Thursday, May 19, 2011

Contoh Format Pemarkahan Juri Pertandingan Lagu

KAEDAH PERLAKSANAAN:

1.         Format pemarkahan ini memerlukan khidmat 4 orang juri profesional berdasarkan kriteria tugas berikut:

a)      Juri 1 :  Ketua Juri/ Penilai lirik / Penilai Muzik / Penilai Persembahan
b)     Juri 2 :  Penilai lirik / Penilai Muzik / Penilai Persembahan
c)      Juri 3 :  Penilai lirik / Penilai Muzik / Penilai Persembahan
d)     Juri 4 : Penyelaras Panel Juri (Jika Perlu)

2.       Kriteria asas pemilihan juri profesional adalah seperti berikut:

a)      Mempunyai kepakaran, pengalaman, pengetahuan atau kelayakan dalam bidang seni muzik yang diiktiraf berdasarkan status profesional, anugerah, ijazah atau penghasilan karya dalam industri muzik.
b)     Mempunyai kepakaran, pengalaman, pengetahuan atau kelayakan yang diiktiraf dalam bidang bahasa dan penulisan lirik berdasarkan status profesional, anugerah, ijazah ATAU penghasilan karya dalam industri muzik.
c)      Pemilihan juri perlu telus tanpa sebarang kepentingan ataupun pengaruh dalam pertandingan yang diadili, tidak tertumpu pada sebuah Daerah, komuniti, badan kerajaan atau institusi swasta yang tertentu sahaja.
d)     Individu yang bersikap profesional, rasional dan natural dalam prinsip pengadilan.

FORMAT PEMARKAHAN JURI: PPA + PPF

No
KRITERIA PENGADILAN
GERAK KERJA /
CATATAN

1

Proses Penilaian Awal (PPA):

i-                    Penilaian Muzik (50%)
(Penilaian melodi dan susunan muzik)

ii-                   Penilaian Lirik (50%)
(Penilaian lirik terbaik)

Jumlah PPA = 100%

-Objektif PPA ialah untuk memberi ruang masa yang cukup selesa kepada juri bagi menilai kualiti muzik dan lirik lagu yang dipertandingkan.
-Penilaian PPA dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pertandingan akhir berlangsung.
-Metod penilaian PPA boleh dilakukan secara perbincangan sesama juri ATAU secara individu selepas sesi taklimat oleh Penyelaras Juri.
-Setiap juri akan diberikan salinan CD audio dan lirik lagu yang dipertandingkan 3 hari sebelum pertandingan akhir.
-Sesi taklimat oleh Penyelaras Juri akan diadakan semasa penyerahan audio dan lirik lagu-lagu yang bertanding bagi meningkatkan pemahaman dan keseragaman sistem pengadilan.

2

Proses Penilaian Final (PPF):

i-          Penilaian Vokal  (50%)
ii-         Penilaian Muzik / Tempo  (30%)
iii-        Ekspresi / Kreativiti Persembahan (20%)

Jumlah PPF = 100%

-Penilaian PPF dibuat semasa pertandingan akhir berlangsung untuk menilai kualiti presentasi pentas para peserta.
-Setiap juri dikehendaki menilai persembahan secara ‘live’ sama ada diiringi pemuzik Kombo RTM Sabah atau ‘Minus one’.

  

PANDUAN TUGAS JURI

NO
PERKARA
SPESIFIKASI TUGAS /
KRITERIA
01
Penyelaras Panel Juri

MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANDINGAN
-Dipilih daripada senarai kakitangan atau ahli jawatankuasa urusetia penganjur dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa pertandingan.
-Mencadangkan penggunaan FORMAT PPA + PPF seterusnya memberi penerangan terperinci mengenai kaedah pemarkahan ini bagi mendapat pengesahan pihak penganjur dalam mesyuarat jawatankuasa pertandigan.
-Mencatat serta mengambil tindakan terhadap sebarang respon pihak penganjur jika terdapat cadangan yang wajar, bersesuaian dengan konsep pertandingan.
-Mengenalpasti 3 orang juri profesional yang layak dicadang dalam mesyuarat jawatankuasa pertandingan.

PROSES PENILAIAN AWAL (PPA)
- Mengadakan sesi taklimat khas juri pertandingan dan penyerahan CD Audio serta lirik untuk Proses Penilaian Awal (PPA).  Sesi ini dijalankan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh pertandingan akhir bagi memberi ruang yang selesa kepada para juri menilai kualiti lagu, muzik dan lirik lagu yang bertanding.  
(4 set CD, lirik lagu dan borang penilaian khas peserta final perlu disediakan oleh pihak urusetia penganjur sebelum taklimat PPA diadakan).

PROSES PENILAIAN FINAL (PPF)
-Menyelaras dokumentasi serta keperluan gerak kerja pengadilan peringkat final.
-Membantu pengiraan markah  PPA dan PPF.
-Menyemak dan mengesahkan dokumentasi keputusan akhir pertandingan peringkat final.

02
Ketua Juri (Juri 1)

-Dipilih daripada senarai Juri 1, Juri 2 atau Juri 3 dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa pertandingan.
-Menghadiri sesi taklimat PPA mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Penyelaras Panel Juri.
-Menyelaras pembahagian tugas juri (Jika perlu) serta memantau kualiti pengadilan yang terbaik berdasarkan format yang diberi.
-Bertanggungjawab membuat penilaian PPA dan PPF.
-Ketua Juri diberi kuasa penuh membuat keputusan muktamad jika berlaku sebarang pertindihan markah peserta di peringkat final.

03
Juri 2 & Juri 3

-Pemilihan berasaskan kriteria seperti dalam butiran no.2, dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa pertandingan.
-Menghadiri sesi taklimat PPA mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Penyelaras Panel Juri.
-Bertanggungjawab membuat penilaian PPA dan PPF.


CATATAN :         Panel juri yang dilantik wajar diberi honorarium atau saguhati oleh pihak penganjur.


Disediakan oleh:


Mohamad Suhaimie Hj. Jamli
-Kombo RTM Sabah-
http://infoviewmusic.blogspot.com
DAPATKAN INFO LANJUT DI SINI:


7 comments:

  1. informasi yang sangat penting! trimas..

    ReplyDelete
  2. Format ini telah saya digunakan dalam 4 penganjuran Anugerah Juara Lagu RTM KK..all success..hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hi..shared approve..here u go..http://e-profileofsuhaimiejamli.blogspot.com/2012/01/tips-penilaian-vokal-tempo-dan.html

      Delete
  4. tuan suhaimie, apakah perkara-perkara yang perlu di nilai dalam vokal, tempo dan persembhan? boleh tak beri detailnya. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan..ni link utk perkara di atas..http://e-profileofsuhaimiejamli.blogspot.com/2012/01/tips-penilaian-vokal-tempo-dan.html

      Delete
  5. Terima kasih atas respon di atas..Penilaian lanjut utk vokal, tempo dan persembahan akan saya terangkan dlm entri lanjut dlm tajuk ini. Maaf agak terlewat tp sy akan sharekan info tersebut dlm masa terdekat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS