Pages

Sunday, July 17, 2011

Tips Buat Peserta HMMB

InfoMusic: Rancangan realiti  radio Sabah FM Hafrina & Moon Mencari Bintang  (HMMB) yang bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9.30 malam hingga 12.00 malam semakin hangat dengan penyertaan pendengar dari seluruh Sabah.  Selaku juri yang bertanggungjawab menilai nyanyian setiap peserta HMMB, berikut saya kongsikan beberapa tips sebagai panduan peserta  HMMB bagi memantapkan kualiti peserta  rancangan ini :

1.  Pastikan anda menepati had umur yang ditetapkan (18 tahun ke atas).

2.  Gunakan identiti sebenar anda (nama samaran tidak digalakkan).  Identiti yang mencurigakan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatal tanpa rayuan.

3.  Pilih lagu yang sesuai dengan keupayaan vokal anda, bukan berdasarkan lagu yang anda minati.

4.  Gunakan iringan muzik bagi membantu persembahan anda.  Penggunaan muzik membantu penghayatan, meminimumkan masalah ‘pitching’ dan tempo serta memperbaiki frasa nyanyian anda.

5. Peserta yang menggunakan iringan gitar perlu pastikan gitar anda menggunakan ‘standard tuning’ serta di’tune’ dengan nada yang betul.  ‘Tuning’ yang tidak betul akan menganggu ‘pitchig’ vokal nyanyian anda. 

6. Hafal dan fahami lirik lagu yang ingin anda persembahkan.  Jika anda masih menggunakan khidmat ‘karaoke’ untuk panduan lirik, maksudnya anda belum cukup bersedia untuk bersaing dalam HMMB.

7. Nyanyi menggunakan ‘key’ yang benar-benar selesa.  ‘Key’ yang tidak betul menyebabkan tekanan dalam nyanyian anda dan ianya cukup hambar untuk diperdengarkan di radio.

8. Buat latihan vokal secara konsisten akan memperbaiki persembahan anda.

9.  Jika nama anda berjaya disenarai pendek, itu adalah petanda baik menyatakan progres nayanyian anda meningkat.

10. Ingat nyanyian anda didengar oleh pendengar dari seluruh Sabah.  Kemudahan ‘online radio’ melalui internet membolehkan pendengar dari seluruh dunia mendengar nyanyian anda.  Sudah tentu anda perlu persembahkan yang terbaik untuk menyertai rancangan ini.

Talian HMMB :
-088213478
-088218096

Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS