InfoView: Globalisasi telah membawa kepada kemajuan teknologi Digital yang kini semakin sinonim dengan perkembangan industri muzik tempatan. Bermula dengan aplikasi sistem rakaman studio secara digital, kini impak globalisasi kepada industri muzik tempatan turut mengubah cara kerja seorang 'Artist and Repertoire' (A&R) dalam sebuah produksi Syarikat Rakaman (Label Company). Pada dasarnya, cabaran yang dihadapi dalam skop kerjaya ini hampir sama dengan bidang kerjaya profesional yang lain seperti Pegawai Pemasaran atau Pegawai R & D (Research and Development) dalam sesebuah syarikat perniagaan.
Secara ringkas, tugas seorang A&R melibatkan pencarian artis baru yang sesuai dengan potensi pasaran semasa dan mempunyai nilai komersil yang mampu memberi keuntungan kepada syarikat rakaman. Seorang A&R syarikat rakaman biasanya terdiri daripada golongan pemuzik, wartawan dalam bidang muzik ataupun penerbit rakaman (merujuk kepada sumber Wikipedia).
Entri kali ini akan mengupas secara ringkas mengenai cabaran A&R dalam era digital dan globalisasi, berdasarkan aras kemajuan teknologi semasa. Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam konteks ini, idea saya terhadap isu di atas melahirkan ilustrasi berikut:
- Cabaran utama A&R masa kini ialah untuk melengkapkan diri dengan ilmu I.T sebagai asas terbaik untuk melebarkan jaringan kerja profesional ke seluruh dunia.
- Skop pencarian artis perlu lebih meluas berbanding sebelumnya. Penggunaan teknologi multimedia dan internet kini berupaya membantu usaha pencarian artis dengan lebih efektif dengan kos operasi yang jauh lebih murah. Kejayaan teknologi terbukti dengan mengambil contoh Ten Production, sebuah produksi rakaman di Sweden yang telah mengenalpasti bakat seorang artis Filipina iaitu Charice Pempengco melalui Youtube. Selain berjaya menarik menarik perhatian komposer terkenal antarabangsa David Foster, Charice juga mencipta sejarah sebagai artis Asia pertama yang berjaya menduduki senarai 'Top 10 of the Billboard 200 Album Chart.
- Kegiatan muat turun lagu secara haram melalui internet adalah antara cabaran yang mampu mengurangkan margin keuntungan sesebuah Syarikat Rakaman. Oleh itu, fungsi A&R dalam menangani masalah ini perlu lebih versatile dan kreatif ke arah merencana pasaran seseorang artis ke peringkat antarabangsa. Penampilan terbaru Datuk Siti Nurhaliza dengan album Inggeris untuk pasaran antarabangsa adalah rujukan terbaik kepada kenyataan ini.
- Era Globalisasi memerlukan kemampuan seorang A&R dalam fokus kajian kehendak pasaran secara global, tidak hanya tertumpu di Malaysia. Kajian ini sekurang-kurangnya meliputi negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.
- Kriteria pemilihan artis semakin terperinci dan melibatkan lebih banyak aspek penilaian. Ini termasuklah menilai tahap keupayaan dan komitmen artis tersebut untuk sama-sama menghasilkan produk terbaik ke arah tahap pasaran maksimum. Sila ikuti review artis Lan & The Typewriter berhubung kenyataan ini.
Review oleh:
InfoView Music @ http://infoviewmusic.blogspot.com
No comments:
Post a Comment