Pages

Showing posts with label RTM. Show all posts
Showing posts with label RTM. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Tips Vokal: Bagaimana Tingkatkan 'Stamina?'


InfoEduTanggungjawab selaku panel juri rancangan 'Mencari Bintang ' Sabah FM adalah antara tugas rutin yang perlu diberi perhatian sewajarnya.  Profesionalisme mengajar saya melakukan tugas ini dengan efektif, khususnya bagi membantu perkembangan industri hiburan tempatan.  Melalui rancangan ini, saya telah menerapkan pendekatan khidmat masyarakat iaitu dengan memberi tips-tips persembahan nyanyian kepada peserta dan pendengar rancangan Mencari Bintang.  Kali ini saya ingin berkongsi tips sebagai respon kepada permasalahan berikut:

1.  Bagaimana meningkatkan 'stamina' untuk menyanyikan lagu rancak?
  • Buat latihan vokal yang konsisten.  Contohnya memperuntukkan masa latihan 1 jam sehari.
  • Buat latihan fizikal untuk meningkatkan keupayaan pernafasan anda.
  • Buat 'warm-up' secukupnya sebelum menyanyi.
  • Pelajari teknik pernafasan yang betul dengan mengikuti kelas vokal secara formal.
2.  Bagaimana mengelakkan suara 'terkucil' /'squeeking voice'?
  • Suara terkucil berlaku diluar kawalan, berpunca dari masalah saluran pernafasan yang menganggu kualiti produksi vokal penyanyi.
  • Elakkan menyanyi ketika demam, batuk atau selesma.
  • Elakkan minuman berais kerana ia menyempitkan saluran pernafasan yang turut menjadi punca kepada masalah ini.
  • Elakkan 'practice hard' sebelum persembahan kerana suara terkucil juga adalah petanda kotak suara anda terlalu penat.
Link:

http://infoviewmusic.blogspot.com

Tuesday, July 19, 2011

Ujibakat Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 Zon Sabah


InfoMusic : Klasik Nasional dengan kerjasama Unit Hiburan dan Muzik RTM Kota Kinabalu akan mengadakan sesi ujibakat terbuka Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 zon Sabah seperti ketetapan berikut:

Tarikh :  23 & 24 Jun 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Venue : Pantaran Mesra RTM Kota Kinabalu


SYARAT-SYARAT PENYRTAAN:
  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 35 Tahun ke atas (sebelum atau pada 31 Julai 2011)
  2. Tidak pernah membuat rakaman (album) atau terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
  3. Kakitangan RTM atau saudara mara terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  4. Pilihan lagu adalah berdasarkan senarai berikut (disediakan oleh pihak penganjur):

  • Hatiku Kecewa (R.Azmi)
  • Jukalau Abang Merindu (Asiah)
  • Puteri Remaja (Jasni)
  • Cahaya (Normadiah)
  • Taman Puspawarna (Tan Sri P.Ramlee)
  • Cincin Belah Rotan (Ahmad CB)
  • Pandang Kasih (Puan Sri Saloma)
  • Jangan Main Mata (Jamaliah Shariff)
  • Hanya Nyanyian (S.Effendy)
  • Ikatan Janji (Asiah Tuah)
*Minus-One akan disediakan semasa sesi ujibakat.


Selamat Mencuba!!!

Sunday, July 17, 2011

Tips Buat Peserta HMMB

InfoMusic: Rancangan realiti  radio Sabah FM Hafrina & Moon Mencari Bintang  (HMMB) yang bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9.30 malam hingga 12.00 malam semakin hangat dengan penyertaan pendengar dari seluruh Sabah.  Selaku juri yang bertanggungjawab menilai nyanyian setiap peserta HMMB, berikut saya kongsikan beberapa tips sebagai panduan peserta  HMMB bagi memantapkan kualiti peserta  rancangan ini :

1.  Pastikan anda menepati had umur yang ditetapkan (18 tahun ke atas).

2.  Gunakan identiti sebenar anda (nama samaran tidak digalakkan).  Identiti yang mencurigakan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatal tanpa rayuan.

3.  Pilih lagu yang sesuai dengan keupayaan vokal anda, bukan berdasarkan lagu yang anda minati.

4.  Gunakan iringan muzik bagi membantu persembahan anda.  Penggunaan muzik membantu penghayatan, meminimumkan masalah ‘pitching’ dan tempo serta memperbaiki frasa nyanyian anda.

5. Peserta yang menggunakan iringan gitar perlu pastikan gitar anda menggunakan ‘standard tuning’ serta di’tune’ dengan nada yang betul.  ‘Tuning’ yang tidak betul akan menganggu ‘pitchig’ vokal nyanyian anda. 

6. Hafal dan fahami lirik lagu yang ingin anda persembahkan.  Jika anda masih menggunakan khidmat ‘karaoke’ untuk panduan lirik, maksudnya anda belum cukup bersedia untuk bersaing dalam HMMB.

7. Nyanyi menggunakan ‘key’ yang benar-benar selesa.  ‘Key’ yang tidak betul menyebabkan tekanan dalam nyanyian anda dan ianya cukup hambar untuk diperdengarkan di radio.

8. Buat latihan vokal secara konsisten akan memperbaiki persembahan anda.

9.  Jika nama anda berjaya disenarai pendek, itu adalah petanda baik menyatakan progres nayanyian anda meningkat.

10. Ingat nyanyian anda didengar oleh pendengar dari seluruh Sabah.  Kemudahan ‘online radio’ melalui internet membolehkan pendengar dari seluruh dunia mendengar nyanyian anda.  Sudah tentu anda perlu persembahkan yang terbaik untuk menyertai rancangan ini.

Talian HMMB :
-088213478
-088218096

Selamat Mencuba!!

Friday, July 1, 2011

Disebalik Sigtune dan Tagline KOMBO RTM SABAH





Komposer  (Lagu & Lirik)            : Mohamad Suhaimie Hj. Jamli
Jangkamasa                               : 32 saat

  • Gubahan Muzik dan Komposisi Sigtune Kombo RTM Sabah

-Gabungan variasi lagu Klasikal, Etnik Sabah, Tradisional (asli) Melayu dan Pop Kontemporari adalah ilustrasi terbaik menceritakan kewujudan Kombo RTM Sabah sejak tahun 1975, melalui pelbagai era muzik dan masih mampu bertahan sehingga kini.
-Elemen muzik etnik Sabah digunakan bagi menyatakan origin Kombo RTM Sabah.



‘MELODI INSPIRASI, TRADISI & TERKINI…..INI BARULAH!!’
DEFINISI
  • ‘Melodi Inspirasi’
Setiap melodi lagu yang dimainkan oleh Kombo RTM Sabah terdiri daripada lagu popular dan ‘evergreen’, seterusnya dikreasikan mengikut inspirasi dan keupayaan ekspresi setiap pemuzik Kombo RTM Sabah yang terpilih diantara pemuzik terbaik di Sabah.

  • ‘Tradisi & Terkini’
-Merujuk kepada latarbelakang gabungan ahli Kombo yang terdiri daripada pemuzik lama dan baru.
-Merujuk kepada pilihan ‘repertoire’ yang variasi, klasik, tradisi dan kontemporari.

  • ‘Ini Barulah…’
-Menyatakan tentang status terkini kombo RTM Sabah dengan penambahan ahli baru.
-Merujuk kepada peningkatan kualiti Muzik dan skill individu ahli Kombo RTM Sabah, menampakkan sebuah gabungan yang sangat mantap kearah memperluaskan skop tugas dan fungsi Kombo RTM Sabah sehingga mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.

Tuesday, June 28, 2011

Jom Sertai Sayembara Puisi Berirama-Merdeka 2011


RTM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan membuat saringan ujibakat peringkat Negeri Sabah bagi memilih sebuah kumpulan terbaik mewakili zon Sabah ke Pertandingan Akhir Sayembara Puisi Berirama Merdeka 2011 yang dijadualkan pada 10 September 2011 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.   Fahami syarat di bawah dan sertai ujibakat seperti berikut:
Tarikh : 9 Julai 2011
Masa  : 9 pagi
Venue : Pantaran Mesra RTM Kota Kinabalu

SYARAT PENYERTAAN
1.Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 hingga 25 tahun.

2.Peserta hendaklah berkumpulan, iaitu antara tiga (3) hingga lima (5) ahli bagi satu kumpulan, dan terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu sekurang-kurangnya dua kaum.

3. Puisi Berirama ini hendaklah disampaikan dalam bahasa Melayu dan peserta dikehendaki memilih dan menyampaikan hanya sebuah (1) rangkaian puisi sahaja daripada 4 rangkaian yang dibekalkan oleh pihak penganjur.

4. Peserta perlu menghafal puisi pilihan mereka dan dipersembahkan mengikut gaya kreativiti masing-masing. Muzik iringan dan props yang bersesuaian bagi membantu penghayatan dalam penyampaian puisi berirama adalah dibenarkan mengikut kreativiti masing-masing. Ahli muzik untuk mengiringi persembahan hendaklah dalam kalangan ahli kumpulan sahaja. Walau bagaimanapun, ungkapan, perlakuan, props, muzik atau apa sahaja bentuk persembahan yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama adalah dilarang sama sekali.

5. Masa bagi setiap kumpulan membuat persembahan adalah antara tujuh (7) hingga sepuluh (10) minit.

6. Setiap penyertaan akan dinilai mengikut tiga (3) kriteria yang berikut:-
a) Persembahan (nada suara, pakaian, props, muzik, dan lain-lain)
b) Kreativiti
c) Adap

7. Pada peringkat saringan, segala perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta adalah tanggungjawab sendiri. Pihak RTM dan DBP tidak bertanggungjawab atas urusan keselamatan, kecederaan atau kemalangan peserta sama ada sewaktu perjalanan pergi/balik ke lokasi atau dari lokasi dan semasa berada di lokasi saringan.

8. Setiap anggota kumpulan perlu bebas daripada salah laku jenayah sivil atau syariah dan tidak terlibat dalam urusan mahkamah semasa menyertai pertandingan ini.

9. Kakitangan RTM dan DBP sama ada pegawai tetap, kontrak atau sementara, tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

10. Peserta yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan boleh dibatalkan penyertaan
mereka dalam mana-mana peringkat pertandingan.

11. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.

12. Setiap penyertaan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran 4R berimej ahli kumpulan sepenuhnya berserta maklumat lengkap peserta.

Wednesday, June 22, 2011

Ujibakat Bintang Kecil & Bintang Remaja pada 25 & 26 Jun 2011!!

InfoTips:  Pencarian bakat oleh Unit Hiburan dan Muzik RTM Kota Kinabalu diteruskan pada 25 dan 26 Jun ini.  Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan ini dijemput menghadiri sesi ujibakat seperti ketetapan berikut:

Info Ujibakat 
Bintang Kecil & Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2011
Tarikah : 25 Jun 2011
Tempat : Studio A, Unit Hiburan & Muzik RTM K.Kinabalu
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg

Tarikh : 26 Jun 2011
Tempat : CITY MALL, Kota Kinabalu
Masa : 8:30 pagi - 12:00 tgh
Penyertaan anda amat dialu-alukan...!!!!!

Thursday, June 2, 2011

Makluman Terkini Ujibakat Ranau dan Kudat!!


InfoTips:  Unit Hiburan dan Muzik RTM Kota Kinabalu bakal mengunjungi anda untuk sesi ujibakat Bintang Kecil dan Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2011.  Program eksplorasi bakat Sabah ini akan berada dibeberapa buah daerah di Sabah (rujuk jadual di bawah) bagi mengenalpasti bakat-bakat baru yang layak mewakii negeri Sabah dalam pertandingan nyanyian di peringkat kebangsaan.  Pemuzik profesional Kombo RTM Sabah selaku panel juri yang diberi tanggungjawab menilai kualiti nyanyian peserta, turut disertai penerbit rancangan radio UHM dan krew teknikal RTM Kota Kinabalu.  Nantikan kunjungan Eksplorasi Bakat Sabah bersama Unit Hiburan & Muzik (UHM) RTM K.K pada tarikh berikut:

Jadual Ujibakat Bitang Kecil dan Bintang Remaja 2011
Tarikh & Masa
Venue
4 Jun 2011
9 pg – 4 ptg
W.P Labuan (RTM Labuan)
4 – 5 Jun 2011
9 pg – 4 ptg
-*Ujibakat bagi Daerah Kudat & Daerah Ranau (Pindaan terkini membabitkan perubahan lokasi kepada ujibakat berpusat di K.Kinabalu)
-Venue : Kompleks Sukan Likas
11 – 12 Jun 2011
9 pg – 4 ptg
*Daerah Kudat (Ditunda pada tarikh lain)
-Daerah Keningau (Dewan Arked)
-Daerah Sandakan (Perkarangan Rumah Persekutuan)
18 Jun 2011
-Daerah Lahad Datu (Dewan Dri Perdana)
19 Jun 2011
-Daerah Sempurna (Dewan Masyarakat Semporna)
25 & 26 Jun 2011
-Venue : Pantaran Mesra RTM
-*Peserta ujibakat dari Daerah Kudat dan Daerah Ranau dimohon hadir pada tarikh ini. (Ujibakat berpusat)

Rujuk Syarat-Syarat penyertaan DI SINI
*Perubahan saat akhir melibatkan lokasi Ujibakat di daerah Ranau dan Kudat disebabkan oleh perubahan terkini beberapa aktiviti di peringkat kebangsaan yang turut melibatkan pihak jabatan secara langsung.  Sebarang kesulitan yang timbul atas perubahan ini amat dikesali.

Sila hubungi Unit Hiburan dan Muzik RTM KK untuk info lanjut:
088-213444 (ext:344)
*Ujibakat di daerah Kudat ditunda pada  tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, May 26, 2011

KONTRAK JUAL BELI LIRIK @ Suhaimie J.

infoviewmusic@Sabah

1.  Tawaran belian lirik daripada blog infoviewmusic.blogspot.com dan blog peribadi Suhaimie Jamli sah dilakukan melalui transaksi e-mail.

 

2.  Dokumen yang dihantar kepada pembeli melalui e-mail mempunyai ‘initial’ atau pengesahan transaksi pada setiap helaian kertas kontrak dan salinan sah lirik lagu yang  dijual.  Semua dokumen tersebut akan dihantar kepada pembeli dalam tempoh 3 hari selepas pembayaran diterima secara ‘online’ (Maklumat akaun akan dimaklum melalui e-mail dalam transaksi tawaran).

 

3. Pengesahan dokumen bayaran perlu di e-mail ke alamat (miejamli@gmail.com).  Sila cetak dokumen kontrak / transaksi jual beli untuk rujukan lanjut.

 

4. Sebarang dokumen perjanjian dari pihak pembeli boleh di email pada alamat di atas.

 

5. Pihak pembeli bertanggungjawab penuh terhadap lirik lagu yang telah dibeli.  Oleh itu, sebarang tindakan perundangan melibatkan salah guna lirik adalah tanggungjawab pihak pembeli.

 

6. Pihak pembeli BERHAK / BOLEH menggunakan peruntukan Hakcipta dengan mencantumkan nama dengan pencipta asal iaitu Suhaimie J. (nama pena).  Penghapusan sepenuhnya nama pencipta asal adalah TIDAK DIBENARKAN.

 

7.  Perjanjian kerjasama Royalti Hakcipta akan dibincang lanjut oeh pihak pembeli dan penjual.

 

8. Sebarang butiran lanjut  boleh berhubung melalui e-mail.

 

Hakcipta Karya Terpelihara @ Karya Tulin by Intelectual Pro.


Monday, May 23, 2011

PERTANDINGAN KARAOKE SUARA EMAS 2011

TARIKH :  5 Jun 2011
MASA: 9 Pagi hingga 5 petang
VENUE:  Kompleks Sukan Likas, K.Kinabalu
1.        Penyertaan terbuka kepada  semua  warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah berumur 13 hingga 45 tahun.  Kad pengenalan hendaklah dibawa untuk pengesahan ketika menghadiri ujian.

2.       Untuk saringan peserta dikehendaki menyampaikan lagu dalam bahasa Malaysia hasil karya tempatan.  Peserta hendaklah membawa “Minus One” sendiri sama ada dalam bentuk CD atau VCD.

3.          Penampilan imej yang bersih dan kemas semasa menghadiri ujian.

4.         Yuran sebanyak RM5.00 akan dikenakan untuk saringan awal.

5.    Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang perbelanjaan yang dilakukan untuk menghadiri sesi uji bakat.  Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan hartabenda atau kecederaan/kemalangan keatas diri peserta semasa uji bakat dijalankan.

6.         Keputusan pengadil dan penganjur adalah muktamad.


Monday, May 9, 2011

Bengkel PPLT Penampang Beri ‘Output’ Terbaik!!


Review: Bengkel Panel Penilai Lagu Tempatan Siri ke-3 (Lagu Kadazan) telah berlangsung dengan cemerlang pada 12 Mac 2011 lalu.  Bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Penampang, bengkel kali ini telah dihadiri kira-kira 60 orang penggiat lagu-lagu Kadazan dari sekitar daerah Penampang dan Kota Kinabalu.  Pihak Sabah VFM dan Kombo RTM,Unit Hiburan RTM Kota Kinabalu  dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang telah menganjurkan bengkel tersebut sempena Pertandingan Akhir AJC Lagu Kadazan  2011 yang telah dilangsungkan di Dewan Tun Fuad Stephen, Penampang pada tarikh yang sama.  Turut hadir merasmikan bengkel tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah, En. Abdul Razak Hamid bersama Pengurus Sabah VFM, Puan Parini Pawiro, Penolong Pengurus SVFM En. Hezry Abdullah serta beberapa orang kakitangan RTM Kota Kinabalu.  Dalam sesi kali ini sekali lagi saya diamanahkan sebagai Penceramah PPLT, mewakili Pengerusi PPLT dan Kombo RTM Sabah, selaku penilai muzik dalam PPLT RTM Kota Kinabalu.
Fokus PPLT (Kadazan) :  Penerangan terperinci mengenai Prosedur PPLT saya sampaikan secara santai, menggunakan pendekatan interaksi dua hala bagi mewujudkan percambahan idea dan persefahaman terhadap dasar perlaksanaan PPLT di kalangan para peserta bengkel.  Fokus bengkel kali ini ialah bagi membentuk sebuah skop penilaian yang efektif khusus untuk meningkatkan kualiti lagu-lagu Kadazan, berdasarkan persetujuan kolektif para artis dan komposer yang terlibat.  Semua penggiat lagu Kadazan yang hadir dalam sesi bengkel ini saya berikan tanggungjawab sebagai wakil komuniti Kadazan untuk memartabat hasil seni ciptaan lagu-lagu Kadazan di Sabah.
Panduan Standard Penilaian Lagu Kadazan:
Hasil diskusi interaktif selama hampir 4 jam dalam sesi bengkel tersebut, saya telah berjaya mendapat respon dan persetujuan mutlak daripada semua peserta bengkel bagi menetapkan panduan standard penilaian lagu-lagu Kadazan seperti perincian berikut:
i- Penilaian Lirik: Sabah VFM
  • Panel Penilai Lirik lagu Kadazan dari Sabah VFM berhak menggagalkan lagu Kadazan yang mengandungi perkataan negatif berunsur lucah, menghina atau menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia. 
  • Lirik berunsur komersil berasaskan sesebuah produk boleh digagalkan.
  • Penggunaan perkataan campur dalam lirik lagu Kadazan tidak digalakkan.  Penggunaan perkataan campur yang terlalu kerap boleh digagalkan.
  • Semua lirik perlu mematuhi butir-butir Etika Penyiaran (Sila rujuk kepada pihak Sabah VFM)
ii-Penilaian Muzik: Kombo RTM
  • Lagu yang mempunyai sebarang masalah ‘pitching’ boleh digagalkan.
  • Lagu yang mempunyai sebarang masalah ketepatan tempo boleh digagalkan.
  • Lagu yang mempunyai sebarang masalah ‘tuning’ alat muzik iringan boleh digagalkan.
  • Lagu yang mempunyai sebarang masalah kod dalam muzik iringan boleh digagalkan.
  • Penggunaan midi secara keseluruhan dengan kualiti bunyi terlalu rendah boleh digagalkan.
  • Kesilapan ‘vocal style’ yang tidak ketara boleh dipertimbang untuk *kelulusan bersyarat.(*Perlu diperbaiki dalam album seterusnya ATAU bergantung kepada perubahan standard penilaian)
iii-Penilaian Teknikal: Sabah VFM / Rakam Khanah / Kombo RTM
  • Semua lagu perlu dihantar dengan lengkap mengikut standard pasaran.(Kulit CD, lirik, Hologram KPDNHEP dan senarai produksi).  Lagu yang tidak lengkap mengikut perincian di atas boleh digagalkan.
  • Kualiti Rakaman yang kabur, tidak menepati kualiti ‘mixing’ yang baik boleh digagalkan.
 iv-Keputusan PPLT :Pengerusi Panel Penilai Lagu Tempatan (PPLT) RTM Kota Kinabalu akan mengeluarkan makluman bertulis dalam bentuk surat menyatakan status penilaian lagu yang LULUS atau GAGAL untuk penyiaran.  Oleh itu semua lagu yang dihantar perlu disertai dengan alamat pengirim agar surat keputusan penilaian tersebut dapat dipos kepada pihak berkenaan.
            Setelah hampir 2 jam saya mengendali sesi bengkel tersebut, respon para peserta semakin hangat sehingga sesi soal jawab terpaksa dipanjangkan selama 1 jam.  En. Abd Razak Hamid, Pn. Parini Pawiro dan En. Hezry Abdullah turut menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pihak pengurusan RTM dan etika penyiaran.  Sesi bengkel Penampang telah ditutup dengan rasminya tepat jam 12.30 tengahari seterusnya diakhiri dengan penyampaian sijil kepada penceramah serta semua peserta yang terlibat.  Tahniah kepada peserta bengkel PPLT Penampang 2011..!!

Dapatkan info berikut:
Suhaimie Hj. Jamli
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS