Blog InfoView Music yang dihoskan melalui blog admin @ http://e-profileofsuhaimiejamli.blogspot.com telah wujud sejak 2 tahun lalu. Bagi memudahkan capaian pembaca ke blog ini, sebuah 'landing page' telah diperkenalkan sejak 6 bulan lalu dengan alamat web yang lebih mudah diingat @ http://infoviewmusic.blogspot.com. Fungsi 'landing page' ini ialah sebagai laman menu utama yang memaparkan tajuk-tajuk utama yang dikongsikan dalam laman InfoView Music. Review mengenai perkembangan industri muzik tempatan adalah 'niche area' blog ini, disamping perkongsian percuma pelbagai tips serta info muzik terkini. Objektif utama laman blog InfoView Music ialah seperti berikut:- Membantu meningkatkan nilai Apresiasi Muzik dikalangan komuniti tempatan melalui penerapan nilai-nilai positif dari pelbagai persepsi berkaitan industri muzik.
- Menyalurkan informasi muzik percuma kepada komuniti muzik melalui review khas meliputi aspek Music Education, Music News & Review, Music Info-Muslim dan Music Business Link & Services.
- Membantu golongan pelajar jurusan muzik di peringkat pengajian tinggi melalui penjanaan idea dalam skop industri muzik.
- Mewujudkan sebuah laman saluran informasi muzik yang santai dan mudah difahami oleh pelbagai golongan pembaca.
- Menjadi 'One-Stop Center' kepada komuniti muzik tempatan berasaskan aspirasi industri muzik komersil yang mampu menjadi sumber ekonomi mampan.
Tahniah dan terima kasih kepada 29,400 orang yang telah berkunjung ke laman blog
No comments:
Post a Comment