Tuesday, September 13, 2011

Jawatan Kosong Ahli Muzik B27

InfoView : Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut:

1.        JAWATAN    :  AHLI MUZIK GRED B27

2.        STATUS       :  KONTRAK

3.        KUMPULAN  :  SOKONGAN

4.        JABATAN     :  Bhg. Kombo RTM,
                               Unit Hiburan dan Muzik,
                               Jabatan Penyiaran Malaysia,
            Kota Kinabalu, Sabah.

5.        SYARAT LANTIKAN :

i-                    Warganegara Malaysia;
ii-                   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii-                 Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan / atau lebih alat muzik moden dan tradisional;
iv-                Calon-calon dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

6.        KELAYAKAN KHUSUS :

i-          Mempunyai bakat serta berkebolehan memainkan satu atau lebih alat muzik terutamanya Gitar, Trumpet, Trombone dan Saxophone.
ii-                   Mempunyai kemahiran membaca dan menulis nota muzik;
iii-                 Mempunyai kemahiran asas menggubah lagu;

7.        PENGALAMAN :
         
i-                    Mempunyai kelayakan ATAU pengalaman profesional dalam bidang muzik.

8.        DESKRIPSI TUGAS :

i-          Bertanggungjawab kepada Pengarah Muzik RTM untuk bermain alat-alat muzik untuk rakaman dan persembahan Orkestra RTM. Bermain alat-alat muzik dan membantu pemimpin Orkestra dalam pentadbiran.

DOWNLOAD ONLINE:

2 comments:

  1. geng sukarela jpam ramai pemuzik untuk pancaragam yang tidak tetap...bagi kami peluang berkerja di rtm ,kaMI BERBAKAT CUMA TIDAK DI BERI PELUANG.. tak kan sampai tua kami bergantung pada alaun rm6.00 sahaja sejam...tiada epf dan slip gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas respon saudara. Saya cadangkan pihak saudara memohon terus melalui SPA. Di Kombo RTM Sabah, perjawatan kami sangat terhad malah pihak kami pun berusaha keras untuk memohon tambahan perjawatan melalui prosedur yang sama.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MiVS MEMBERS