Pages

Wednesday, December 22, 2010

Tips Menghadiri SeSi UjiBaKaT

    

      Jika anda sering menghadiri sesi ujibakat rancangan realiti TV dan sukar melepasi halangan tersebut, tips berikut mungkin mampu mengubah keadaan tersebut.  Pengalaman mengendalikan sesi ujibakat bersama RTM bagi menjayakan beberapa rancangan hiburan di peringkat negeri dan kebangsaan adalah rujukan terbaik saya untuk formulasikan tips berikut:


  • Fahami syarat-syarat yang dinyatakan
Peringkat umur, senarai lagu pilihan serta prosedur pendaftaran andalah antara perkara yang sering menjadi permasalahan peserta.  Jangan bazirkan masa anda jika anda tidak melepasi syarat yang dinyatakan kerana sebarang rayuan melibatkan perkara ini tidak akan dilayan.

  • Buat persiapan rapi
Persiapan mental dan fizikal terutamanya kesihatan anda perlu berada pada tahap yang baik.  Buat latihan vokal dan ikuti kelas yang bersesuaian supaya anda tidak melakukan kesilapan teknik asas dalam persembahan.  Persiapan mental termasuklah keupayaan positif anda menerima kejayaan dan kegagalan pada mana-mana peringkat saringan.

  • Vokal 'range' dan 'style'
Ketahui kemampuan vokal anda dan pilihlah lagu yang bersesuaian dengan vokal anda.  Terlalu ramai melakukan kesilapan memilih lagu berdasarkan populariti tanpa mengukur kesesuaian vokal dengan lagu yang dipersembahkan.  Persembahkan nyanyian anda dengan 'style' sendiri tanpa meniru penyampaian vokal ataupun gaya penyanyi asal.  Menampilkan gabungan 'style' dua artis dalam persembahan adalah idea yang baik.  Vokal pula perlu jelas dalam semua 'note' yang dinyanyikan.  Ramai yang menyanyikan 'note' tinggi dengan baik, sebaliknya lemah mengadaptasikan suara pada 'note' rendah.
  • Hafal Lirik Lagu
Presentasi anda lebih meyakinkan jika anda menghafal liril lagu yang dipersembahkan.


  • Gaya persembahan yang besesuaian
Gaya persembahan perlu relatif dengan maksud lirik yang diceritakan.  Ramai peserta yang hanya melafazkan lirik tanpa memahami maksudnya.  Ungkapan lirik sedih umpamanya disokong dengan senyuman gembira memperlihatkan bahawa tahap penghayatan anda sangat rendah.
  • Pakaian / Aksesori
Sesuatu yang menarik apabila anda memakai pakaian dan aksesori ala artis semasa ujibakat.  Ia menunjukkan persiapan anda dan mampu menambah keyakinan anda semasa di pentas.  Tetapi jangan keterlaluan kerana dalam sesi ujibakat 'Satu-Satunya' Azwan Ali turut menegur beberapa peserta lelaki untuk menanggalkan subang (mengikut prosedur / garis panduan RTM).

  • Fleksibel
Berpenampilan fleksibel, buat apa yang diarahkan semasa ujibakat, perbetulkan apa yang ditegur jika anda diberi peluang.  Elakkan daripada menjadi seorang pemberi alasan yang baik kepada para juri.  Jika anda ditegur dan diberikan kad merah pada hari pertama, balik ke rumah dengan segera dan buat latihan untuk atasi kelemahan yang ditegur.  Datang kembali pada hari seterusnya untuk memperlihatkan usaha anda itu dan pasti keyakinan anda kali ini lebih impresif kerana pengalaman melakukan kesilapan pada hari sebelumnya secara automatik membimbing anda.

"Fahami dan aplikasi hingga fasih"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS