Pages

Sunday, January 1, 2012

'How To Monetize Your Talent?' (Part 5)

Music Edu : Selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pengunjung setia blog InfoView Music.  Entri pertama tahun 2012 saya teruskan dengan sambungan review isu di atas, seterusnya melengkapkan bahagian akhir topik ini.  Oleh itu, entri kali ini juga bakal menjawab soalan akhir sebagai respon saya berasaskan penglibatan langsung dalam karier muzik.  Isunya ialah samada karier muzik mampu menjamin hidup yang sempurna jika dipilih sebagai profesion sepenuh masa?  Saya memberi respon berdasarkan beberapa situasi berikut:

  • Ianya bergantung kepada kemampuan masing-masing untuk bersaing dalam industri,  disamping kebijaksanaan mengatur strategi kearah memperluas jaringan profesional mengikut keterampilan bakat masing-masing.
  • Pemuzik yang berpeluang meneruskan profesion dalam agensi kerajaan terutamanya  sektor pendidikan amat stabil dari sudut gaji, status dan gred jawatan.  Walaubagaimanapun, skop tugas pemuzik dalam agensi kerajaan tidak hanya tertumpu pada bidang persembahan atau pendidikan muzik sahaja.  Tugas-tugas pengurusan mengikut gred jawatan masing-masing turut menjadi keutamaan tugas harian.
  • Keperluan 'Multi-Skill' muzik seperti yang saya jelaskan dalam entri bahagian 1, adalah antara faktor penting untuk menjamin karier muzik anda mampu bertahan atau sebaliknya.  Penglibatan secara aktif dan serius dalam industri mampu memberi pulangan yang  lebih selesa.
  • Beberapa orang rakan artis tempatan (penyanyi) yang bergiat sepenuh masa dalam industri muzik Sabah mampu hidup selesa walaupun fokus pasaran mereka hanya tertumpu di Sabah.  Ebi Kornelis dan Ampal adalah antara artis yang pernah berkongsi pengalaman dengan saya berhubung isu di atas.
All the best!!

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    MiVS MEMBERS