Friday, January 6, 2012

Tukar MyKad Baru!

InfoView: MyKad baru kini boleh diperolehi di pejabat Pendaftaran Negeri masing-masing pada harga RM10.  Pengeluaran MyKad versi baru dibuat secara berperingkat bermula di Ibu Pejabat JPN dan JPN Shah Alam (3 Januari 2012), JPN Kluang dan Ipoh (10 Januari 2012), JPN Johor Bahru (14 Januari 2012), JPN Kuantan (15 Januari 2012), JPN Melaka (17 Januari 2012), JPN Kuching dan Kota Bharu (20 Januari 2012), JPN Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari 2012), JPN Alor Setar (2 Februari 2012), JPN cawangan Wilayah Persekutuan (15 Februari 2012), JPN Kota Kinabalu serta cawangan lain pada (7 Februari 2012). Ciri-ciri berteknologi tinggi pada MyKad seperti berikut:
P/S : 'Bah jangan lupa tukar i.c ah...tahan lasak kunuk ni..'

2 comments:

  1. Prosedur yg menyusahkan rakyat, pandangan peribadi saya.

    Kalau dikatakan 'ciri keselamatan' dan plastik polimer lasak sebagai alasan utk tukar, janganlah impose bayaran RM10 tu.

    Andaikan 20juta drp 28juta penduduk Malaysia menukar MyKad, kerajaan akan mengutip administration cost sebanyak RM200juta.

    Saya tdk suka idea mereka begini, bak merompak disiang hari!

    ReplyDelete
  2. Pandangan yg bernas..mmg sepatutnya soal kualiti dan ketahanan MyKad sudah diteliti sejak mula diperkenalkan dulu..Menurut sember JPN, kes pemalsuan MyKad juga adalah faktor utama pembaharuan ini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS