Pages

Tuesday, December 21, 2010

DRUM LeSSon 1 : Teknik 'Gripping'

 Sepanjang mengendalikan sesi kursus, bengkel atau kelas drum, ramai yang bermain drum menggunakan teknik yang salah.  Teknik asas dalam apa juga peralatan muzik yang anda mainkan adalah perkara yang sangat penting untuk dipelajari.  Dalam setiap siri kursus yang saya kendalikan, saya sering memberi ingatan kepada para pelajar bahawa penggunaan teknik yang salah bakal memberi kesan 'muscle stress' selepas jangkamasa 10 tahun dan ianya berlaku tanpa kita sedari.  Tips kepada mereka yang berminat bermain Drum, sila pastikan anda mengetahui 3 perkara asas berikut:
  • Menggunakan teknik 'gripping' yang betul. (Pergerakan tangan)
  • Duduk dengan posisi yang betul..
  • Mengetahui teknik penggunaan 'pedal' yang betul.(Pergerakan Kaki)
LESSON 1 : TEKNIK GRIPPING
     Gripping teknik adalah perkara asas tentang cara kita memegang 'stick' dengan betul.  Teknik yang betul akan mempercepatkan proses pembelajaran anda tetapi jika anda tidak menguasai teknik ini dengan betul pembelajaran anda akan terhad pada tahap tertentu.  Kebanyakan pelajar drum yang gagal menguasai teknik gripping dengan betul akan menghadapi masalah membuat 'double stroke' dengan betul.  Kemampuan tangan kiri dan kanan perlu sama dan inilah antara latihan asas yang perlu dilakukan setiap hari.  Tips berikut boleh membantu anda:
  • Mulakan setiap latihan dengan tempo perlahan.
  • Tanpa drum, anda boleh berlatih teknik gripping samada menggunakan 'drum pad', tanah liat, bantal atau pun kaedah yang sangat 'portable' iaitu menggunakan paha anda.
  • Bagi membina kekuatan 'muscle' tangan anda, gunakan stick bersaiz besar (5 B) semasa latihan gripping teknik ini.  Jika anda merasakan sebarang kesakitan pada bahagian lengan, hentikan latihan anda, sebelum masalah tersebut menjadi semakin serius.
  • Rujukan utama saya dalam pembelajaran drum ialah 'Dave Weckl'.  Sila layari laman You Tube berikut untuk mempelajari teknik gripping yang betul: 
  • Jika anda perlukan penerangan lanjut mengenai teknik ini, boleh maklumkan saya melalui Chit Chats Box atau emailkan saya terus permasalahan tersebut.
  • Sila layari laman berikut untuk download dengan percuma 'drumming technique' saya:

'WISH U ALL THE BEST'


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS