Info: Pengajar muzik sumbang? 'Para ibu bapa dinasihatkan memilih tempat yang sesuai untuk menghantar anak remaja mereka belajar muzik. Ramai yang tidak menyedari studio latihan muzik yang tertutup rapat bakal mengundang pelbagai 'ketelanjuran luar jangka' terhadap pelajar remaja wanita jika guru muziknya seorang lelaki. Sedih juga bila mengetahui perkara ini telah berlaku di salah sebuah sekolah muzik swasta di sekitar K.K.....'
Perkataan 'sumbang' yang saya maksudkan di atas merujuk kepada perlakuan sumbang seorang pengajar muzik lelaki apabila melakukan sentuhan yang tidak sepatutnya ketika mengajar secara berduaan dalam bilik studio latihan muzik. Memang benar pengajar itu seorang profesional dalam bidang muzik, tetapi bagaimana dengan tahap profesional imannya? Sungguh sedih melihat seorang pengadu dari KK yang kini trauma kerana terkejut dengan tindakan tidak sopan guru muzik tersebut. 'Hilang rasa hormat dan minat dalam bidang muzik pun semakin malap......' kata pengadu tersebut.
p/s : Alamak kelas muzik di KK ni bukan banyak sangat, jadi yang mana satu la ni huh??? APA PUN INILAH RACUN DALAM INDUSTRI MUZIK SABAH....JAGA-JAGA AH!!!
'PUBLIC ALERT SERVICE'

Info terbaik Bro! Memang patut perkara sebegini dihebahkan. Apa punya guru? Di bayar & di harap mengajar..., lain pula kejadian. Haih...
ReplyDeleteThx Bro..ni sekadar peringatan sebelum kena, waspada pd yg salah!! hehe
Delete