'How To Monetize Your Talent?' (Part 2)
Music Edu: Dalam entri siri pertama saya telah menerangkan 3 prinsip asas yang perlu diaplikasi jika anda mahu bergerak efektif dalam industri muzik tempatan. Berdasarkan pengalaman ketika menjawat jawatan pertama sebagai Koodinator Unit Muzik di Sabah Institute of Art (SIA-kini dikenali sebagai DETECKE), tanggungjawab saya melibatkan aspek pengurusan muzik (sebagai Ketua Unit), pendidikan muzik (sebagai pensyarah muzik) dan persembahan profesional (sebagai pemuzik jemputan). Ketiga-tiga tugas ini telah saya lakukan dalam satu masa, menepati prinsip-prinsip asas yang terangkan sebelum ini. Merujuk kepada satu kajian rambang oleh pelajar jurusan muzik dari sebuah IPTA tempatan, saya telah diminta mengulas isu berkaitan industri muzik tempatan dalam skop 'music business'. Soalan pertama melibatkan venue atau lokasi persembahan yang dipilih untuk membuat persembahan profesional. Saya memberi respon berikut:- Profesion dalam persembahan muzik di Malaysia memerlukan fleksibiliti anda untuk membuat persembahan di pelbagai lokasi, menurut permintaan penganjur. Sebelum berkhidmat sepenuh masa dengan RTM, saya sering dijemput sebagai pemuzik undangan untuk rakaman rancangan hiburan dan persembahan pentas RTM Kota Kinabalu. Pengalaman bersama Kombo RTM sejak tahun 2004 melibatkan persembahan di pelbagai lokasi dan kecenderungan penonton yang berbeza termasuk kawasan pedalaman yang jarang dikunjungi.
- Pusat-pusat hiburan dan hotel adalah antara pilihan saya untuk membuat persembahan 'live band' dengan kekerapan 2 kali seminggu. Saya memilih konsep 'Jazz Music' untuk persembahan ini.
- Penglibatan dalam kumpulan Orkestra UMS dan persembahan resital bersama pelajar di pusat-pusat pengajian muzik swasta sekitar Kota Kinabalu saya jadikan pentas terbaik promosi khidmat muzik saya kepada komuniti.
- Ikuti review lanjut dalam entri part 3!
INFO LANJUT:
No comments:
Post a Comment