Pages

Showing posts with label Music Industry. Show all posts
Showing posts with label Music Industry. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Ikon K.B Gemilang Di Taiwan!

InfoView:  Populariti Kota Belud (K.B) tidak hanya didominasi kehangatan senario politik semasa, malah turut didorong melalui sektor pelancongan, sukan dan keunikan budaya masyarakat multi-etnik di daerah ini.  Penganjuran Tamu Besar Kota Belud sebagai acara tahunan dalam kalender pelancongan negeri Sabah telah mencanang nama K.B di peringkat global dengan ikon 'Cowboys of the East'.  Selain itu, ikon K.B dalam sukan bola sepak juga pernah mahsyur di pentas antarabangsa.  Kejayaan lagenda Bola Sepak K.B, Matlan Marjan menjaringkan 2 gol ketika Malaysia menentang England pada 12 Jun 1991 menjadi catatan teristimewa buat K.B sehingga kini.  Seterusnya pada tahun 2008, seorang lagi ikon K.B muncul di pentas industri muzik antarabangsa dengan kejayaan yang amat membanggakan.  Gary Chaw anak kelahiran K.B telah merangkul anugerah 'Best Male Mandarin Artist' dalam '19th Golden Melody Award 2008' pada 5 Julai 2008 di Taipei Arena, Taiwan.

Sunday, January 22, 2012

Contoh Borang Penilaian Juri

   Tips seterusnya untuk format penilaian pertandingan nyanyian ialah contoh borang pemarkahan juri.  Borang pemarkahan juri perlu disediakan oleh pihak penganjur pertandingan bagi memudahkan proses penilaian juri profesional.  Contoh berikut ialah bagi penilaian 10 orang peserta dan ianya perlu diedarkan kepada setiap orang juri yang bertanggungjawab mengadili pertandingan tersebut.  Pihak penganjur perlu membuat salinan tambahan kepada semua juri yang terlibat berdasarkan jumlah peserta yang bertanding.

Saturday, January 21, 2012

Tips Penilaian Vokal, Tempo dan Persembahan


       Tips percuma mengenai format penilaian juri pertandingan nyanyian yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini telah mendapat respon positif dari pengunjung blog InfoView Music.  Bagi menjawab persoalan yang diaju oleh pembaca dalam entri lalu, berikut saya kongsikan panduan serta justifikasi penilaian yang wajar dalam sesebuah pertandingan nyanyian.

KRITERIA PENILAIAN :
1. Vokal (50%)
- Ketepatan 'pitching'
'Diction' (sebutan lirik jelas/tidak)
- Kualiti ton suara
- 'Vocal range' (kemampuan mencapai note tertinggi/terendah)
- Penguasaan teknik / Improvisasi vokal

2.  Tempo (30%)
- Keserasian vokal dengan muzik iringan.
- 'Vocal style' dan 'Groove' persembahan.
- Ketepatan 'intro' dan 'outtro'.

3. Ekspresi & Kreativiti Persembahan (20%)
- Presentasi pentas (pakaian/ props persembahan)
- Ekspresi, Penghayatan dan dinamik persembahan


Disediakan oleh:

Suhaimie Jamli
Kombo RTM Sabah @

Thursday, January 19, 2012

Elton J. Lancar Album di K.K!

Industri Muzik Sabah bakal dihangatkan lagi dengan kemunculan seorang artis baru, Elton Johnny Kadau dengan mini album Perjalanan Cinta.  Elton berasal dari Keningau, Sabah menampilkan 5 buah lagu dalam mini album Perjalanan Cinta iaitu Apa Maksudnya, Perginya Dia, Cukup Sudah, Mengapa dan Hanya Kau.  Kesemua lagu tersebut adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan diterbitkan oleh Pusakag Studio.  Elton memilih genre R&B bersesuaian dengan kualiti vokalnya yang mirip penyanyi lagenda antarabangsa Micheal Jackson.  Profail lanjut Elton seperti berikut:

Wednesday, January 4, 2012

InfoView Music: Info Muzik Percuma Untuk Komuniti

Blog InfoView Music yang dihoskan melalui blog admin @ http://e-profileofsuhaimiejamli.blogspot.com telah wujud sejak 2 tahun lalu.  Bagi memudahkan capaian pembaca ke blog ini, sebuah 'landing page' telah diperkenalkan sejak 6 bulan lalu dengan alamat web yang lebih mudah diingat @ http://infoviewmusic.blogspot.com.  Fungsi 'landing page' ini ialah sebagai laman menu utama yang memaparkan tajuk-tajuk utama yang dikongsikan dalam laman InfoView Music.  Review mengenai perkembangan industri muzik tempatan adalah 'niche area' blog ini, disamping perkongsian percuma pelbagai tips serta info muzik terkini.  Objektif utama laman blog InfoView Music ialah seperti berikut:
  • Membantu meningkatkan nilai Apresiasi Muzik dikalangan komuniti tempatan melalui penerapan nilai-nilai positif dari pelbagai persepsi berkaitan industri muzik.
  • Menyalurkan informasi muzik percuma kepada komuniti muzik melalui review khas meliputi aspek Music Education, Music News & Review, Music Info-Muslim dan Music Business Link & Services
  • Membantu golongan pelajar jurusan muzik di peringkat pengajian tinggi melalui penjanaan idea dalam skop industri muzik.
  • Mewujudkan sebuah laman saluran informasi muzik yang santai dan mudah difahami oleh pelbagai golongan pembaca.
  • Menjadi 'One-Stop Center' kepada komuniti muzik tempatan berasaskan aspirasi industri muzik komersil yang mampu menjadi sumber ekonomi mampan.
Tahniah dan terima kasih kepada 29,400 orang yang telah berkunjung ke laman blog

Sunday, January 1, 2012

'How To Monetize Your Talent?' (Part 5)

Music Edu : Selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pengunjung setia blog InfoView Music.  Entri pertama tahun 2012 saya teruskan dengan sambungan review isu di atas, seterusnya melengkapkan bahagian akhir topik ini.  Oleh itu, entri kali ini juga bakal menjawab soalan akhir sebagai respon saya berasaskan penglibatan langsung dalam karier muzik.  Isunya ialah samada karier muzik mampu menjamin hidup yang sempurna jika dipilih sebagai profesion sepenuh masa?  Saya memberi respon berdasarkan beberapa situasi berikut:

Tuesday, December 27, 2011

'How To Monetize Your Talent?' (Part 4)

Music Edu :  Review isu ini diteruskan dengan menjawab soalan lanjut yang telah diajukan kepada saya selaku pengendali blog InfoView Music, serta penglibatan secara langsung dalam industri muzik tempatan.  Dalam review Part 3, saya tidak menjawab secara langsung mengenai kadar bayaran pemuzik solo atau berkumpulan di Sabah kerana ianya terlalu subjektif dikalangan penganjur swasta.  Walaubagaimanapun, bayaran pemuzik oleh RTM Kota Kinabalu berdasarkan kadar terkini tidak kurang dari RM 500 satu rancangan untuk pemuzik solo dan RM 300 seorang untuk setiap rancangan bagi pemuzik berkumpulan.  Pemuzik profesional yang dijemput dalam persembahan Orkestra untuk rancangan TV mencapai bayaran sehingga RM 1000 seorang bagi setiap rancangan.  Pemuzik kontrak yang berkhidmat sepenuh masa dalam agensi kerajaan pula dibayar mengikut kadar gred jawatan masing-masing yang ditetapkan SPA.  Bagaimana membina jaringan kerja?

Saturday, December 24, 2011

'How To Monetize Your Talent?' (Part 3)

Music Edu: Review kali ini adalah lanjutan dari siri pertama (part1) dan siri kedua (part 2) berkaitan dengan isu kadar bayaran persembahan.  Isu ini antara yang kerap dibangkit oleh persatuan-persatuan artis di Malaysia yang mahu penilaian semula dibuat ke atas kadar bayaran agensi kerajaan kepada golongan artis.  Bagi pemuzik dan artis rakaman yang bernaung di bawah label syarikat rakaman, pengurusan bayaran persembahan mereka lebih mudah kerana dipantau sepenuhnya oleh label masing-masing.  Sebaliknya bagi pemuzik dan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman, mereka mudah terdedah dengan masalah eksploitasi, penipuan dan kadar bayaran yang tidak selaras.  Walaubagaimanapun asas penilaian kadar bayaran artis dan pemuzik oleh penganjur dari agensi kerajaan atau swasta di Malaysia mengambil kira 'star value' sebagai aspek utama.  Pencapaian memenangi anugerah tertinggi yang diiktiraf oleh penggiat industri muzik Malaysia mampu mengangkat populariti dan 'star value' seseorang artis.  Seterusnya, anda juga wajar menilai situasi berikut:
  • Sebagai pemuzik, anda perlu berusaha mencapai pengikhtirafan oleh badan profesional dalam industri muzik.  Usaha ini termasuk penglibatan dalam persembahan berprofail tinggi, menyertai pertandingan berprestij serta mampu menonjolkan keunikan diri berasaskan kehendak pasaran.
  • Pengikhtirafan profesional (di atas) sangat penting memandangkan sijil atau ijazah muzik semata-mata tidak mampu menjamin status yang selesa dalam sektor kerajaan atau swasta.
  • Aspek pembayaran perlu diberi perhatian serius dan disertakan dengan dokumen sokongan.  Ini bagi mengelak dari sebarang eksploitasi dan penipuan oleh golongan parasit yang mencemari industri hiburan tempatan.
INFO LANJUT:

Friday, December 23, 2011

'How To Monetize Your Talent?' (Part 2)

Music Edu: Dalam entri siri pertama saya telah menerangkan 3 prinsip asas yang perlu diaplikasi jika anda mahu bergerak efektif dalam industri muzik tempatan.  Berdasarkan pengalaman ketika menjawat jawatan pertama sebagai Koodinator Unit Muzik di Sabah Institute of Art (SIA-kini dikenali sebagai DETECKE), tanggungjawab saya melibatkan aspek pengurusan muzik (sebagai Ketua Unit), pendidikan muzik (sebagai pensyarah muzik) dan persembahan profesional (sebagai pemuzik jemputan).  Ketiga-tiga tugas ini telah saya lakukan dalam satu masa, menepati prinsip-prinsip asas yang terangkan sebelum ini.  Merujuk kepada satu kajian rambang oleh pelajar jurusan muzik dari sebuah IPTA tempatan, saya telah diminta mengulas isu berkaitan industri muzik tempatan dalam skop 'music business'.  Soalan pertama melibatkan venue atau lokasi persembahan yang dipilih untuk membuat persembahan profesional.  Saya memberi respon berikut:
  • Profesion dalam persembahan muzik di Malaysia memerlukan fleksibiliti anda untuk membuat persembahan di pelbagai lokasi, menurut permintaan penganjur.  Sebelum berkhidmat sepenuh masa dengan RTM, saya sering dijemput sebagai pemuzik undangan untuk rakaman rancangan hiburan dan persembahan pentas RTM Kota Kinabalu.  Pengalaman bersama Kombo RTM sejak tahun 2004 melibatkan persembahan di pelbagai lokasi dan kecenderungan penonton yang berbeza termasuk kawasan pedalaman yang jarang dikunjungi.
  • Pusat-pusat hiburan dan hotel adalah antara pilihan saya untuk membuat persembahan 'live band' dengan kekerapan 2 kali seminggu.  Saya memilih konsep 'Jazz Music' untuk persembahan ini.
  • Penglibatan dalam kumpulan Orkestra UMS dan persembahan resital bersama pelajar di pusat-pusat pengajian muzik swasta sekitar Kota Kinabalu saya jadikan pentas terbaik promosi khidmat muzik saya kepada komuniti.
  • Ikuti review lanjut dalam entri part 3!
INFO LANJUT:

Thursday, December 22, 2011

'How To Monetize Your Talent?' (Part 1)

 
Music Edu:  'Muzik sekadar hobi ataupun penjana ekonomi?'  Persoalan ini sering menjadi isu utama dalam menentukan kestabilan profesion dalam industri hiburan tempatan.  Kerjaya profesional sebagai artis dan selebriti terdiri dari golongan pemuzik, penyanyi dan penari adalah antara kumpulan komuniti yang giat mewarnai industri hiburan di Malaysia.  Persaingan dalam industri hiburan menjadikan nilai populariti artis sebagai faktor utama untuk mengukur tahap pencapaian masing-masing.  Namun populariti juga telah mengakibatkan ramai artis terpesong dari landasan sebenar sehingga tidak mampu konsisten dalam kerjaya mereka.  Sehubungan dengan itu, entri kali ini bakal menjawab beberapa persoalan serta perkongsian tips berhubung perniagaan dalam bidang muzik seterusnya menilai kewajaran industri ini sebagai sumber pendapatan individu.  Tips berikut berasaskan penglibatan saya dalam profesion muzik secara profesional seterusnya menjana pendapatan menggunakan profisiensi bakat yang telah digilap menerusi kaedah pembelajaran formal:

PRINSIP ASAS

Aplikasi prinsip asas berikut  adalah antara faktor mencapai tahap pemasaran bakat muzik secara efektif, seterusnya membuka lebih banyak jaringan kerja dalam bidang muzik berdasarkan nilai profiensi masing-masing: 
  • Fleksibel :  Tahap pembangunan industri muzik tempatan memerlukan pemuzik yang fleksibel serta mampu menguasai pelbagai repertoire lagu, 'style' muzik dan venue persembahan.
  • Disiplin :  Ramai pemuzik mempunyai 'skill' yang baik tetapi menghadapi masalah disiplin masa serta komitmen yang lemah.  Masalah ini akan menyukarkan jaringan kerja anda dalam masa yang singkat.
  • Multi-Skill:  Elemen ini akan memudahkan anda mendapat tempat dalam industri terutamanya pada peringkat awal penglibatan anda secara profesional.  Jika anda seorang pemuzik yang baik, anda juga perlu belajar menjadi seorang pengajar muzik yang baik seterusnya mampu melakukan tugas-tugas pengurusan muzik dengan baik.

INFO LANJUT:



Wednesday, December 21, 2011

'SAYANG SABAH' Bukti Kebangkitan Ebi Kornelis!!

Infoview: Ebi Kornelis adalah antara artis kelahiran Sabah yang berjaya mencipta nama melalui rancangan Akademi Fantasia terbitan ASTRO.  Keputusan Ebi untuk berhijrah meneruskan profesion seni sepenuhnya di Sabah telah menimbulkan pelbagai persepsi mengenai kemampuannya mengharungi persaingan dalam industri hiburan tempatan.  Kesempatan berbual dengan Ebi ketika sama-sama menjayakan Konsert Titian Mesra RTM di Sandakan Sabah baru-baru ini membongkar seribu persoalan mengenai agenda dan diari seni beliau yang pernah dikatakan semakin malap dalam sulaman gosip-gosip liar  sebelum ini.  Melalui laman blog Infoview Music yang saya kendalikan, Ebi memohon saya menulis review untuk menilai 'Single Album Sayang Sabah' yang baru diterbitkan.  Dengar 'Sayang Sabah', anda pasti akan menikmati keunikan berikut:
  • 'Sayang Sabah' menjulang nilai estetika seni etnik Sabah melalui gubahan muzik berentak 'sumazau' dan olahan lirik dalam bahasa Melayu (Sabah) yang pastinya mudah meresapi jiwa pendengar.
  • Melodi yang mudah dan 'cathy' adalah antara faktor yang bakal menjadikan lagu ini meletup di kalangan pendengar tempatan.
  • Sayang Sabah adalah asas inspirasi Ebi kearah menghasilkan album penuh dengan menggabungkan keunikan seni multi-etnik Sabah dalam satu album.  Selain dedikasi khas buat peminat industri hiburan di Sabah, album ini juga mempunyai nilai-nilai patriotisme dan perpaduan disamping ciri-ciri komersil dalam lagu.
  • Ebi menekankan kualiti muzik dengan identiti instrumentasi etnik Sabah bagi mengangkat populariti karya seni etnik tempatan ke peringkat tertinggi.
  • Ebi yakin dengan sokongan peminat dan kekuatan pasaran di Sabah.  Inilah antara faktor beliau 'berhijrah' disamping fokus memperjuangkan album etnik komersil di Sabah.



Tahniah Ebi....!!!

Saturday, November 19, 2011

Silibus Pendidikan Muzik Acuan Malaysia

InfoEdu:  Pembelajaran muzik di Malaysia masih didominasi negara Barat berdasarkan sumber rujukan dan material yang digunakan.  Senario ini secara tidak langsung menunjukkan keperluan bagi menghasilkan lebih banyak buku rujukan muzik berasaskan acuan Malaysia.  Idea ini pernah saya bincangkan bersama wakil panel peperiksaan London College of Music (LCM) dari London ketika membuat penilaian gred muzik praktikal Drum di All Saint Music Academy Kota Kinabalu. Dalam sesi diskusi tersebut, saya menyarankan silibus pembelajaran muzik dengan asas 'Malaysian Taste' berdasarkan ulasan berikut:

Tuesday, November 15, 2011

Teknologi Canggih Paksi Kejayaan 'A&R'

InfoView: Globalisasi telah membawa kepada kemajuan teknologi Digital yang kini semakin sinonim dengan perkembangan industri muzik tempatan.  Bermula dengan aplikasi sistem rakaman studio secara digital, kini impak globalisasi kepada industri muzik tempatan turut mengubah cara kerja seorang 'Artist and Repertoire' (A&R) dalam sebuah produksi Syarikat Rakaman (Label Company).  Pada dasarnya, cabaran yang dihadapi dalam skop kerjaya ini hampir sama dengan bidang kerjaya profesional yang lain seperti Pegawai Pemasaran atau Pegawai R & D (Research and Development) dalam sesebuah syarikat perniagaan.  
  Secara ringkas, tugas seorang A&R melibatkan pencarian artis baru yang sesuai dengan potensi pasaran semasa dan mempunyai nilai komersil yang mampu memberi keuntungan kepada syarikat rakaman.  Seorang A&R syarikat rakaman biasanya terdiri daripada  golongan pemuzik, wartawan dalam bidang muzik ataupun penerbit rakaman (merujuk kepada sumber Wikipedia).

Saturday, October 29, 2011

Alumni Orkestra UMS: Komuniti Muzik Perihatin

Penubuhan Orkestra Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2001 telah membantu arus perkembangan industri muzik tempatan terutamanya komuniti muzik di Sabah.  Penubuhan orkestra ini adalah antara objektif kepada modul kursus Program Pengajian Muzik yang diperkenalkan pada tahun sebelumnya, dibawah kendalian Sekolah Pengajian Seni (UMS).  Bermula dengan hanya 25 orang pemuzik, orkestra ini menggabungkan penglibatan pemuzik profesional terdiri daripada pensyarah muzik SPS dan pemuzik semi-pro iaitu kumpulan pelajar ambilan pertama kursus Sijil Pengajian Muzik (tahun 2000) serta Program Ijazah Pengajian Muzik UMS.  Sehingga kini, kumpulan Orkestra UMS terus bergerak aktif melahirkan golongan pemuzik profesional bagi membantu perkembangan industri muzik tempatan terutamanya dalam sektor persembahan profesional serta bidang pendidikan muzik secara formal.

Wednesday, October 12, 2011

Sham Kamikaze Tinggalkan Muzik?

Artikel dalam laman blog UMMUSAIFUDDIN menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terkini seorang rakan pemuzik Shamril Salleh @ Sham Kamikaze yang merupakan antara ikon gitaris ternama dalam industri hiburan Malaysia.  Kali terakhir bertemu dengan Sham pada pertengahan tahun lalu ketika beliau mengunjugi Daerah Kota Belud atas urusan kerja.  'Sham terima hidayah...' antara ungkapan dalam artikel tersebut yang menarik perhatian saya.  Benarkah Sham telah menamatkan karier dalam muzik?  Adakah faktor Hidayah yang telah mendorong beliau membuat keputusan ini?
  Merujuk kepada beberapa siri video mengenai Sham, anugerah bakat serta populariti sebagai gitaris kini diaplikasi sebagai medium dakwah.  Tahniah buat Sham Kamikaze kerana dipilih menerima 'Anugerah Hidayah', sebuah anugerah teragung berbanding mana-mana anugerah dalam Industri Muzik Malaysia.  Ikuti preview lanjut mengenai Sham DI SINI!!  

Friday, September 30, 2011

Lan & 'The Typewriter': Bagaimana Melayari Dunia Artis?


InfoView : Pertemuan singkat dengan Lan & 'The Typewriter', seorang artis yang meningkat popular dalam industri hiburan tempatan ketika ini membuahkan perkongsian idea berharga mengenai dunia artis.  Lan yang terkenal dengan keunikan vokal 'rock' bernada tinggi menerusi lagu popularnya Lagu Untukmu bersama kumpulan lamanya 'Meet Uncle Hussien' kini tampil bersama kumpulan baru 'Lan & The Typewriter'.  Walaupun kali pertama bertemu Lan, penampilannya yang sederhana dan 'low profile' membuatkan saya kagum dengan beliau.  Sikap mudah mesra Lan membuatkan sesi sembang kami lebih bernas berlatarkan suasana malam minggu di wilayah Pulau Labuan.  Kematangan Lan meredah kehidupan dunia artis tersurat apabila beliau mengupas tips-tips berikut:


1.  Sikap Artis:  "Artis perlu menjaga presentasi dan kadar populariti (kadar harga) dalam persembahan.  Gunakan budi bicara dan timbang rasa mengikut rasional kerana meletakkan harga terlalu rendah sebagai desakan mendapatkan slot persembahan daripada penganjur kadangkala menimbulkan  persepsi kurang yakin terhadap populariti seseorang artis".  Saya bersetuju dengan Lan berdasarkan fungsi seseorang artis popular sebagai 'croud puller', selain tampil sebagai penghibur.

2.  Populariti Artis: "Kena buat sendiri....'trend' industri sekarang memerlukan usaha dan kreativiti sendiri seseorang artis untuk meningkatkan populariti seterusnya menzahirkan pemasaran efektif.  Zaman dulu lain, semuanya diuruskan oleh 'label' masing-masing.  Persaingan industri hiburan semakin mencabar, gunakan teknologi masa kini akan banyak membantu usaha seseorang artis.  Itulah yang saya lakukan setakat ini....'. 'No objection' kerana Lan terbukti berjaya menjadi salah seorang artis pilihan 'favourite' PM kita. Congrates Lan.

3.  Kredibiliti Artis: Penilaian personel saya terhadap persepsi Lan terhadap artis lain menunjukkan beliau tidak suka merendahkan artis lain.  Beliau tidak minat mengulas  kekurangan artis lain setelah beberapa ujian 'indirect' saya lakukan.  Kesimpulan saya 'jangan rendahkan kredibiliti artis lain dalam industri kerana itu antara punca reputasi seseorang artis tersebut menurun.

4.  Tempoh Populariti : "Gunakan populariti dengan maksimum kerana tempoh populariti seseorang artis di Malaysia tidak menentu.  Populariti tinggi harga pun tinggi, kerja keras dikala populariti memuncak kerana itu bakal memudahkan perancangan hidup anda dikala populariti menurun.  Penghargaan akan tercipta dengan sendirinya ketika artis bekerja keras dalam tempoh 'emas' tersebut".

5.  Kreatif : Lan bijak menghasilkan persembahan efektif berdasarkan situasi dan 'nature' penonton.  Itulah yang berlaku di Labuan ketika Lan tampil bersahaja secara solo dengan bermain gitar akustik mengiringi alunan vokal'rock' nya.

P/S : Saya turut memberikan idea agar Lan berduet dengan Amy Search menyampaikan repertoire lagu Allayarham Tan Sri P.Ramlee.  Sebaliknya Lan menyatakan hasrat beliau untuk berduet dengan otai rock Ramli Sarip. Kita tunggu.....Special hx to Lan & The Typewriter.


Sunday, July 24, 2011

Khidmat Gubah Lirik Lagu

InfoView: Blog Infoview Music kini menawarkan khidmat gubahan lirik lagu dalam Bahasa Melayu. sebagai sokongan kepada industri hiburan tempatan.  Selain koleksi lirik lagu yang sedia ada, gubahan lirik berkonsepkan lagu yang baru digubah juga dipelawa untuk perbincangan lanjut bagi menepati mesej yang  ingin disampaikan oleh komposer.  Kadar bayaran yang ditawarkan untuk khidmat ini juga amat berpatutan, menepati kadar pasaran semasa serta membuka ruang perbincangan lanjut untuk sebarang tawaran kontrak yang dicadang oleh pelanggan.  Review menu berikut akan memberi anda info lanjut mengenai perkhidmatan ini:

Wednesday, June 22, 2011

Ujibakat Bintang Kecil & Bintang Remaja pada 25 & 26 Jun 2011!!

InfoTips:  Pencarian bakat oleh Unit Hiburan dan Muzik RTM Kota Kinabalu diteruskan pada 25 dan 26 Jun ini.  Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan ini dijemput menghadiri sesi ujibakat seperti ketetapan berikut:

Info Ujibakat 
Bintang Kecil & Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2011
Tarikah : 25 Jun 2011
Tempat : Studio A, Unit Hiburan & Muzik RTM K.Kinabalu
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg

Tarikh : 26 Jun 2011
Tempat : CITY MALL, Kota Kinabalu
Masa : 8:30 pagi - 12:00 tgh
Penyertaan anda amat dialu-alukan...!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS