1. Bakat muzik adalah anugerah Allah swt yang perlu disyukuri, dipelajari dan dimanfaatkan dalam kehidupan berasaskan lunas-lunas agama, resam budaya dan nilai positif dalam masyarakat.
2. Benteng iaitu 'pagar yang kukuh' ialah lunas-lunas hukum agama dan perundangan yang perlu diterap dalam industri bagi mengelak muzik daripada melalaikan masyarakat. Kedudukan muzik sebagai medium hiburan sebenarnya terlalu hampir dengan pelbagai aspek godaan yang mudah melalaikan masyarakat daripada kewajipan agama dan hakiki kehidupan.
3. Muzik adalah cabang ilmu yang perlu dipelajari secara formal dan rasional bagi membentuk disiplin yang kukuh dalam diri individu. Sistem pembelajaran yang sempurna bakal membentuk sebuah jalinan kerja profesional yang progresif dalam komuniti, mewujudkan sumber rezeki yang halal seterusnya membangunkan industri hiburan dengan nilai-nilai positif.
Muzik terhasil berasaskan 4 karektor utama iaitu gembira, sedih, takut dan hairan. Kemampuan seseorang penyanyi atau pemuzik menzahirkan karektor diatas sebagai ekspresi dalam persembahan dianggap berjaya jika penonton turut menyelami perasaan tersebut. Selain itu, ekspresi juga boleh menyampaikan rasa penghargaan, penghormatan, kemesraan dan keharmonian masyarakat melalui sebuah persembahan muzik yang efektif. Penerapan ekspresi dalam muzik untuk menyampaikan mesej tertentu menjadikan muzik bukan sekadar hiburan, malah mewujudkan wadah hiburan berinformasi dalam masyarakat.
Suhaimie Jamli
Maka Muzik dapat membuat kita gembira, sedih, takut dan hairan hehehe...
ReplyDeleteyupe..itulah antara ciri2 komersil yg ada dlm muzik..:)
ReplyDelete