Pages

Sunday, October 3, 2010

Tips Ekspress Kepada Mangsa Kehilangan Wang 'Internet Banking'


InfoTips: Kemajuan teknologi Perbankan Internet (Internet Banking) amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia masa kini. Perkhidmatan ini mudah, cepat dan menjimatkan masa pengurusan kerana semua transaksi bank boleh dilakukan secara 'online'. Bagaimana pula dengan tahap keselamatan kemudahan ini?

  Kes kehilangan wang melibatkan Perbankan Internet mungkin tidak serius berbanding kes jenayah perdagangan yang lain, tetapi ianya wajar diberi perhatian serius kerana 'kes jenayah pintar' seperti ini bakal menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi perbankan di Malaysia.

  Kes pertama di Sabah melibatkan seorang kakitangan awam yang bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM), Mohamad Suhaimie Hj. Jamli, merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan pada bulan Mei yang lalu. "Saya amat terkejut dan kecewa dengan kejadian ini, namun saya telah mengambil tindakan yang sewajarnya sehingga saya berjaya mendapatkan kembali wang saya", kata Suhaimie setelah pihak bank bersetuju membayar wang gantirugi berjumlah RM2,102.00 bagi menggantikan wang yang dilaporkan hilang dalam akaun simpanannya.

  Berdasarkan penyelesaian kes di atas, satu panduan ringkas iaitu 'Tips Ekspress' telah disarankan melalui perbincangan terperinci dengan pihak Unit Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia Cawangan Kota Kinabalu serta pihak Bank Negara Malaysia cawangan Kota Kinabalu, bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kes sebegini.  Berikut adalah Tips Ekspress untuk mendapatkan semula wang anda:



1. Sila buat laporan bertulis (Surat Rasmi) dan e-mailkan kepada pihak Headquartes bank berkenaan. -Dalam kes saya, laporan ke cawangan bank berkenaan kurang berkesan dan tidak diberikan perhatian serta tindakan yang sewajarnya.



2. Pastikan anda menerima surat jawapan dari bank berkenaan sebagai pengesahan laporan anda. -Mengikut prosedur Bank Negara, pihak bank akan memohon tempoh 2 minggu untuk membuat siasatan dalaman.



3. Anda sepatutnya menerima makluman lanjut secara bertulis dari bank berkenaan mengenai hasil siasatan serta langkah penyelesaian gantirugi wang anda; ATAU



  • Jika anda tidak menerima sebarang makluman dari bank berkenaan sila laporkan kes tersebut kepada Bank Negara melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia; ATAU

  • Jika anda tidak dimaklumkan mengenai langkah penyelesaian gantirugi wang anda, sila laporkan kes tersebut kepada Bank Negara melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia.

   Tindakan selanjutnya ialah patuhi arahan dan makluman semasa pihak Bank Negara dengan pilihan samada wang anda dibayar semula oleh pihak bank yang bertanggungjawab ataupun anda memilih untuk menuntut melalui proses perundangan. Walaubagaimanapun, penyelesaian kes biasanya berlaku pada peringkat ke-3 dengan makluman rasmi dari pihak bank berkenaan. Semoga 'Tips Ekspress' ini mampu membantu anda menyelesaikan kehilangan wang dalam akaun simpanan.

1 comment:

  1. Suami saya baru sahaja mengalami masalah yang sama semalam. Boleh tak berikan saya email address Maybank HQ.

    TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS