Pages

Saturday, October 29, 2011

Alumni Orkestra UMS: Komuniti Muzik Perihatin

Penubuhan Orkestra Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2001 telah membantu arus perkembangan industri muzik tempatan terutamanya komuniti muzik di Sabah.  Penubuhan orkestra ini adalah antara objektif kepada modul kursus Program Pengajian Muzik yang diperkenalkan pada tahun sebelumnya, dibawah kendalian Sekolah Pengajian Seni (UMS).  Bermula dengan hanya 25 orang pemuzik, orkestra ini menggabungkan penglibatan pemuzik profesional terdiri daripada pensyarah muzik SPS dan pemuzik semi-pro iaitu kumpulan pelajar ambilan pertama kursus Sijil Pengajian Muzik (tahun 2000) serta Program Ijazah Pengajian Muzik UMS.  Sehingga kini, kumpulan Orkestra UMS terus bergerak aktif melahirkan golongan pemuzik profesional bagi membantu perkembangan industri muzik tempatan terutamanya dalam sektor persembahan profesional serta bidang pendidikan muzik secara formal.
  Sehubungan dengan itu, sebuah laman diskusi informal telah diwujudkan khusus untuk mengumpul bekas ahli orkestra UMS yang kini terlibat secara lagsung dalam industri hiburan tempatan.  Antara objektif laman Alumni Orkestra UMS (OUMS) ialah bagi mengetahui perkembangan terkini bekas ahli OUMS, menjana idea melalui ruang diskusi isu-isu semasa, berkongsi bahan audio dan visual  kenangan bersama OUMS serta menyalurkan sumbangan peribadi kepada ahli alumni yang ditimpa musibah.  Keperihatinan Alumni OUMS terbukti apabila komuniti ini mengambil tanggungjawab serius dalam setiap perbincangan serta tindakan berhubung bantuan dan sokongan yang diperlukan.  Selain itu, beberapa perancangan lain turut dibincang bagi memastikan komuniti OUMS terus bergerak efektif dalam arus industri hiburan tempatan.  Alumni OUMS : 'Musiqin Perihatin...!!'

Link:
    http://infoviewmusic.blogspot.com

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    MiVS MEMBERS