MUSIC InfoView @ Sabah adalah saluran dokumentasi e-media berasaskan cetusan 'Isu & Resolusi' industri muzik tempatan. Objektif utama Music InfoView @ Sabah ialah menyokong perkembangan muzik dengan menerapkan info Apresiasi Muzik kepada masyarakat'.
![]() |
| 'Music as culture' |
ISU PENGURUSAN : Ungkapan 'No Budget' adalah jawapan yang sangat popular digunakan oleh Pengerusi sesebuah mesyuarat pengurusan ataupun jawatankuasa kerja. Pembentangan proposal melibatkan aktiviti-aktiviti sosial seperti hiburan dan muzik adalah antara yang sangat tinggi peratusannya mendapat jawapan ini. Saya labelkan ungkapan ini sebagai 'Virus' bagi mengelakkan ianya menjadi jawapan rutin untuk proposal muzik dan secara psikologi 'Virus' adalah satu amaran akan kewujudan penyakit yang semakin serius. Jelas ianya semakin serius kerana ungkapan yang sama menjadi semakin popular dalam mesyuarat pengurusan sektor awam / kerajaan.
Berdasarkan pengalaman merangka dan membentangkan proposal aktiviti muzik di peringkat komuniti hingga ke peringkat kementerian negeri dan kebangsaan., virus ini menular serius pada peringkat komuniti dan jabatan. Dalam beberapa siri pembentangan saya di peringkat 'high profile' yang melibatkan seseorang Menteri sebagai pengerusi, proposal yang sama nampak lebih releven dan mudah diterima atau dibincangkan secara serius kearah kelulusan bajet. Setakat ini saya masih mengekalkan rekod 'zero defect', mendapat kelulusan dalam semua pembentangan proposal muzik di peringkat mesyuarat 'High Profile'.
![]() |
| Clarice antara artis profesional Sabah |
Persoalan utamanya ialah bagaimana sesebuah industri dapat berkembang jika setiap proposal, kemudahan asas atau idea di peringkat komuniti atau jabatan itu terus diberikan lampu merah tanpa perbincangan lanjut dengan alasan 'No BUDGET'? Bertambah kritikal apabila tidak disedari bahawa alasan tersebut sudah terlalu sinonim malah menjadi jawapan rutin sehingga 10 tahun lamanya. Secara logik, melihat kepada 'economic rotation' jangkamasa 10 tahun tersebut melengkapi 1 sesi pembangunan dan penghasilan sesebuah industri. Industri sawit contohnya, perlu ditanam semula setiap 10 tahun bagi meningkatkan produktiviti dan prosedur ini memerlukan suntikan dana kerajaan bagi meningkatkan prestasi industri ini. Bayangkan bagaimana keadaan industri muzik kita dalam jangkamasa tersebut jika keperluan memajukan industri ini tidak diketengahkan oleh jabatan yang bertanggungjawab?
![]() |
| Ampal antara ikon industri Muzik Sabah |
Virus 'NO BUDGET' jika tidak dibendung bakal menyempitkan peluang pekerjaan dalam industri muzik. Penjelasannya sangat mudah kerana jika sesebuah unit muzik dalam jabatan kerajaan tidak diberi kemudahan yang cukup untuk menjalankan tugas sebagai profesional, ianya akan menyukarkan proses pengembangan perjawatan tahunan, malah fungsi sesebuah unit muzik dalam membantu pembangunan komuniti dan industri di peringkat negeri juga gagal dicapai. Jika melihat kepada unjuran peningkatan tahunan jumlah pelajar jurusan muzik yang mendaftar di UMS, kelembapan perjawatan dan peluang dalam industri muzik di Sabah bakal menambahkan kadar pengangguran 'bertauliah'.
![]() |
| Gabungan artis dan pemuzik profesional menyokong Industri Muzik Sabah |
Usaha golongan artis dan pemuzik di Sabah harus dibanggakan kerana jika diukur dari unit penghasilan album 'terbitan sendiri' pelbagai etnik di Sabah, kadar penghasilannya lebih aktif berbanding negeri lain di Malaysia. Saya positif mengatakan industri muzik di Sabah boleh menjadi salah satu 'niche area' pendapatan negeri jika diberi perhatian khusus. Kewujudan warisan 'music as culture' di Sabah adalah kunci utama kepada keunikan talent yang menjadi tunjang industri muzik Sabah.
![]() |
| Artis terkenal Indonesia Bob Totopuli kagum dengan kemantapan band pengiring Sabah |
P/S : Kalau lagu dari Korea 'No Buddy' boleh meletup, agaknya lagu 'No Budget' buli ka tu ? Saya mengalu-alukan sokongan anda sebagai 'Follower' untuk memberi respon, komen atau cadangan lanjut mengenai isu ini agar satu proposal rasmi boleh dicadangkan kepada kerajaan negeri untuk pembangunan industri Muzik Sabah.





aku suka part lagu No Budget.. haha
ReplyDelete