Review:
Bengkel Panel Penilai Lagu Tempatan
Siri ke-3 (Lagu Kadazan) telah berlangsung dengan cemerlang pada 12 Mac 2011
lalu. Bertempat di Bilik Mesyuarat
Majlis Daerah Penampang, bengkel kali ini telah dihadiri kira-kira 60 orang
penggiat lagu-lagu Kadazan dari sekitar daerah Penampang dan Kota
Kinabalu. Pihak Sabah VFM dan Kombo
RTM,Unit Hiburan RTM Kota Kinabalu
dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang telah menganjurkan bengkel
tersebut sempena Pertandingan Akhir AJC Lagu Kadazan 2011 yang telah dilangsungkan di Dewan Tun
Fuad Stephen, Penampang pada tarikh yang sama.
Turut hadir merasmikan bengkel tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan
Penyiaran Sabah, En. Abdul Razak Hamid bersama Pengurus Sabah VFM, Puan Parini
Pawiro, Penolong Pengurus SVFM En. Hezry Abdullah serta beberapa orang
kakitangan RTM Kota Kinabalu. Dalam sesi
kali ini sekali lagi saya diamanahkan sebagai Penceramah PPLT, mewakili
Pengerusi PPLT dan Kombo RTM Sabah, selaku penilai muzik dalam PPLT RTM Kota
Kinabalu.
Fokus PPLT (Kadazan) : Penerangan terperinci mengenai Prosedur PPLT
saya sampaikan secara santai, menggunakan pendekatan interaksi dua hala bagi
mewujudkan percambahan idea dan persefahaman terhadap dasar perlaksanaan PPLT
di kalangan para peserta bengkel. Fokus
bengkel kali ini ialah bagi membentuk sebuah skop penilaian yang efektif khusus
untuk meningkatkan kualiti lagu-lagu Kadazan, berdasarkan persetujuan kolektif
para artis dan komposer yang terlibat.
Semua penggiat lagu Kadazan yang hadir dalam sesi bengkel ini saya
berikan tanggungjawab sebagai wakil komuniti Kadazan untuk memartabat hasil
seni ciptaan lagu-lagu Kadazan di Sabah.
Panduan Standard Penilaian Lagu Kadazan:
Hasil
diskusi interaktif selama hampir 4 jam dalam sesi bengkel tersebut, saya telah
berjaya mendapat respon dan persetujuan mutlak daripada semua peserta bengkel
bagi menetapkan panduan standard penilaian lagu-lagu Kadazan seperti perincian
berikut:
i- Penilaian Lirik: Sabah VFM
- Panel
Penilai Lirik lagu Kadazan dari Sabah VFM berhak menggagalkan lagu Kadazan yang mengandungi perkataan negatif
berunsur lucah, menghina atau menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia.
- Lirik
berunsur komersil berasaskan
sesebuah produk boleh digagalkan.
- Penggunaan
perkataan campur dalam lirik lagu Kadazan tidak digalakkan. Penggunaan perkataan campur yang terlalu
kerap boleh digagalkan.
- Semua
lirik perlu mematuhi butir-butir Etika Penyiaran (Sila rujuk kepada pihak
Sabah VFM)
ii-Penilaian Muzik: Kombo RTM
- Lagu
yang mempunyai sebarang masalah
‘pitching’ boleh digagalkan.
- Lagu
yang mempunyai sebarang masalah
ketepatan tempo boleh digagalkan.
- Lagu
yang mempunyai sebarang masalah
‘tuning’ alat muzik iringan boleh digagalkan.
- Lagu
yang mempunyai sebarang masalah kod
dalam muzik iringan boleh digagalkan.
- Penggunaan
midi secara keseluruhan dengan
kualiti bunyi terlalu rendah boleh digagalkan.
- Kesilapan
‘vocal style’ yang tidak ketara boleh dipertimbang untuk *kelulusan bersyarat.(*Perlu
diperbaiki dalam album seterusnya ATAU bergantung kepada perubahan
standard penilaian)
iii-Penilaian Teknikal: Sabah VFM / Rakam Khanah
/ Kombo RTM
- Semua
lagu perlu dihantar dengan lengkap mengikut standard pasaran.(Kulit
CD, lirik, Hologram KPDNHEP dan senarai produksi). Lagu yang tidak lengkap mengikut
perincian di atas boleh digagalkan.
- Kualiti
Rakaman yang kabur, tidak
menepati kualiti ‘mixing’ yang baik boleh digagalkan.
iv-Keputusan
PPLT :Pengerusi Panel Penilai Lagu Tempatan (PPLT) RTM Kota Kinabalu akan
mengeluarkan makluman bertulis dalam bentuk surat menyatakan status penilaian
lagu yang LULUS atau GAGAL untuk penyiaran. Oleh itu semua lagu yang dihantar perlu
disertai dengan alamat pengirim agar surat keputusan penilaian tersebut dapat
dipos kepada pihak berkenaan.
Setelah hampir 2 jam saya mengendali
sesi bengkel tersebut, respon para peserta semakin hangat sehingga sesi soal
jawab terpaksa dipanjangkan selama 1 jam.
En. Abd Razak Hamid, Pn. Parini Pawiro dan En. Hezry Abdullah turut menjawab
beberapa soalan yang berkaitan dengan pihak pengurusan RTM dan etika
penyiaran. Sesi bengkel Penampang telah
ditutup dengan rasminya tepat jam 12.30 tengahari seterusnya diakhiri dengan
penyampaian sijil kepada penceramah serta semua peserta yang terlibat. Tahniah kepada peserta bengkel PPLT Penampang
2011..!!
Dapatkan
info berikut:
- Prosedur menghantar lagu untuk penilaian PPLT di RTM K.Kinabalu
- Fahami Fungsi dan Objektif PPLT
- Mengapa lagu perlu dinilai??
-
Suhaimie Hj. Jamli

No comments:
Post a Comment