihak yang berpotensi membayar khidmat anda, selain memudahkan promosi bakat anda.
- Jangan merendahkan keupayaan pihak lain walaupun individu tersebut adalah pesaing anda dalam sesuatu bidang. Sebaliknya bantu pihak tersebut dengan nilai positif bagi mewujudkan jalinan industri yang bersaing secara sihat.
- Jalinan kerja yang baik dalam industri terdiri daripada kumpulan profesional yang bantu-membantu diantara mereka. Bergerak solo dalam industri bakal menyukarkan pemasaran khidmat anda.
- Khidmat bakat muzik anda boleh disebarkan melalui laman sosial seperti facebook, twitter, laman blog peribadi atau pun menyertai persembahan-persembahan bersama pemuzik berpengalaman tanpa mengira latarbelakang pendidikan muzik mereka. Berdasarkan pengalaman, individu dari bidang profesional lain seperti ahli politik, doktor, juruterbang dan ahli perniagaan adalah antara golongan yang aktif terlibat dalam persembahan muzik sebagai hobi. Secara langsung, golongan ini juga berpotensi tinggi memberi peluang niaga atau kerjaya kepada anda mengikut keperluan masing-masing.
- Rekomendasi pensyarah anda kepada penggiat industri muzik amat membantu kerjaya anda selaku pemuzik baru. Keputusan akademik yang baik juga bakal meyokong reputasi terbaik anda.
- Proses pembelajaran dalam muzik tidak terhenti setelah anda menamatkan pengajian. Anda perlu meneruskan pembelajaran dari pengalaman profesional sehingga anda mampu mencipta keunikan yang mampu menonjol dalam industri.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment